Thursday, March 14, 2013

peraturan bodoh

ARKIB : 12/03/2013

Tunggu lama buka akaun ASB

TERLEBIH dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) kerana telah membuka cawangan ASNB di Pasir Puteh, Kelantan.
Dengan pembukaan cawangan baru ini tergerak saya ingin melabur dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB) dengan membuka akaun di ASNB di Pasir Puteh itu. Saya mengisi borang dan mengambil nombor 2022 pada pukul 12.28 dengan keadaan pelanggan yang tidak begitu ramai.
Setelah menunggu lebih daripada satu jam dan melihat pelanggan yang baru masuk sudah dipanggil untuk berurusan, saya bertanya kepada pegawai yang bertugas, apa sistem yang dipakai? Kenapa orang yang baru datang dilayan terlebih dahulu?
Jawab pegawai itu, keutamaan diberi kepada yang ingin mengeluar dan memasukkan wang. Habis yang nak buka akaun baru nak tunggu sampai bila?
Semoga pihak pengurusan ASNB Pasir Puteh dapat mengambil perhatian cara ia berurusan dengan orang ramai.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130312/fo_04/Tunggu-lama-buka-akaun-ASB#ixzz2NSlsjvBF
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment