ARKIB : 12/03/2013
Saya mengaku anak saya telah melakukan kesalahan dan tiba lewat di sekolah tetapi tindakan menutup pagar dan membiarkan murid yang lewat berdiri di luar pagar amatlah tidak munasabah dan tidak prihatin pelajar.
Jika murid-murid yang lewat ini hendak direkod namanya atau didenda, benarkanlah anak-anak ini didenda dalam kawasan sekolah.
Membiarkan anak-anak sekecil tujuh hingga 12 tahun berdiri di luar pagar sekolah amatlah berbahaya dengan kesesakan lalu lintas dan keselamatan murid-murid tersebut, misalnya diculik.
Saya dimaklumkan pagar ditutup selepas pukul 7.30 pagi adalah atas arahan guru besar dan bukannya denda yang seragam diarahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Saya juga pernah menelefon pihak pengurusan sekolah tersebut untuk berbincang mengenai hal ini. Malangnya jawapan yang diterima: "Kami minta maaf puan ini arahan guru besar."
Pernahkah guru besar tersebut fikirkan betapa risau hati seorang ibu meninggalkan anak yang sedang demam ke sekolah dan terpaksa pula berdiri di luar pagar sekolah hampir 25 minit? Pada pukul 7.55 pagi barulah anak saya dan murid lewat lain dibenarkan masuk.
Saya setia menunggu di depan pintu pagar sehingga anak saya masuk ke dalam pagar. Saya tak kisah walau terlewat menghadiri mesyuarat di tempat kerja. Saya amat sedih melihat ada guru lelaki menjual surat khabar kepada murid-murid tetapi tidak mempedulikan rayuan saya untuk membenarkan anak masuk ke pagar sekolah dengan alasan ia arahan guru besar.
Amat sedih dan terkilan saya ada juga pihak sekolah yang tidak prihatin dengan keselamatan murid.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130312/fo_02/Murid-darjah-satu-datang-lewat-dibiarkan-di-luar-pagar-sekolah#ixzz2NSlWlqbn
© Utusan Melayu (M) Bhd
Murid darjah satu datang lewat dibiarkan di luar pagar sekolah
SAYA mempunyai seorang anak perempuan yang bersekolah di Sekolah Rendah Taming Jaya (SKTJ), Balakong, Selangor dalam darjah satu. Baru-baru ini anak saya terlewat lima minit ke sekolah. Dia tiba pukul 7.35 pagi disebabkan dia demam pada hari tersebut. Malangnya apabila tiba di sekolah, pagar sekolah telah ditutup selepas pukul 7.30 pagi atas arahan guru besar.Saya mengaku anak saya telah melakukan kesalahan dan tiba lewat di sekolah tetapi tindakan menutup pagar dan membiarkan murid yang lewat berdiri di luar pagar amatlah tidak munasabah dan tidak prihatin pelajar.
Jika murid-murid yang lewat ini hendak direkod namanya atau didenda, benarkanlah anak-anak ini didenda dalam kawasan sekolah.
Membiarkan anak-anak sekecil tujuh hingga 12 tahun berdiri di luar pagar sekolah amatlah berbahaya dengan kesesakan lalu lintas dan keselamatan murid-murid tersebut, misalnya diculik.
Saya dimaklumkan pagar ditutup selepas pukul 7.30 pagi adalah atas arahan guru besar dan bukannya denda yang seragam diarahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Saya juga pernah menelefon pihak pengurusan sekolah tersebut untuk berbincang mengenai hal ini. Malangnya jawapan yang diterima: "Kami minta maaf puan ini arahan guru besar."
Pernahkah guru besar tersebut fikirkan betapa risau hati seorang ibu meninggalkan anak yang sedang demam ke sekolah dan terpaksa pula berdiri di luar pagar sekolah hampir 25 minit? Pada pukul 7.55 pagi barulah anak saya dan murid lewat lain dibenarkan masuk.
Saya setia menunggu di depan pintu pagar sehingga anak saya masuk ke dalam pagar. Saya tak kisah walau terlewat menghadiri mesyuarat di tempat kerja. Saya amat sedih melihat ada guru lelaki menjual surat khabar kepada murid-murid tetapi tidak mempedulikan rayuan saya untuk membenarkan anak masuk ke pagar sekolah dengan alasan ia arahan guru besar.
Amat sedih dan terkilan saya ada juga pihak sekolah yang tidak prihatin dengan keselamatan murid.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130312/fo_02/Murid-darjah-satu-datang-lewat-dibiarkan-di-luar-pagar-sekolah#ixzz2NSlWlqbn
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment