Sunday, March 31, 2013

mangsa sandiwara meraung

Mangsa pencerobohan meraung lihat keadaan rumah musnah

30 Mac 2013
Mangsa pencerobohan meraung lihat keadaan rumah musnah
Sebahagian penduduk Kampung Tanjung Labian berdoa memohon keselamatan kampung mereka terpelihara selepas melihat sendiri kampung mereka yang musnah akibat serangan.
Mangsa pencerobohan meraung lihat keadaan rumah musnah
Seorang penduduk Kampung Tanjung Labian Siti Aminah Haya, 21, menangis melihat rumahnya yang musnah terbakar akibat serangan kumpulan pengganas di sini. - Foto Bernama
LAHAD DATU - Meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir adalah antara reaksi spontan 21 keluarga dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian, yang dibenarkan melawat rumah mereka hari ini.Mereka bersama pasukan keselamatan, penilaian dari Pegawai Daerah dan
Majlis Keselamatan Negara dibenarkan meninjau selepas sebulan menjadi mangsa serangan pengganas dari selatan Filipina dengan berlindung di pusat pemindahan seliaan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Felda.

"Sakit hati tengok. Macam mana hendak masuk balik dan tinggal di sini dengan keadaan begini. Macam mana hendak bayar hutang yang masih banyak lagi itu!" kata Norhaya othman, 27, yang terus menangis sambil memeluk suaminya, Abdul Jabbar Bavotty, 39, ketika melawat Kampung Tanjung Labian.

Peniaga kedai runcit itu juga semakin sayu apabila menceritakan bahawa dua anaknya sering bertanya bilakah mereka sekeluarga boleh pulang ke rumah yang telah tiada itu.

Krisis pencerobohan di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu, telah menyebabkan 3,500 penduduk di sekitar gugusan Tanjung Labian dan Tanjung Batu melarikan diri ke pusat pemindahan dan rumah saudara, termasuk puluhan rumah dibakar dan rosakkan pengganas dalam pertempuran Operasi Daulat dengan pasukan keselamatan.

Seorang lagi penduduk, Siti Aminah Hiya, 21, tergamam kerana beliau langsung tidak percaya melihat rumahnya hangus serta kelengkapan perahu dan enjin bot miliknya hilang, sekali gus menjejaskan punca pencarian rezekinya di laut.

Katanya, sebelum kejadian, beliau baru sahaja membuat pinjaman bernilai RM1,500 untuk kelengkapan perahunya dan kini beliau rungsing memikirkan bagaimana hendak membayar pinjaman itu.

Sambil terduduk dan seakan-akan tidak percaya melihat apa yang berlaku, beliau kemudian menangis dan terus menjauhkan diri dari media.

Seorang lagi penduduk yang tidak mahu dikenali, hanya mampu bersandar dan duduk di dalam keretanya kerana tidak sanggup melihat keadaan rumah dan kedai motosikalnya yang musnah dan rosak ekoran insiden itu.

Daripada tinjauan terdapat kira-kira 16 rumah di kampung Tanjung Batu perlu diperbaiki manakala 26 buah rumah lagi musnah sama sekali.

Taksiran akhir jumlah kerugian rumah dan harta benda kesemua penduduk kampung yang terlibat dijangka disiapkan pegawai daerah tidak lama lagi.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan. - Bernama

tun kritik mahasiswa

Dr M: Mahasiswa tamak, tidak berterima kasih kepada kerajaan

31 Mac 2013
Dr M: Mahasiswa tamak, tidak berterima kasih kepada kerajaan
Tun Mahathir semasa program Bicara Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, semalam.
MELAKA - Sikap tamak dan terlalu selesa dengan kemakmuran negara membuatkan mahasiswa sekarang tidak berterima kasih kepada kerajaan atas kemudahan yang diberikan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bimbang dengan perkara itu kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempengaruhi mahasiswa melakukan perkara negatif untuk menentang kerajaan.

"Kerajaan sejak dahulu sediakan pelbagai kemudahan kepada mahasiswa, mahasiswa terdahulu yang baru dapat kemudahan memang rasa terima kasih sangat
tetapi mahasiswa sekarang terlalu selesa malah lihat benda ini perkara biasa yang kerajaan buat untuk mereka. Ini timbul rasa tamak nak lebih lagi.

"Selesa dan tamak ini kaburkan mata mereka untuk berfikir negara ini punya had tertentu dalam beri kemudahan bagi pastikan kewangan negara diurus dengan baik. Ini makin teruk apabila 'dibaja' dengan fitnah 'orang itu' seperti nak beri pendidikan percuma dan pelbagai lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama program Bicara Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertajuk "Mahasiswa dan Graduan Pewaris Kepimpinan Negara" di Universiti Teknikal Malaysia, di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, seorang mahasiswa perlu bijak menilai baik atau buruk sesuatu perkara berdasarkan kebijaksanaan mereka, bukan mengikut perasaan
atau nafsu semata-mata.

"Mahasiswa ini bila dah habis belajar, tidak ada gunanya dapat ijazah sekiranya tiada kebijaksanaan pada mereka. Segenggam ijazah sahaja tidak akan
membantu mereka menjadi pemimpin masa depan.

"Mereka sememangnya terdedah dengan pelbagai pendapat dan ideologi daripada semua pihak, jadi kebijaksanaan ini membolehkan mereka memilih mana yang baik.
"Kalau pilih yang buruk, negara akan hancur kerana mahasiswa ini pemimpin masa depan negara," katanya.

Beliau berkata bagi menjadi seorang pemimpin yang cemerlang, mahasiswa perlu belajar mendekati dan memahami orang yang mereka pimpin.

"Mahasiswa kalau nak jadi pemimpin kena ingat bukan kerana nak senangkan diri sendiri, tapi kerana nak senangkan orang lain. 'Title' pemimpin bukan untuk berlagak atau ingin dipandang tinggi orang lain. Ia 'title' untuk menjadi hamba kepada orang yang kita pimpin," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita tentang dakwaan wujudnya pihak tertentu cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13), Dr Mahathir berkata, perkara berkenaan boleh berlaku. - Bernama

sandiwara rumah dimusnahkan

Kampung Tanjung Batu musnah
ZULKHAIRIL ZAINUDDIN & MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
30 Mac 2013
Kampung Tanjung Batu musnah
Dua penduduk kampung menadah tangan berdoa di depan rumah mereka yang musnah terbakar ketika dibawa meninjau kerosakan harta benda di kampung tersebut.
Kampung Tanjung Batu musnah
Sebuah banglo dan kenderaan milik penduduk Kampung Tanjung Batu turut musnah akibat pertempuran baru-baru ini.
Kampung Tanjung Batu musnah
Salah sebuah rumah penduduk yang musnah terbakar akibat pertempuran antara kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat.
LAHAD DATU - Selepas 24 hari Op Daulat dilancarkan untuk memusnahkan kedudukan militan Kiram, akhirnya penduduk Kampung Tanjung Batu dibenarkan memasuki kawasan tersebut sambil ditemani oleh pasukan keselamatan.

Kedatangan penduduk ke kampung ini bertujuan untuk menilai tahap kerosakan yang dialami, namun beberapa kawasan kampung tersebut belum boleh dimasuki kerana masih berada dalam Zon Merah.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang, 72, berkata, dia berasa amat sedih apabila melihat kehancuran kampung yang didiaminya sejak tahun 1959 lagi.

Katanya, perasaan marah penduduk terhadap militan Kiram begitu meluap-luap kerana segala usaha dikerjakan selama ini musnah sekelip mata.

“Hari ini pertama kali saya menjejakkan kaki di Kampung Tanjung Batu sejak pencerobohan bermula, saya rasa amat sedih dan marah.

“Dari 107 buah rumah, 70 peratus daripadanya musnah sama sekali dan semuanya ada kesan tembakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahmud yang memiliki dua buah rumah di sini berkata, kedua-dua rumahnya hancur, malah tiga kenderaannya turut rentung kesan daripada pertempuran yang meletus di kawasan tersebut.

“Kami sudah tiada apa-apa lagi. Kami kerugian ratusan ribu ringgit, namun kami reda dan yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menangani isu ini,” katanya.

Ditanya sama ada penduduk Kampung Tanjung Batu bersedia dipindahkan di kawasan baru seperti penduduk Kampung Tanduo, Mahmud berkata, penduduk mahu terus tinggal di kawasan tersebut.

“Apa pun, kami tetap mengikut arahan kerajaan.  Jika dibenarkan tinggal maka kami tinggal, jika tidak kami akan ikut (arahan kerajaan),” katanya.

Seorang lagi penduduk, John Dulahab, 62, berkata, rumahnya turut musnah namun tetap bersyukur kerana semua keluarganya selamat.

“Walaupun segalanya musnah, kami masih mahu tinggal di sini. Di kampung inilah tempat kami lahir, membesar dan kami mahu hembuskan nafas terakhir di sini,” katanya.

Menyelusuri Kampung Tanjung Batu, deretan rumah penuh dengan kesan tembakan dan bom, kesan daripada kekuatan ketenteraan negara dalam menghapuskan militan Kiram yang berkubu di kampung tersebut.

Malah, kelongsong peluru dan serpihan bom memenuhi setiap kiri kanan jalan menggerunkan perasaan sesiapa saja yang memasuki kampung itu.

Ketua Masyarakat Tanjung Labian, Assafal Alian, 43, berkata, dia tidak sabar untuk melihat pencerobohan ini berakhir dan militan Kiram dihalau terus dari bumi Sabah.

“Kami hilang punca pendapatan kerana pencerobohan ini. Kami tidak akan memaafkan mereka. Tanah Sabah aman, tetapi kehadiran mereka menukar segalanya,” katanya.

Kampung Tanjung Batu menjadi lokasi pertempuran pasukan keselamatan negara sejak 7 Mac lalu apabila beberapa militan Kiram berjaya meloloskan diri dari kepungan di Kampung Tanduo.

Sementara itu, Pejabat Daerah Lahad Datu berhasrat mahu menjadikan Kampung Tanduo pusat pelancongan bersejarah baru pada masa depan ekoran pencerobohan militan Kiram.

Pegawainya, Zulkifli Nasir berkata, insiden berdarah di Lahad Datu seharusnya dikenang buat selama-lamanya kerana isu ini melibatkan seluruh rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

“Ini cadangan kami, kami mahu bina satu monumen di Kampung Tanduo bagi memperingati insiden ini.

“Kami juga berhasrat supaya kawasan kampung ini dijadikan kawasan pelancongan yang baru selain menjadi pusat sejarah negeri,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh masa diperlukan bagi mengetahui kerosakan yang dialami Kampung Tanjung Batu, Zulkifli menegaskan masa yang diperlukan kira-kira tiga minggu lagi.

Katanya, penduduk kampung hanya dibenarkan masuk dan mendiami semula rumah mereka apabila pihak polis memberi lampu hijau.

Mengulas mengenai kemungkinan penduduk Kampung Tanjung Batu turut diberikan kawasan penempatan semula, Zulkifli berkata, ia adalah cadangan yang baik.

“Konsep yang akan digunakan adalah mini estet, di mana penduduk akan diberikan kawasan yang teratur dan senang dipantau.

“Ia juga memberi keselesaan kepada penduduk nanti,” katanya.

abah jgn tinggal kami

Lahad Datu: “Abah, jangan tinggalkan kami...”
Wartawan Sinar Harian
30 Mac 2013
Lahad Datu: “Abah, jangan tinggalkan kami...”
Fazlina melihat suaminya bermanja dengan anak mereka sebelum pelepasan Batalion ke-16 RAMD di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam
KOTA BHARU – Laungan 'Abah, jangan tinggalkan kami...' mengiringi pelepasan askar dari Batalion ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa, semalam selepas 370 orang anggota tersebut meninggalkan keluarga mereka untuk penerbangan ke Tawau, Sabah bagi menggantikan pasukan Batalion ke-22.

Fazlina Md Sherif, 28, isteri kepada Koperal Mohd Zulfadli Othman berkata, semenjak suaminya diberitahu untuk menyertai operasi tersebut, dirinya sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan yang berlaku.

Namun beliau berharap suaminya akan pulang dengan selamat selepas  tamat operasi..

“Saya sebagai isteri gembira kerana suami terpilih untuk ke sana, namun jauh di sudut hati, hanya ALLAH mengetahui betapa sedih dan sayunya hati saya untuk melepaskan dia. Tambahan pula apabila melihat gelagat dia bermanja dengan anak kami, Mohd Azril Irfan yang masih berusia dua tahun.

“Saya bangga kerana suami ke sana untuk mempertahankan negara, saya berharap dia akan menjalankan tugas dengan sempurna dan selamat bersama rakan-rakan yang lain walaupun terpaksa meninggalkan saya, anak dan ibu mertua saya kini tidak dapat melihat dan mendengar dengan sempurna akibat sakit tua,” katanya.

Perkara sama turut dinyatakan ibu kepada empat cahaya mata iaitu Alawiyah Mohamad, 32, isteri kepada Sarjan Mat Rani Jaafar yang turut serta dalam pasukan tersebut.

“Saya sudah biasa dengan situasi berjauhan kerana selama 15 tahun sejak suami berkhidmat dalam tentera, kami sentiasa ditinggalkan jika suami terpaksa bertugas di luar kawasan, apa yang penting, saya berharap dia akan pergi dan pulang dengan selamat.

“Saya juga berharap pemberontakan di Sabah akan berakhir secepat mungkin dan perwira-perwira kita pulang dengan selamat, termasuk suami dan rakan-rakan. Walaupun saya tahu perasaannya bercampur baur, namun saya yakin, pengorbanannya adalah untuk menjaga keselamatan negara, itulah tekad yang dipegang sejak dulu,”katanya.

nyaris disembelih tapi org kata sandiwara

Nyaris disembelih Jeneral Musa
ZULKHAIRIL ZAINUDDIN & MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
31 Mac 2013
Nyaris disembelih Jeneral Musa
Ajmain
 Nyaris disembelih Jeneral Musa
Rumah penduduk yang digeledah pengganas Kiram.
LAHAD DATU – Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

"Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup," kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.

Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.

"Kononnya kerana laporan sayalah, mereka (pengganas) dijejak dan diserang pada 1 Mac di Kampung Tanduo dan 2 Mac di Kampung Simunul, Semporna hingga menyebabkan beberapa pengikutnya mati dan ditangkap," katanya.

Menurut Ajmain, ketika itu Jeneral Musa diiringi kira-kira 50 pengikutnya yang mengarahkan dia dan penduduk lain berkumpul di satu tempat.

"Ketika itu kira-kira jam 9 pagi, saya berasa sangat takut," katanya.

Ajmain berkata, selain diacu parang, dia juga ditempeleng beberapa kali oleh Jeneral Musa.

“Saya hanya mampu berdoa, tiba-tiba ada seorang dari mereka menghalang Jeneral Musa dari membunuh saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengganas Kiram turut membuat dua sekatan bagi menghalang penduduk Kampung Tanjung Batu keluar dari kawasan terbabit.

“Kami berjaya melepaskan diri apabila pengganas benarkan kami keluar. Ada juga berjaya keluar apabila pengganas beri wang untuk membeli barang-barang makanan,” katanya.

kata ustaz

Monday, March 25, 2013

tun kata piiiiiraaaaaaaaaah




Nepotisme dan kronisme akan berleluasa dalam Kabinet jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi amaran selepas tidak lamaa selepas ketua pembangkang tersebut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya 2013.
Mantan perdana menteri itu terus menyerang bekas timbalannya dan menuduh Anwar memfitnah anaknya dalam usaha pakatan pembangkang memperhebatkan cubaan menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
"Parti Keadilan milik Anwar Ibrahim," kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc, merujuk kepada PKR.
"Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun," katanya lagi.
Dr Mahathir juga berkata Anwar menubuhkan parti politik dan mahu menjadikan isterinya sebagai presiden, dan anak perempuannya sebagai naib presiden, serta kawan baiknya sebagai timbalan presiden.
Beliau berkata semasa Anwar menjadi timbalannya dan menteri kewangan, Anwar banyak memberi kontrak kepada penyokong politiknya dan keluarganya.
"Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agung Umno senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Taerdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai," kata Dr Mahathir lagi.
Bekas presiden Umno itu menambah beliau tidak pernah memberi apa-apa kepada keluarganya atau rakannya semasa berkuasa, tidak seperti Anwar, yang gemar untuk memilih keluarga dan rakannya untuk jawatan politik tertinggi dan perniagaan.
Pemimpin berusia 87 tahun itu mempertahankan anak lelaki sulungnya Mirzan, yang pernah menjadi ahli lembaga pengarah yang beribu pejabat di Manila, San Miguel Corp dan kini di syarikat petroleum Petron, sering menjadi mangsa dilemparkan fitnah oleh Anwar dan ahli politik PR.
"Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron.
"Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?" kata Dr Mahathir lagi.
Dr Mahathir mencabar Anwar untuk mengangkat sumpah bersama al-Quran berkenaan dengan kes liwatnya walaupun mahkamah tinggi membebaskan beliau tahun lalu.
Dr Mahathir yang sering mengkritik Anwar, yang dahulunya merupakan anak didik beliau yang diharap dapat menjadi penggantinya pada 1990an namun dipecat pada 1998 selepas tuduhan liwat dan rasuah.

kejatuhan ekonomi 98



Kalau dengar cerita Anwar Ibrahim, sememangnya, dia seorang sahajalah yang berani, yang pandai, yang hebat, yang bijaksana dan sebagainya. Namun sehingga ke hari ini, yang terbukti, dia hanyalah seorang penipu dan pelakon yang sangat hebat. Walaupun telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit, Anwar Ibrahim hanya pandai menggunakan kedudukannya itu untuk menyamun duit rakyat Selangor bagi tujuan dia berfoya-foya di luar negara tanpa satu sen pun dikembalikan kepada rakyat Selangor yang ternanti-nanti fungsi jawatan Penasihat Ekonomi Selangor itu.

Pernahkah anda mendengar langkah-langkah berani yang diambil oleh Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang pemegang tanggungjawab ekonomi Malaysia selain daripada skandal memalukan apabila dia cuba menyerahkan ekonomi dan sistem perbankan negara ini kepada IMF dan apabila rancangannya tidak berjaya, dia menyalahkan Dr. Mahathir atas kejatuhan ekonomi dan kewangan Malaysia, walaupun satu dunia tahu, kejatuhan tersebut adalah disebabkan oleh serangan pasukan penyangak matawang, George Soros.
Dan akhirnya terbukti George Soros bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, terutama menerusi bantuan yang diberikan oleh George Soros kepada PKR dan NGO-NGO pro Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU12 menerusi demonstrasi dan kempen hasutan kebencian serta permusuhan agama.
Tentu ramai yang ingin tahu, mengapa Dr. Mahathir begitu dibenci oleh Barat dan Yahudi sedangkan dia bukanlah seorang pejuang bersenjata atau pengebom berani mati mahupun pemimpin yang kerap kali melaungkan jihad berdarah dan menjanjikan syurga kepada para pendengar serta pemercaya mereka?
Berikut adalah secebis daripada punca mengapa Dr. Mahathir dibenci oleh Kapitalis Barat walaupun Dr. Mahathir tidak pernah membangga-banggakan dirinya dengan tindakannya itu. Malah dia tidak menjadikan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai pembuktian jasanya kepada negara, walaupun tindakannya itu memberikan anjakan besar kepada rakyat negara ini.
Agak malang kerana jasa-jasa besarnya itu mulai dilupakan oleh generasi baru kerana keasyikan mereka mendengar temberang Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Tahukah anda, orang yang paling benci dengan Mahathir bin Mohamad dari kalangan pemimpin Barat adalah Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri Britain yang telah dimalukan oleh Dr. Mahathir selepas kebongkakan Wanita Besi itu ditundukkan dengan cara yang sangat mudah.
image_gallery
Komuniti ekonomi dunia masih ingat lagi dengan ‘SERANGAN SUBUH” atau ‘DAWNING RAID’ yang berlaku pada 7 September 1981, beberapa bulan selepas Mahathir menjawat jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Mahathir telah mengatur satu rancangan yang paling genius dan tidak disangka-sangka oleh kaum Barat yang menyangkakan Melayu adalah satu kaum yang hebat berfikir dan mengatur strategi.
Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, Mahathir telah mengutuskan empat orang anak Melayu, antaranya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.
Sebelum itu, pada April 1981, Mahathir telah melancarkan Amanah Saham Nasional di bawah Permodalan Nasional Berhad. Dana daripada ASN dikatakan telah digunakan sebagai modal untuk ‘DAWNING RAID’ itu. Dan menariknya, tindakan  yang diatur rapi oleh Dr. Mahathir, TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG oleh Lim Kit Siang yang merupakan Ketua Pembangkang Malaysia pada ketika itu.
Dr. Mahathir secara peribadi telah mengarahkan agar kajian dilakukan secara terperinci ke atas undang-undang pelaburan Britain. Mahathir sebelum itu, telah melahirkan perasaan tidak puas hati apabila Britain masih lagi menguasai lebih 200,000 ekar tanah di seluruh Malaysia menerusi tiga buah syarikat perladangan utama, Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope Plantations.
Perancangan yang teliti selama setahun selepas percubaan pertama, gagal, membuahkan hasil yang amat lumayan. PNB berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC pada 8 September. Kerajaan yang mempunyai sebahagian saham dalam Sime Darby, berjaya menguasai sepenuhnya syarikat tersebut menerusi pembelian mengejut pada 7 September.
Tun Mahathir mendapat bantuan teknikal yang baik daripada Gabenor Bank Negara pada waktu, Tun Ismail Ali yang telah menerangkan tentang ‘SERANGAN SUBUH’ yang mengejutkan komuniti ekonomi dunia itu. Beberapa pihak lain turut menyumbang tenaga dan buah fikiran, termasuklah Rothchild Mercant Bank yang merupakan penasihat PNB dan Sime Darby.
Diringkaskan cerita, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope berjaya kembali ke tangan anak Malaysia menerusi pembelian senyap oleh Malaysia ke atas sahan British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari oleh sesiapa pun.
d8c778632651915f89cc6f80ffd28df9
Sekalipun sebahagian daripada dana yang digunakan untuk tujuan tersebut datangnya daripada PNB (ASN), namun pulangan yang sangat lumayan telah diperolehi iaitu RM36 bilion. Jumlah aset ketiga-tiga syarikat perladangan British itu di seluruh dunia, jauh mengatasi modal yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk tujuan pengambilalihan.
Banyak pihak yang melihat, Guthrie telah berjaya diperolehi SECARA PERCUMA menerusi kebijaksanaan dan kehebatan Mahathir merangka strategi.
Margaret Thatcher hanya mengetahui kehilangan tiga buah syarikat perladangan itu, seminggu kemudian. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan oleh Margaret Thatcher yang kemudiannya menjadikan peristiwa tersebut sebagai dendam peribadinya terhadap Dr. Mahathir dan Malaysia. Undang-undang pelaburan baru telah digubal di Britain untuk mengekang sebarang cubaan mirip ‘SERANGAN SUBUH’. Pengajaran yang amat mahal telah diperolehi oleh bekas Perdana Menteri Britain yang sebelum itu begitu bongkak menolak tawaran Malaysia membeli aset-aset Guthrie di Malaysia, apabila tidak satu ekar pun tanah yang tinggal milik ketiga-tiga syarikat tersebut di seluruh dunia, berjaya dimiliki oleh Malaysia.
Pengambilalihan tersebut dilakukan secara sah menurut undang-undang meskipun Britain membantah keras. Akhbar-akhbar di seluru dunia pada masa itu menjadikan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk, ‘SERBUAN MENYINGSING SUBUH’ dan ‘SERANGAN MALAYSIA KE ATAS KOTA LONDON’ yang memperincikan kejayaan Dr. Mahathir dan Malaysia.
Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
home
Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.
Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.
PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
sign
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Anwar & Yahudi Zionis
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu  menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. Dendam mereka cuba ditunaikan oleh ANJING-ANJING KURAP seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun, termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.
Sumber empayar_pemuda

tun ulas kiram

Jamalul Kiram Tidak Tahu Erti Perang Gerila - Tun Mahathir

Pada tahun 1990, ketika saya bertemu kali pertama dengan Nelson Mandela selepas pembebasannya, perkara pertama yang beliau tanyakan kepada saya adalah bagaimana Malaysia mengalahkan gerila (komunis). Menurutnya beliau telah dilatih di Yugoslavia dan Libya, dan beliau diberitahu bahawa gerila tidak boleh dikalahkan. Jadi bagaimana Malaysia mengalahkan gerila? Saya menjelaskan bahawa dua perkara yang membantu dalam mengalahkan gerila di Malaysia. Pertama ialah keputusan untuk memindahkan semua penduduk yang tinggal di pinggir hutan dan meletakkan mereka di kampung-kampung baru yang dikawal. Kedua adalah kempen untuk memenangi hati dan minda rakyat. Mungkin Jamalul Kiram tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana Malaysia menguruskan gerila. Seruan beliau untuk melaksanakan perang gerila di Malaysia berdasarkan kejahilan. Ya, di Filipina, Moro menjalankan perang gerila selama beberapa dekad. Namun ia tidak menyebabkan mereka mencapai kemerdekaan. 
Akhirnya, MILF memutuskan untuk menerima pakai cara rundingan dan autonomi untuk wilayah tersebut. Malaysia mengikuti perjuangan Moro sangat rapat dan sedar bahawa perang gerila boleh terjadi. Ia boleh menyebabkan Malaysia kurang stabil dan selamat. Tetapi keadaan hari ini adalah memihak kepada Malaysia untuk mengalahkan sebarang cubaan kepada perang gerila oleh Kiram dan Suluk. Pertamanya hati dan minda rakyat sudah bersama kerajaan. Benar terdapat beberapa pihak termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak dengan kerajaan tetapi mereka tidak mampu untuk mempengaruhi minda dan hati majoriti rakyat. Kita tahu bagaimana mahu menempatkan semula orang-orang yang terdedah kepada keganasan atau dijadikan sandaran untuk menyokong penceroboh dan kita mempunyai wang untuk melakukannya. Dan yang paling penting adalah kita mempunyai pasukan keselamatan untuk melawan sebarang tindakan gerila yang mungkin dipujuk dan membahayakan nyawa mereka untuk perjuangan yang sia-sia. Askar dan polis yang terlibat memerangi pengganas di Lahad Datu amat terlatih dan dilengkapi dengan baik. Pasukan keselamatan Malaysia telah mewarisi pengetahuan dan kemahiran dalam peperangan anti-gerila. Semangat pasukan keselamatan Malaysia adalah sangat baik dan cubaan untuk menakut-nakutkan mereka dengan merosakkan jasad rakan-rakan mereka tidak berkesan. Ia bahkan menyebabkan pasukan keselamatan kita sangat marah dan lebih bersemangat untuk mengalahkan musuh. Ia hampir menjadi perang peribadi untuk mereka.
Rakyat Malaysia mesti berterima kasih kepada ‘anak-anak lelaki kita’ yang sanggup mati untuk negara. Ia bukan satu sandiwara. Ia adalah benar. Kematian dan kecederaan sebenar. Jika kita merasa selamat dan terjamin, jika kita merasa stabil dan bebas daripada ketakutan serangan gerila tersebut ia adalah kerana askar dan polis bersedia untuk mati mempertahankan kita. Jika mereka tiada, apa yang berlaku di Filipina boleh berlaku di sini juga. Kami tidak akan tenteram untuk menjalani kehidupan harian tanpa kepastian mengenai keselamatan kita. Keamanan dan kestabilan tidak berlaku begitu sahaja. Ada yang bekerja untuknya. Mereka bergantung kepada kesedaran kita dan sikap tidak mengambil mudah. Lihatlah sekeliling kita, lihatkan Timur Tengah atau Asia Selatan atau Amerika Latin. Lihat juga masalah ekonomi dan kewangan di Amerika dan Eropah. Kemudian melihat semula ke dalam negara kita. Saya fikir terdapat banyak peluang untuk kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjamin keamanan dan kestabilan.-24/3/2013 -Chedet.cc -terjemahan Agendadaily.

kronologi lahad datu

BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN MR MANSUH BERKENAAN ISU LAHAD DATU!! PANAS!! PANAS!!!

freemason punya tugu pun ada dalam buku menifestool pakatan rakyat beb!!!
SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.

              - Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

               - Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

               - Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

               - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

              - Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

             - Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

             - Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).

*Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan.

SUMBER MY MASSA

Sunday, March 24, 2013

geran teksi

Najib: Geran RM5,000 beli proton Exora kepada penerima lesen teksi individu

24 Mac 2013
PUTRAJAYA - Seramai 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata semua pemandu teksi yang menerima lesen individu itu wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.
"Ia satu lagi komitmen kerajaan untuk memastikan pemandu teksi dapat menyediakan kenderaan yang sesuai bagi kemudahan dan keselesaan penumpang," katanya pada majlis pemberian lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyerahkan 200 lesen individu pertama manakala selebihnya akan diuruskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Turut hadir pada majlis itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku penaung Pertubuhan Teksi Malaysia dan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata Yayasan Rakyat 1MDB akan beri geran itu, bermakna harga Proton Exora bernilai RM64,000 akan dikurangkan kepada RM59,000.
Selain itu, katanya kumpulan pemandu teksi berkenaan juga bakal diberi kemudahan untuk menurun dan mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2.
Perdana Menteri berkata ini merupakan 'satu lagi janji ditepati' kerana kebajikan pemandu teksi juga perlu dijaga dan dijamin bagi membolehkan mereka menyara keluarga di samping menikmati masa depan lebih baik.
"Walaupun tidak dinafikan syarikat teksi telah memberi peluang pekerjaan kepada pemandu teksi tetapi ada juga yang mengeksploitasi pemandu teksi seakan-akan sistem penghambaan zaman moden," katanya.
Justeru, katanya usaha kerajaan itu sekali gus dapat memelihara kebajikan pemandu teksi selain menjadi titik permulaan kepada sistem baharu yang akan dilaksana bila sampai masanya nanti, kerana bukan sesuatu yang mustahil untuk mencapai perkhidmatan teksi bertaraf dunia.

Perdana Menteri berkata pemandu teksi yang menerima geran itu perlu memberikan bai'ah kepada kerajaan untuk menjadi pemandu teksi yang bersopan, amanah dan "jangan lupa budi kerajaan bila sampai masanya".
Beliau berkata banyak bantuan telah disediakan kerajaan sebelum ini, misalnya program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disusuli BR1M 2.0
"Berbeza dengan pembangkang, mereka buat (demonstrasi jalanan) Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 tetapi kita buat BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan juga TR1MA telah diberikan, tidak lama lagi SPAD akan lancar TR1MA 2.0," katanya.
TR1MA akan memanfaatkan 76,000 pemandu teksi di seluruh negara.
"Inilah kerajaan yang beri kebajikan, membela masa depan rakyat, bukan menyusahkan negara, bukan langgar undang-undang, bukan hancurkan negara, tetapi membina negara lebih baik, berbeza dengan pembangkang," kata Najib. Sementara itu, Syed Hamid berkata berkata pemberian lesen teksi individu tidak akan membawa kepada lambakan teksi kerana syarikat-syarikat teksi telah menyerahkan kembali lesen teksi mereka.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat teksi kerana atas tanggungjawab sosial korporat (CSR), menyerahkan kembali lesen teksi.
"Dari semasa ke semasa, jika lebih ramai daripada mereka mahu menyerahkan (lesen), dengan itu kami akan mengeluarkan lebih banyak lesen. Kita juga akan membuat kajian daripada segi pertambahan penduduk dan permintaan. Kita tidak akan keluarkan lesen sewenang-wenangnya. Kita nak tentukan semua orang boleh cari makan," katanya.
Mengenai pemberian geran RM5,000, Syed Hamid berkata ia merupakan peluang terbaik yang diberikan kerajaan untuk membolehkan pemandu teksi memiliki kereta sendiri.
"Penerima akan menikmati tempoh bayaran balik selama tujuh tahun serta kadar bayaran bulanan yang lebih rendah dan kereta tersebut tidak boleh dipindah milik...saya berharap penerima lesen teksi individu akan memberikan perkhidmatan terbaik," katanya. -  Bernama

Friday, March 22, 2013

kupas isu ic

RafiziRamli Terlepas Cakap. Rahsia Gelap Anwar Ibrahim Terbongkar Kerana Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir

Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.Dengan maklumat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?

Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.
http://rafiziramli.com/2013/03/raja-muda-sulu-agbimudin-azzimuddie-kiram-adalah-rakyat-malaysia-kakitangan-awam/

Disini penulis nak tanya Rafizi yang tak habis-habis nak salah kan UMNO.

1.BILAKAH UMNO MASUK SABAH?

2.ADAKAH TUN MAHATHIR DAH JADI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 1975?

3.ADAKAH MENJADI KESALAHAN KEPADA KERAJAAN JIKA SEORANG RAKYAT MALAYSIA MELEPASKAN KEWARGANEGARAANNYA UNTUK MENJADI RAKYAT NEGERI LAIN SEDANGKAN WAKIL RAKYAT DAP, PHEE BOON POH (ADUN SUNGAI PUYU) JUGA SEORANG PENDUDUK TETAP NEW ZEALAND SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA OLEH AKHBAR CINA?

Ini baru 3 soalan asas. Ada 20 lagi soalan yang akan menyusul sekiranya Rafizi dapat jawab soalan ini.

Diingatkan juga pada tahun 1975, Tun Dr. Mahathir hanyalah seorang Menteri Pelajaran (dari tahun 1974-1978). Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai Senator (1973) selepas kemasukan kembali beliau dalam UMNO pada tahun 1972. Pembaca harus mengikuti sejarah hidup Tun Mahathir untuk memastikan anda tidak ditipu oleh Rafizi yang buta sejarah.

UMNO pula memasuki Sabah pada tahun 1994. Pada 15 Julai 1975, Naib Presiden USNO, Haris Salleh dan Tun Fuad menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Tun Fuad (nama baru Donald Stephens yang memeluk Islam pada tahun 1971) kemudiannya meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri untuk memimpin BERJAYA. Ketika itu parti yang kuat di Sabah adalah USNO di bawah kepimpinan Tun Mustapha. Namun setelah wujudnya BERJAYA, pada pilihan raya negeri bulan April 1976, USNO memperoleh 20 kerusi dan BERJAYA mendapat 28 kerusi dan Tun Fuad dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah kali ke-2. Jadi penulis tak tahu dari buku sejarah mana Rafizi baca sehingga dia boleh mengaitkan UMNO dengan Azzimudie pada tahun 1975.

Itu baru permulaan. Oleh kerana Rafizi Ramli mengimbau sejarah tahun 1974-1975, Penulis ingin berkongsi dengan pembaca, SIAPA SEBENARNYA MUSUH NEGARA PADA TAHUN TERSEBUT. Bukan Azzimudie kerana dia adalah ADO ketika itu. Jika disemak dalam sejarah negara, peristiwa besar berlaku pada tahun tersebut adalah DEMONSTRASI BALING TAHUN 1974. Siapa dalang dalam demonstrasi tersebut?

Inilah gambar dalang yang mengkucar kacirkan negara sejak tahun 70an lagi. Lebih hina lagi, dalang di atas mereka cerita bahawa penduduk mati kelaparan kerana Kerajaan gagal membela nasib rakyat. Apabila disiasat oleh Zainuddin Maidin (wartawan Utusan Melayu ketika itu) ternyata kematian tersebut hanya fitnah semata-mata untuk membuatkan pelajar universiti marah kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan pada 5/6/7 Januari 1975 setelah dijalankan operasi di sekitar daerah Baling hingga ke pendalaman Kampung Weng Dalam dan Tanjung Pari, tiada kedapatan seorang pun rakyat Baling mati kebulur. Penolong Perubatan Daerah Baling Dr Tan Ah Hock dalam laporannya mengakui memang ada faktor kemiskinan dikalangan rakyat tetapi untuk sampai ke tahap mati kebuluran dia menafikan dakwaan.

Jadi apa kaitan demonstrasi BALING dengan Tun Mahathir sebagai Menteri Pelajaran dalam permulaan artikel? Untuk makluman pembaca, Tun Dr. Mahathirlah pemimpin yang ditugaskan untuk menyiasat DEMONSTRASI BALING oleh Tun Razak sebagai Perdana Menteri ketika itu. Ini kerana ketika itu belum ada Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti dan Kolej Universiti terletak di bawah portfolio yang dijaga oleh Tun Mahathir.

Sebagai penutup, Penulis menggalakkan pembaca supaya mengkaji sejarah. Jika tahun 1975, kaji sejarah tahun tersebut. Jangan jadi macam Rafizi Ramli yang belajar sampai luar negara. Tetapi bila dapat dokumen tahun 1975, terus tuduh Tun Mahathir dan UMNO yang bersalah. Sedangkan ketika itu Tun Mahathir sedang sarat memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah kekacauan, rusuhan dan demonstrasi yang ditimbulkan oleh dalang bernama Anwar Ibrahim. Penulis harap artikel ini dipanjang-panjangkan supaya lebih ramai rakyat tahu hakikat sebenar dan siapakah manusia bernama ANWAR BIN IBRAHIM!

*Sebar-sebarkan. Kalau boleh tanya balik Rafizi apa yang berlaku tahun 1975 dan siapakah musuh negara ketika itu? Adakah Azzimudie Kiram atau orang yang menfitnah Kerajaan bahawa rakyat Baling mati kebuluran?

mayat berulat dlam sejam akibat sihir

Pengganas amal ilmu hitam, mayat cepat reput

22 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan berunsur syirik.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas mati ditembak memakai tangkal dan ada tatu ayat al-Quran di badan.

“Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka. Peliknya, pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiar lebih daripada dua atau tiga hari,” katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah, Mejar Anuar Mat Zin berkata, Islam melarang guna ilmu kebatinan yang boleh sekutukan ALLAH kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh merosakkan akidah, sekali gus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

Pengganas yang didakwa guna ilmu batin untuk kebal turut pakai tangkal dan kad ramal hari, iaitu ilmu Kutika dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan ia disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Itu mungkin kepercayaan mereka,” katanya kepada pemberita kelmarin.  - Bernama

Thursday, March 21, 2013

hiba terlampau miskin

Tiada makanan akibat miskin
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2013
Tiada makanan akibat miskin
Fauziah sebak ketika menceritakan kesusahan dilalui keluarganya termasuk kesukaran menjaga Muhamad Danish Shahlan (kiri) di rumah sewanya di Guchil 4, Kuala Krai, semalam.
KUALA KRAI - Ibu lima anak termasuk seorang daripada mereka disahkan hiperaktif di Guchil 4, dekat sini, tidak mampu menahan sebak apabila menceritakan nasib mereka yang sekian lama hidup susah akibat kemiskinan.

Titisan air mata Fauziah Muhamad, 30, menjadi saksi keperitan hidup dilaluinya bersama suami dan anak ketika mengulangi kisah sedih mereka, termasuk sering terputus bekalan makanan kerana kehabisan wang.

Fauziah berkata, jika keperluan asas itu pun tidak dapat dipenuhi dia dan suami, apatah lagi keperluan lain seperti belanja sekolah, anak termasuk seorang anak mereka yang hiperaktif dan sewa rumah.

“Sedih bila fikirkan makan minum anak-anak. Ada masa beras dan gula di dapur semua habis. Kerap dalam seminggu, kami hanya makan nasi goreng,” katanya sambil menahan sebak.

Fauziah berkata, paling mengguris hatinya sebagai ibu ialah apabila tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk membeli keperluan sekolah seperti kasut dan buku.

“Anak minta belikan buku harga RM6 pun saya tak mampu. Terpaksa pinjam dengan jiran sebab risau anak malu nak pergi sekolah kalau tak ada buku.

“Sewa rumah RM100 sebulan pula sudah lima bulan tertunggak,” katanya yang tinggal di rumah sewa itu bersama suami, Mohamed Bashah Baharom, 52, dan lima anak berusia tiga hingga 13 tahun.

Fauziah berkata, belanja seharian mereka bergantung kepada pendapatan suaminya sebagai buruh kampung manakala dia sendiri tidak dapat bekerja kerana perlu beri sepenuh perhatian kepada anaknya yang hiperaktif, Muhamad Danish Shahlan, 7.

“Anak keempat saya ini perlu dijaga sepanjang masa kerana dia tidak boleh duduk diam. Makan minum dan pakaian dia, saya kena jaga sebab dia tak pandai buat sendiri.

“Kalau hari sekolah, saya perlu sentiasa ada temankan dia dalam kelas. Adiknya yang berumur 3 tahun, saya terpaksa minta jiran tolong jaga,” katanya.

Menurutnya, dia cuba bantu suaminya dengan bekerja di kedai makan di hadapan rumah pada hujung minggu, tetapi pendapatan diterima tidak tetap kerana bergantung kepada keadaan Muhamad Danish Shahlan.

Sementara itu, Fauziah berkata, dia pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebannya, namun ditolak atas alasan dia masih muda dan mampu bekerja.

Menurutnya, dia cuba mohon bantuan JKM buat kali kedua pada Mac 2011 selepas memenuhi permintaan agensi itu supaya permohonan disertakan surat pengesahan pakar perubatan mengenai penyakit anaknya.

“Setahun selepas hantar surat pakar perubatan, saya pergi JKM dan tanya mengenai permohonan itu. Mereka (JKM) jawab, tidak ada bantuan kerana permohonan saya sudah ‘tutup buku’,” katanya.

hiba terlampau miskin

Tiada makanan akibat miskin
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2013
Tiada makanan akibat miskin
Fauziah sebak ketika menceritakan kesusahan dilalui keluarganya termasuk kesukaran menjaga Muhamad Danish Shahlan (kiri) di rumah sewanya di Guchil 4, Kuala Krai, semalam.
KUALA KRAI - Ibu lima anak termasuk seorang daripada mereka disahkan hiperaktif di Guchil 4, dekat sini, tidak mampu menahan sebak apabila menceritakan nasib mereka yang sekian lama hidup susah akibat kemiskinan.

Titisan air mata Fauziah Muhamad, 30, menjadi saksi keperitan hidup dilaluinya bersama suami dan anak ketika mengulangi kisah sedih mereka, termasuk sering terputus bekalan makanan kerana kehabisan wang.

Fauziah berkata, jika keperluan asas itu pun tidak dapat dipenuhi dia dan suami, apatah lagi keperluan lain seperti belanja sekolah, anak termasuk seorang anak mereka yang hiperaktif dan sewa rumah.

“Sedih bila fikirkan makan minum anak-anak. Ada masa beras dan gula di dapur semua habis. Kerap dalam seminggu, kami hanya makan nasi goreng,” katanya sambil menahan sebak.

Fauziah berkata, paling mengguris hatinya sebagai ibu ialah apabila tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk membeli keperluan sekolah seperti kasut dan buku.

“Anak minta belikan buku harga RM6 pun saya tak mampu. Terpaksa pinjam dengan jiran sebab risau anak malu nak pergi sekolah kalau tak ada buku.

“Sewa rumah RM100 sebulan pula sudah lima bulan tertunggak,” katanya yang tinggal di rumah sewa itu bersama suami, Mohamed Bashah Baharom, 52, dan lima anak berusia tiga hingga 13 tahun.

Fauziah berkata, belanja seharian mereka bergantung kepada pendapatan suaminya sebagai buruh kampung manakala dia sendiri tidak dapat bekerja kerana perlu beri sepenuh perhatian kepada anaknya yang hiperaktif, Muhamad Danish Shahlan, 7.

“Anak keempat saya ini perlu dijaga sepanjang masa kerana dia tidak boleh duduk diam. Makan minum dan pakaian dia, saya kena jaga sebab dia tak pandai buat sendiri.

“Kalau hari sekolah, saya perlu sentiasa ada temankan dia dalam kelas. Adiknya yang berumur 3 tahun, saya terpaksa minta jiran tolong jaga,” katanya.

Menurutnya, dia cuba bantu suaminya dengan bekerja di kedai makan di hadapan rumah pada hujung minggu, tetapi pendapatan diterima tidak tetap kerana bergantung kepada keadaan Muhamad Danish Shahlan.

Sementara itu, Fauziah berkata, dia pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebannya, namun ditolak atas alasan dia masih muda dan mampu bekerja.

Menurutnya, dia cuba mohon bantuan JKM buat kali kedua pada Mac 2011 selepas memenuhi permintaan agensi itu supaya permohonan disertakan surat pengesahan pakar perubatan mengenai penyakit anaknya.

“Setahun selepas hantar surat pakar perubatan, saya pergi JKM dan tanya mengenai permohonan itu. Mereka (JKM) jawab, tidak ada bantuan kerana permohonan saya sudah ‘tutup buku’,” katanya.

bekas j

Kisah jeneral dan Lubang Buaya

BEGITU ramai peminat-peminat Tian Chua, pencetus filem drama 'Lahad Datu the movie' yang mendapat sambutan 'pecah panggung'.
Begitu ramai yang teruja, membakar gambar, memijak-pijak gambar, perarakan dengan kain rentang di seluruh negara,
Sambutan luar biasa yang mencerca, mengherdik Tian Chua atas sikap biadap dan celupar menuduh kerajaan UMNO merancang pencerobohan Lahad Datu sebagai 'diversion' kepada permasalahan negara.
Kerajaan perlu buktikan pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari dari MNLF ada kaitan dengan pencerobohan 'Tentera Sultan Sulu'. Jika akhbar Filipina sendiri membocorkan cerita-cerita persengkokolan ini. Biarlah Tian Chua tersentak dari lena bahawa rupa- rupanya semua ini bukan sandiwara tetapi betul-betul berlaku di alam realiti.
Saya suka hendak membicarakan skrip drama lima orang jeneral yang terjebak dengan politik Anwar Ibrahim. Sekadar lima orang? Tetapi saya lihat berpuluh-puluh bekas jeneral yang hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri. Mengkagumkan. Saya pasti jeneral-jeneral yang sedang berkhidmat dan segala anggotanya tentu bersama-sama dengan kerajaan yang ada pada hari ini.
'Lima jeneral lapuk' itu sudah ketinggalan zaman memilih pemimpin politik yang sudah 'outdated' dan 'expired'.
Bagaimana lima jeneral yang diasuh, diajar dengan disiplin dan doktrin ketenteraan boleh memilih seorang pemimpin yang didakwa terlibat dengan skandal-skandal sebagaimana yang dipaparkan di media dan sahabat-sahabat karibnya.
Pemimpin itu mempersoalkan pula 'command structure' ATM sedangkan struktur kuasa PKR sendiri kucar-kacir. Siapa yang berkuasa dalam partinya, Penasihat atau Presiden PKR? Tetapi itu yang berlaku dalam PKR.
Bagaimana lima jeneral ini boleh terpikat dan terpengaruh dengan Anwar Ibrahim?
Adakah mereka ini pernah bersama-sama dengan Anwar semasa Anwar menjadi TPM dahulu?
Mereka tentu mempunyai 'intelligence/perisikan' tetapi lima jeneral ini tidak cukup intelligent atau kebijaksanaan.
Jeneral yang bijak boleh berfikir secara strategik dan taktikal akan satu-satu situasi. Jeneral mungkin bekas professional soldiers tetapi bukan professional politicians. Dalam situasi sebegini akan kelihatan kebodohan jeneral-jeneral tersebut.
Apakah agaknya yang dijanjikan oleh PKR kepada lima jeneral itu? Kedudukan, pangkat, jawatan Menteri Pertahanan, bisnes dan sebagainya.
Jeneral-jeneral ini rupa-rupanya ada cita-cita politik dan ingin berkuasa. Alhamdulillah mereka menunjuk belang selepas bersara. Apalah akan terjadi jika jeneral-jeneral yang dahaga dan lapar kuasa ini masih berkhidmat dan membawa anak- anak buah mereka menentang kerajaan dengan cara rampasan kuasa?
Kita minta kerajaan berhati-hati dan selidik jika mereka membocorkan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Gunakan OSA.
Ketika lawatan ke Indonesia, saya sempat melawat tugu peringatan tujuh jeneral TNI yang diculik, diseksa dan dibunuh dalam insiden Lubang Buaya ketika rampasan kuasa PKI.
Memang cukup menyayat hati, tetapi apa yang lebih penting ialah pelajaran yang perlu kita hayati daripada peristiwa Lubang Buaya ini.
Lima jeneral bersara ini sedarlah bahawa kedaulatan negara lebih penting dan utama daripada pentas-pentas politik yang belum menjanjikan apa-apa kepada anda semua.
Kepada semua rakyat, veteran dan bekas tentera anggaplah mereka 5 jeneral humpty dumpty. Kita semua masih ingat lagu kanak-kanak tentang humpty dumpty ini.
''Humpty Dumpty sat on a wall,
Humpty Dumpty had a great fall.
All the king's horses and all the king's men
Couldn't put Humpty together again''
Kalau dalam cerita rakyat Melayu bolehlah kita anggap anggota jeneral-jeneral ini sebagai ''Si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan, biarkan.''
Veteran dan bekas tentera marah kepada jeneral-jeneral ini sebagaimana yang terpapar di media massa kebelakangan ini. Saya ingin sarankan kita tidak perlu doktrin tentera untuk serang balas jeneral-jeneral ini.
Apa kata kita guna doktrin awam iaitu PRU-13. Semua rakyat, tentera, veteran, bekas tentera, pengundi-pengundi jangan mengundi PR, PKR, DAP dan Pas. Kita biarkan luncai terjun dan humpty dumpty jatuh dari temboknya.
Kita tolak parti politik yang boleh menjahanamkan negara Malaysia.

Wednesday, March 20, 2013

beratnya memikul senjata

'Jika abah di Op Daulat...'
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN & NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
20 Mac 2013
Ceroboh Sabah
Dua anggota keselamatan menggunakan motosikal melakukan rondaan ketika operasi Op Daulat di Felda Sahabat.
SEKIRANYA abah yang lebih 30 tahun berkhidmat dengan pasukan keselamatan dipanggil menyertai Op Daulat, saya tidak dapat membayangkannya…

Mungkin detik jantung emak, yang juga anggota polis, akan terhenti seketika. Terkejut!

Abah sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa operasi membanteras komunis di Bukit Hijau, Kedah. Semasa berkhidmat dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) yang kini dipanggil Pasukan Gerak Am (PGA), abah juga pernah mengawal keselamatan petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan ketika kerja-kerja pengukuran sempadan Malaysia-Thailand.

Saya bukan tidak yakin dengan kemampuan abah. Saya tahu, abah masih berupaya menggalas M16 dan HK MP5.

Tetapi situasi hari ini berbeza. Abah bukan setakat perlu bertempur dengan pengganas, malah abah juga terpaksa berperang dengan 'peluru-peluru' yang keluar dari mulut pemolitik yang tidak berperasaan. Pasti hati abah akan lebih hancur bila suara-suara sumbang itu mempermainkan pengorbanan pasukan keselamatan.

Dan saya amat pasti, apa dirasa lebih sakit dan sengsara berbanding diledak bom sekalipun.

Ah! Saya yang secara langsung terlibat melaporkan berita dan perkembangan di sini, tidak mampu membayangkan jika abah antara ribuan dipanggil bertugas dalam Op Daulat.

Abah sudah pasti perlu mengikut operasi tidak mengira waktu, cuaca dan keadaan. Perlu sentiasa bersedia menghadapi serangan.

Entah apalah nasib abah!

Makan abah, rehat abah, mandi abah...ada siapa yang pedulu?

Tapi itulah hakikatnya. Rehat entah bila, makannya, mandinya entah bagaimana. Tapi itulah pengorbanan dilakukan demi mempertahankan kedaulatan negara.

Gugurnya 10 wira negara dalam Op Daulat cukup membuatkan saya tidak tenang sama sekali, jika nama abah dipanggil menggalas tanggungjawab kepada negara. Bagaimana nasib abah?

“Ya ALLAH, jika abah dipanggil, Engkau lindungilah keselamatan abah. Ya ALLAH, 29 tahun kasih sayang dan budinya juga masih belum sempat aku balas. Aku takut tidak terbalas sekiranya abah gugur semasa Op Daulat.”

Sekali lagi saya tidak sanggup membayangkannya... Tetapi ikrar taat setia mempertahankan negara yang dilafazkan 30 tahun lalu, terus tersemat di hati abah. Abah tidak pernah gentar jika dipanggil bertugas. Itu sumpah abah bersama negara.

Bukan hanya abah, itu jugalah yang tersemat di hati semua pejuang-pejuang negara.

Pada isteri, anak-anak dan keluarga pula, hati sentiasa diteman degup debar. Bimbang dan resah menyelubung perasaan setiap kali diumum gugurnya wira negara. Saya percaya, deringan telefon dan kelibat pasukan keselamatan di laman rumah boleh mencengkam jantung. Boleh membuat ia berhenti berdenyut.

Saya melihat dengan mata sendiri bagaimana juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bersama pasukan keselamatan siang dan malam merancang strategi menghapuskan segera pengganas durjana.

Sepanjang hampir dua minggu membuat liputan Op Daulat, saya menyaksikan bagaimana beratnya tanggungjawab pasukan keselamatan kita dan betapa mencabarnya tugasan mereka.

Tidak dapat digambarkan keperitan yang ditanggung. Namun mereka tetap menunjukkan riak wajah bersemangat dan membara untuk menewaskan musuh.

Jika saya diminta menggalas senjata, rasanya hanya 10 minit saya dapat bertahan. Jaket kalis peluru dan kelopak-kelopak peluru yang hampir 15 kilogram tidak mampu saya pikul. 10 minit itupun saya rasa satu tempoh masa yang cukum lama. Boleh mendera mental dan fizikal.

Tetapi tidak bagi pahlawan negara yang berjuang. Semuanya jadi ringan bagi mereka demi mempertahan Malaysia tercinta.

Gugurnya mereka, syahid seorang pejuang di medan perang.

Bagaimanapun, wira-wira kita memerlukan doa dan sokongan yang berterusan daripada rakyat Malaysia untuk menggalas cabaran peperangan pengganas bersenjata dari selatan Filipina itu.

Memang saya bangga menjadi anak seorang anggota polis. Namun saya tidak dapat menyembunyikan perasaan gentar bercampur khuatir dengan apa juga nasib pasukan keselamatan di medan juang.

Dan kerana kebimbangan itulah, terpacul dari mulut "jika abah di Op Daulat..."!

Walau abah tidak dipanggil ke medan juang, saya tetap sentiasa memanjang doa untuk perwira kita di perbatasan.

Sesungguhnya doa dan sokongan 26 juta rakyat Malaysia menjadi semangat untuk mereka!

*Penulis bersama wartawan NURUL RIDUAN NOR ASHAHA, berpeluang membuat liputaan Op Daulat selama 12 hari di Gugusan Felda Sahabat, Lahad Datu Sabah.