Saturday, December 31, 2011

isu masjid

BBSMS pula buat laporan
Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 31, 2011
BBSMS pula buat laporan
ALOR SETAR - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) mahu polis menyiasat kenyataan Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd Azam Awang, kelmarin kerana didakwa cuba memfitnah anak kariah, Jawatankuasa Kariah Madrasah Salihiah termasuk BBSMS berhubung penganjuran Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah.

Pengerusinya, Mansor Ahmad berkata, laporan polis dan kenyataan Mohd Azam didakwa berniat jahat dan menimbulkan prasangka bahawa tujuan BBSMS mengadakan program munajat yang diisi dengan aktiviti keagamaan, seperti solat hajat dan tazkirah, adalah untuk memecahbelahkan masyarakat.

“Kita juga kesal kerana beliau dakwa BBSMS dan Jawatankuasa madrasah yang mahu hadir program itu didakwa menderhaka arahan Tuanku Sultan dan menggugat kewibawaan Jabatan Mufti. Kami anggap ianya fitnah besar sebab mereka tidak dapat gambaran sebenar berhubung program itu,” katanya, selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar, pada 10.00 pagi, semalam.

Hadir sama, Setiausaha BBSMS, Zulkifli Salleh dan Ahli Jawatankuasa, Ahmad Fisol Shamsudin.

Menurutnya, pihaknya turut mempertikai kenyataan Mohd Azam ekoran program berkenaan diadakan dalam kawasan madrasah, dan ini suatu pencabulan ke atas hak umat Islam menganjurkan program keagamaan.

“Dakwaan itu jelas berniat jahat, menghasut selain merendahkan imej institusi Islam malah dikhuatiri boleh menimbulkan ketegangan atau rasa tidak puas hati dalam kalangan Jawatankuasa Madrasah Salihiah,” katanya.

Mansor turut mempertikai siapa yang menderhaka dalam isu ini, kerana jawatankuasa madrasah bertindak atas arahan surat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah (Maik) bertarikh 10 November, yang mohon perobohan ditangguh sehingga perbincangan seterusnya dibuat.

“Memang kita akur, mulanya Majlis Fatwa kata tidak boleh, tetapi kemudian boleh dibangunkan dengan bersyarat. Terbaru, surat penangguhan ini pula. Ini bermakna Dewan Pemuda Pas Alor Setar yang ingkar arahan, kenapa mereka tidak perakui surat berkenaan,” katanya.

Mansor tidak menolak kemungkinan akan mengemukakan saman sivil terhadap Mohd Azam selepas polis menjalankan siasatan terhadap laporannya itu.

“Jika sekalipun Barisan Nasional (BN) yang memerintah Kedah, kami tetap bantah perobohan madrasah ini, sebab ianya bukan isu politik tetapi keagamaan. Saya juga ingin jemput semua rakyat Kedah termasuk ahli Pas hadir pada program munajat ini,” katanya.

Pada masa sama, Mansor mencabar Dewan Pemuda Pas Alor Setar berdebat isu Madrasah Salihiah secara terbuka, di madrasah itu pada bila-bila masa untuk mengungkai kekeliruan yang timbul.

“Saya sedia debat atau berdialog secara terbuka, saya minta Mohd Azam nyatakan tarikh dan kita bahas secara terbuka untuk dinilai rakyat Kedah," katanya.

pembangkang suka mempolitik semua benda

Jamil Khir perjelas dakwaan
Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 31, 2011
Ar Rahnu Yapeim semakin menjadi instrumen pembiayaan pilihan

SEPANG - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.

Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan beri bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.

Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.

Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.

"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.

Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu membabitkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.

Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.

"Biasalah kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu mejar jeneral, dua bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tidak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya.

Beliau juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar.

Friday, December 30, 2011

isu madrasah

Selamatkan Madrasah Salihiah

Oleh ZULKIFLEE BAKARpengarang@utusan.com.my

ESOK (Sabtu) isu penentangan terhadap cadangan merobohkan Madrasah Salihiah, Kanchut, Alor Setar untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah akan sampai ke kemuncaknya.

Ia berikutan satu himpunan yang turut diiringi dengan solat hajat akan diadakan oleh Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Himpunan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menentang apatah lagi membantah keputusan Majlsi Fatwa Kedah tetapi berusaha sedaya upaya memohon agar kerajaan Pas Kedah memikirkan kembali keputusan yang telah dibuat.

Majoriti umat Islam Kedah percaya bahawa keputusan merobohkan madrasah tersebut masih boleh diubah, jika Kerajaan Pas Kedah bersedia bertolak-ansur dan lembut hati.

Oleh kerana segala permintaan, rayuan dan desakan mereka seolah-olah tidak mahu didengari dan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri, maka umat Islam yang menyokong madrasah berkenaan terus wujud tiada pilihan lain.

Sebab itulah mereka mengadakan himpunan esok dan seterusnya diikuti oleh solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar madrasah berkenaan diselamatkan daripada sebarang tindakan atas nama pembangunan.

Sememangnya kita 'kagum' dengan ketegasan Dewan Pemuda Pas kawasan Alor Setar yang tampil membuat laporan polis bagi menghalang himpunan tersebut diadakan.

Tetapi kita juga ingin bertanya, apakah Dewan Pemuda Pas berkenaan sudah bertemu dengan penduduk di kawasan madrasah itu bagi mendapatkan pandangan mereka?

Tidak salah untuk Dewan Pemuda Pas menyokong keputusan Majlis Fatwa Kedah tetapi pernahkah mereka melahirkan cadangan kepada kerajaan negeri di bawah penguasaan pemimpin-pemimpin mereka untuk mengkaji semula cadangan merobohkan madrasah tersebut?

Sebagai anak Kedah penulis juga ingin bertanya, di manakah suara Dewan Pemuda Pas apabila terdapat masjid, surau dan madrasah di negeri itu dicemari oleh syarahan, kuliah dan khutbah berbaur politik?

Penulis bukan sahaja membaca berita mengenai perkara ini, malah mengalaminya sendiri apabila bersolat di sebuah masjid di kawasan Parlimen Merbok setiap kali pulang ke kampung.

Di salah sebuah masjid di kawasan berkenaan, boleh dikatakan setiap minggu mereka menjemput ustaz-ustaz atau penceramah yang menyelitkan unsur politik menyokong pembangkang dalam ceramah atau kuliah mereka. Soalnya, di mana suara Dewan Pemuda Pas dalam perkara ini?

Malahan penulis juga ingin tahu, bagaimana kalau Madrasah Salihiah ini jawatankuasanya terdiri daripada pemimpin dan penyokong Pas, apakah Dewan Pemuda Pas akan menyokong cadangan merobohkan premis tersebut.

Dan sekali lagi, penulis juga ingin bertanya apakah Dewan Pemuda Pas akan duduk diam kalau cadangan merobohkan madrasah berkenaan datang daripada kerajaan negeri atau kerajaan pusat di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Adakah ketika itu Dewan Pemuda Pas akan meminta semua pihak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kedah?

Penulis percaya, Dewan Pemuda Pas begitu beria-ia dalam isu ini kerana merasakan cadangan merobohkan madrasah tersebut sudah mula memberi tamparan kepada kerajaan negeri pimpinan Pas.

Mereka faham jika isu ini tidak dikendali dengan betul, ia boleh mendatangkan bahaya kepada kerajaan Pas yang sememangnya dilihat semakin tidak bermaya di Kedah.

Justeru kita ingin berpesan kepada Dewan Pemuda Pas kawasan Alor Setar, janganlah hipokrit, kalau benar kalian adalah pejuang Islam dan begitu menghormati Majlis Fatwa Kedah maka bertindak adil dalam semua perkara termasuklah patuh kepada arahan agar masjid, surau dan madrasah tidak dipolitikkan.

Kepada umat Islam di Kedah, janganlah tergugat dengan tindakan Dewan Pemuda Pas tersebut, dalam sebuah negara demokrasi mereka berhak membuat laporan polis tetapi dalam amalan demokrasi juga rakyat berhak melahirkan pendapat mereka.

Tujuan perhimpunan itu bukan bertujuan membantah apatah lagi menentang Majlis Fatwa Kedah, semua umat Islam di negeri berkenaan sentiasa menghormati majlis tersebut.

Namun begitu kita juga yakin bahawa majlis itu pasti akan menimbang semula keputusannya jika ada usaha bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah untuk mengubah cadangan merobohkan madrasah tersebut.

Tetapi malangnya, kita tidak nampak usaha itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd. Razak tegas dengan pendirian beliau untuk meneruskan perancangan yang telah dibuat.

Sebab itulah, dalam melahirkan pendapat dan penentangan terhadap cadangan tersebut tidak ada siapa pun menyalahkan Majlis Fatwa Kedah, sebaliknya merayu kepada Kerajaan Pas Kedah yang pasti mempunyai kuasa menghalang Madrasah Salihiah menjadi 'debu' dan tinggal nama sahaja.

Atas sebab itulah, kepada umat Islam Kedah tanpa mengira apa juga fahaman politik mereka, ayuh! mari selamatkan Madrasah Salihiah. Jangan biarkan madrasah bersejarah tersebut menyembah bumi hanya disebabkan hasrat mewujudkan sebuah kompleks beli-belah.

Mereka perlu menunjukkan muafakat dan kesatuan dalam soal ini kerana cadangan merobohkan madrasah berkenaan masih boleh dielakkan.

Umat Islam perlu memberi isyarat kepada kerajaan negeri supaya jangan terlalu angkuh dengan kuasa yang ada sehingga tidak bersedia untuk menimbangkan bantahan yang semakin memuncak setiap hari.

Pembinaan hanya sebuah kompleks beli-belah tidak akan mampu memberi apa-apa pun signifikan pembangunan di Kedah. Apatah lagi di negeri berkenaan sememangnya sudah bersepah kompleks seumpama itu.

Pergi sahaja ke Sungai Petani yang merupakan bandar kedua terbesar di negeri jelapang padi tersebut, berlambak-lambak premis berkenaan diwujudkan bak kata orang Kedah, 'jenuh nak pi'.

Oleh itu, kenapa perlu lagi kompleks beli-belah hendak didirikan? Banyak sangatkah pelancong atau pengunjung pergi ke kompleks-kompleks beli-belah di negeri tersebut sehinggakan terpaksa merobohkan madrasah bagi 'memenuhi permintaan pelanggan'.

Mungkin umat Islam tidak akan membantah jika tapak madrasah itu mahu dibangunkan kompleks pusat Islam memandangkan Kedah diperintah oleh sebuah parti yang menguar-uarkan mereka memperjuangkan Islam.

Tetapi apa yang hendak dilakukan ialah robohkan madrasah, bina kompleks beli-belah! Apakah mungkin inikah contoh konsep negara berkebajikan yang akan mula menjadi dasar baru perjuangan Pas?

Sukar dipastikan, apa yang nyata umat Islam di Kedah tanpa mengira apa juga fahaman politik dan mempunyai kelapangan harus bersama-sama ke Madrasah Salihiah esok.

Marilah tunjukkan kesatuan, perpaduan dan bantahan kita agar Madrasah Salihiah Kancot dapat diselamatkan daripada 'keghairahan' perancangan atas nama pembangunan.

isu madrasah

Isu kompleks ganti madrasah diheret ke 2012

Oleh SAHBULAH DARWIpengarang@utusan.com.my

TIRAI 2012, yang bakal dibuka beberapa hari lagi, mengheret bersama pelbagai masalah pada tahun sebelumnya seperti isu Madrasah Salihiah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan Pas Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terpaksa menyebut latar belakangnya sebagai graduan Universiti Al-Azhar yang dikatakan tahu mengenai hukum hakam, untuk meyakinkan masyarakat terhadap keputusan untuk merobohkan madrasah itu.

Namun bagi ahli kariah madrasah itu, Pas ternyata gagal membela syiar Islam walaupun sering melaungkan mahu memperjuangkan Islam.

Malahan mereka tidak nampak kesungguhan kerajaan negeri mahu menegakkan syiar Islam di negeri jelapang padi ini bahkan syiar yang sedia ada hendak dirobohkan pula untuk memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah.

Hakikatnya, tiada pihak yang menolak pembangunan tetapi keputusan mengorbankan madrasah berusia lebih 100 tahun itu di tapak tanah wakaf khas, adalah sesuatu yang tidak kena dan tidak diterima rakyat khususnya masyarakat Islam.

Hujah Pas ialah mereka mendakwa bertindak betul mengikut hukum hakam kerana tanah wakaf itu diambil alih menggunakan kaedah istibdal iaitu wakaf ganti atau pindah wakaf yang kononnya bagi mendapat manfaat yang lebih besar.

Ya, memang betul kaedah istibdal bagi tanah wakaf khas hukumnya adalah harus sebagaimana keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-4 bersidang pada 13-14 April 1982. (rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/saham-wakaf-dan-wakaf-ganti-wakaf-ibdal).

Berdasarkan keputusan itu, fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 9 Jun 2011 yang menegaskan tanah wakaf itu perlu dikekalkan telah dipinda pada 4 Julai 2011 untuk membenarkan istibdal ke atas tanah wakaf madrasah itu.

Namun, dalam kes madrasah itu, terdapat bantahan umum kerana maslahah ammah atau kepentingan umum tergugat akibat keputusan berkenaan. Ini kerana madrasah yang berfungsi sebagai surau itu masih digunakan dan tidak luput manfaatnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menjelaskan, disebabkan kemaslahatan itu maka kaedah istibdal itu tidak boleh dilaksanakan.

"Pemerintah perlu bijak untuk membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan umum rakyat dan bagi kes madrasah ini maslahah ammah adalah perkara pertama yang sepatutnya dirujuk dan ia mengatasi istibdal itu," katanya yang merupakan seorang graduan Universiti Al-Azhar (1987) dan Universiti Darul Ulum Kaherah (1997).

Ini sejajar dengan pandangan seorang ulama termahsyur, Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh juzuk 8 halaman 221 yang menyatakan bahawa terdapat syarat-syarat jika istibdal hendak dilakukan terhadap tanah wakaf khas.

Antaranya, syarat pertama ialah harta wakaf itu mestilah luput seluruh manfaatnya, yakni tiada langsung manfaatnya. Syarat kedua, harta wakaf itu tidak lagi mempunyai hasil untuk dimaju atau dibangunkan.

Justeru, Bendahari dan Pemegang Amanah Tanah Wakaf madrasah itu, Fadzil Ishak, 61, berkata, seluruh ahli kariahnya tidak nampak mengapa tanah wakaf tersebut perlu diambil alih dengan cara sedemikian sedangkan madrasah itu masih diimarahkan dengan pelbagai program.

Dengan rasa hormat terhadap Azizan dan kerajaan negeri, beliau berpendapat tentu ada jalan keluar kepada masalah ini dengan penyelesaian yang diterima oleh semua pihak.

Lebih-lebih lagi sentimen waktu ini menunjukkan tindakan merobohkan madrasah itu akan merugikan bukan sahaja masyarakat Islam setempat bahkan imej kerajaan negeri sendiri akan tercalar.

Mana-mana orang Islam, jika diperiksa dalam lubuk hatinya, adakah mereka meredhakan madrasah yang dibina atas tanah wakaf khas, menjadi tempat ibadat dan sujud kepada Allah hendak dirobohkan begitu sahaja untuk diganti dengan kompleks beli-belah?

Selain itu, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Kedah disyaratkan agar menyediakan tanah baru sebagai ganti sebagaimana keputusan pindaan jawatankuasa fatwa negeri itu, tetapi sehingga waktu ini tanah sesuai untuk tujuan gantian itu tiada.

Pihak madrasah juga, pada 3 November 2011 meminta agar jawatankuasa fatwa menyemak semula keputusan pindaan fatwa itu dan sehingga waktu ini keputusan semakan masih belum dikeluarkan.

Justeru, ahli kariah dan masyarakat Islam kawasan itu tidak mempunyai pilihan melainkan mempertahankan madrasah tersebut daripada dirobohkan.

Sewajarnya langkah berkompromi dengan ahli kariah diambil bagi memastikan kepentingan semua pihak terbela dan pada masa yang sama syarikat pemaju boleh meneruskan projek pembinaan tanpa mengusik tapak tanah wakaf berkeluasan cuma 0.08 hektar itu.

Jika langkah kompromi itu tidak diambil maka 2012 bakal menyaksikan isu tersebut terus tidak selesai berikutan semua pihak tetap tidak berganjak dengan pendirian mereka.

Thursday, December 29, 2011

jangan bagi tocang naik

901: Jangan bagi muka

IBNU AC
Jerantut Pahang.

Saya rasa sangat terpanggil untuk turut bersuara mengenai berita satu demonstrasi atau perhimpunan akan diadakan di ibu negara oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun perkara ini amat kerap disiar dalam akhbar ini sejak kebelakangan ini oleh mereka yang amat mementingkan keamanan negara, namun selaku warganegara Malaysia yang turut cinta kepada keamanan negara, saya bagaikan terpaut untuk sama-sama memberi pandangan.

Saya ingin meminta agar pihak berkuasa khususnya yang bertanggungjawab mengenai keselamatan, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan beberapa agensi keselamatan yang lain, mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901, pada 9 Januari ini di ibu negara ekoran mahkamah akan membuat keputusan kes liwat Anuar pada hari tersebut.

Kalau boleh pada hari itu pihak berkuasa keselamatan menentukan jarak yang khusus bagi memisahkan peserta perhimpunan dengan mahkamah yang bakal membuat keputusan kes liwat Anwar itu.

Sebagai contoh, jarakkan mereka dari mahkamah tersebut sejauh 100 atau 50 meter atau mengikut yang difikir sesuai, dengan kawalan ketat pihak berkuasa keselamatan.

Kalau tidak dibuat begitu saya pasti kekecohan yang teruk akan berlaku di sekitar mahkamah tersebut. Biarlah mereka dakwa langkah tersebut tidak demokrasi dan melanggar hak asasi manusia.

Sebenarnya kerajaan sudah terlalu banyak berlembut dengan mereka ini hingga menjadikan mereka sejak kebelakangan ini semakin naik 'tocang'.

Justeru saya merayu agar tidak ada lagi kelembutan atau diberi muka ke atas mereka ini. Mereka sahaja yang kononnya sering mendakwa teraniaya oleh tindakan pihak berkuasa, tapi mereka tidak sedar merekalah yang menyebabkan ramai orang awam teraniaya akibat perbuatan tidak beretika mereka.

Saya sangat bersetuju dengan saranan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, agar pihak berkuasa perlu menggunakan segala 'kekuatan' yang ada bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku dalam perhimpunan terbabit.

Wednesday, December 28, 2011

isu roti la pulak...dari blog papagomo



Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanya untuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan Melayu. Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikot roti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(BERNAS) dan ramai orang Melayu mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary.

IKLAN BOIKOT PRODUK MELAYU DAN SOKONG PRODUK CINA DILANCARKAN DI FORUM DAN BLOG MEREKA

Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka!Kini mereka telah melampaui batasan denganmencetuskan sentimen perkauman,ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum. Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?:


ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL(FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD. MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY. THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH? PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).

kenyataan dalam facebook mereka.
Terjemahan:
23 NOVEMBER 2011
11:28PM BUTTER LAUMEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?

24 NOVEMBER 2011
1:37AM DESMOND TEE DESMONDPERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOWCLASS!!
2:49PM BECKY WONGTANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA. TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA??
5:14PM STEVEN LONGMATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!!
-------------------------------------------------
BIADAP!!! SEOLAH-OLAH KITA ORANG MELAYU HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG! SUDAH CUKUP DENGAN KUTUKAN & HINAAN KEPADA ORANG MELAYU. MARI KITA BUKTIKAN SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA!

MARI KITA LANCARKAN BOIKOT ROTI MASSIMO INI KERANA KEBIADAPAN MEREKA!

..........................................................................................................................
INI ADALAH KOMEN PEMBACA YANG DISARING DARI BLOG PPIM
Blogger probro said...
Dalam hal ini, nampak sangat orang cina berpakat mencari pasal dengan org melayu. Mereka mungkin tidak berani melakukan serangan secara terbuka. Tetapi mereka secara berpakat melancarkan serangan halus dengan memboikot dan memburuk-burukkan perniagaan milik melayu,


Perkara ni saya rasa memang dah berlaku sekian lama dan mungkin kita saja yang tidak sedar atau mengambil pot memandangkan ianya tidak secara direct ditujukan kepada keluarga kita. Namun jika kita tanya kawan-kawan yang berniaga, mereka dengan mudah boleh cerita betapa mereka sekian lama menghadapi boikot secara pakat oleh bangsa cina.


Kalau beli bahan mentah untuk diproses jadi produk keluaran melayu seperti makanan ayam, telur, beras,tepung, susu, kopi, ikan, sayur, buah-buahan atau bahan keperluan pembinaan seperti simen, kayu, paku, skru, besi, atau apa saja yang kita beli daripada mereka. Mereka akan mengenakan harga lebih tinggi daripada bangsa lain.


Ini menjadikan kos pengeluaran dan pembinaan kita lebih tinggi. Para pengguna melayu pula macam tak ada hati langsung untuk menolong sesama kita usahawan melayu sebaliknya hanya mencari yang lebih murah dan mudah.
Akhirnya perniagaan melayu menjadi malap dan bungkus. Akibatnya amat kuranglah institusi perniagaan melayu dan anak-anak kita terpaksa bekerja jadi kuli batak bangsa lain. Salah melayu tidak sokong melayu dan akibatnya anak-anak kita yang tanggung jadi bahan maki hamun cina sampai mati.
Malah ada kes yang dilapurkan anak-anak melayu jadi habuan seks bos-bos cina mereka. Diajaknya anak kita yang kerja sebagai marketing atau pembantu pejabat ke luar negara untuk urusan perniagaan dan diperdaya untuk ditiduri dan dijadikan habuan seks sampai puas dikerjakan mereka.


Dendam mereka kini makin membara kerana mereka melihat melayu semakin lemah dan berpecah, tiada siapa nak pertahankan nasib anak2 melayu.
Kini mereka secara jelas cuba menjatuhkan gardenia. Mungkin kerana gardenia tidak lagi membeli tepung kilang fmm milik robert kuok yang didapati mengandungi protin babi.


Tepung untuk permit impot ap subsidi yang kerajaan bagi dibeli dengan kualiti yang paling rendah, kalau di negara china tepung gred ini digunakan oleh kerajaan china untuk membuat makanan babi. Tepung ini lah yang diimpot oleh robert kuok utk rakyat malaysia.
Tepung ini dicuci bleaching dan ditambahkan protin babi supaya menepati spesifikasi.
Impot makanan babi, kemudian dia claim subsidi bernilai ratusan juta setahun.
Ertinya rakyat malaysia sama taraf dengan babi. Kalau kita makan roti biasa yang menggunakan tepung gred ini umpamanya roti canai, capati, atau roti massimo ertinya kita makan roti babi.
Inilah kerja robert kuok yang mendapat ap special tepung dan gula selama 50 tahun oleh kerajaan malaysia. Sama macam ananda krishna mendapat special broadcasting permit selama 30 tahun.


Bila gardenia enggan membeli tepung fmm robert kuok kerana terbukti ada dna babi, dia naik bengang dan membuka kilang roti massimo. Yang baghalnya, dia ambil pulak budak melayu bekas manager kilang gardenia untuk jadi ketua kilang massimo dan meniru semua produk gardenia.


Sebagai seorang journalist melayu, saya memiliki network besar untuk mengorek aktiviti robert kuok. Saya kira, segala kekayaan dia dengan harta berbillion dengan bot bernilai 20 billion adalah memang betul dia ni tycoon.
Saya amat sakit hati ketika wawancara dengan robert pengimpot tepung babi ini. Adakah patut dia kata kekayaannya bukan berasas dari malaysia sahaja kerana dia memiliki harta perniagaan berbillion di china dan seluruh asia.
Apa yang benar dan pasti, robert memang memulakan perniagaannya dari malaysia dengan bantuan tun mahathir. Kalau tun tidak membuka peluang untuknya nescaya dia masih duduk jual hand phone di petaling street.
Dalam career saya tidak boleh melepaskan geram saya. Tetapi di bog ini saya ingin meluahkan isi hati saya yang terpendam selama ini tanpa perlu bahasa persuratan sangat.
Saya kira kerajaan dah terlebih bagi muka.
Robert dah kaya vincent tan dah kaya, ananda pun dah kaya, apa lagi mau bagi special ap. Bagilah pada orang lain pulak.


Melayu punya ap bukan macam mereka special ap, ertinya tiada orang lain boleh impot. Melayu punya ap boleh impot kalau mampu dan orang lain juga boleh dapat ap yang sama.
Mereka punya ap lain, exclusive ap. Tiada siapa boleh import melainkan mereka.


Kalau beginilah caranya, lebih baik kerajaan cari satu daerah dan bagi mereka jadi raja, malah kuasa mereka lebih dari raja kerana raja melayu pun tidak dapat special ap.
Produk roti massimo pula sudah sah menjadi senjata mereka menyerang kepentingan dan perniagaan melayu.


Dalam senario lain, robert kuok yang menguasai golden screen cinema dengan rakusnya menghalau semua stall outlets jenama 1901 milik melayu dan menciplak konsep yang sama diletakkan dalam rangkaian panggung wayang gsc. Produk makanan diambil dari sumber yang kita tak tau halal ke haram.
Jelas mereka ini benci dan anti melayu.


Puas hati saya dapat menulis seperti ini, tidak dalam akhbar yang saya bekerja sekarang. Namun atas rasa cintakan agama dan bangsa saya luahkan jua perasaan ini. Maaf kalau saya terkasar bahasa.
Soalnya, apakah tindakan kita? Fikirkanlah bersama.


Boikot tetap boikot massimo.

Apa komen Melayu PAS dan PKR dalam pekara ini? Emmmm Percayalah mereka akan kata yang sealiran dengan Cina cina tu.. BOIKOT!!!


Psssttt... Lu orang ingat benda ni baru ke? Nak duduk diam lagi? Lancar Boikot Habis Habisan le...

tangkap penipu

Jangan beri ruang Malaysia jadi syurga si penipu

PROF. MADYA DR. RUSINAH SIRON
Kolej Pengajian Siswazah
UNITEN, Kampus Putrajaya, Bangi.

APABILA membuka sahaja setiap helaian surat khabar atau mendengar berita-berita daripada media eletronik, cerita yang tidak pernah tertinggal ialah cerita rakyat Malaysia kena tipu oleh rakyat asing.

Berita yang dipaparkan pada muka hadapan Mingguan Malaysia 18 Disember lalu menyatakan bagaimana seorang warga Afrika hidup mewah menjadi jutawan hasil daripada kegiatan menipu yang dilakukan terhadap 'dermawan Malaysia' yang 'suka menderma tidak bertempat.'

Apabila kaki-kaki penipu ini balik ke negara asal mereka dan menguar-uarkan kehebatan mereka menipu dan jadi kaya kerana menipu, menjadikan sahabat-sahabat handai mereka berduyun-duyun datang ke Malaysia untuk menjalankan kegiatan utama mereka iaitu 'menipu.'

Sudah tertanam dalam kotak fikiran mereka bahawa Malaysia adalah 'negara syurga' bagi mereka yang menjadikan aktiviti menipu sebagai profesion utama mereka.

Bila fikir-fikirkan balik, sedih juga rasa hati dengan keadaan ini dengan memikirkan mengapa begitu mudah rakyat kita ditipu khususnya wanita.

Malah berita warga emas wanita kena tipu berjuta ringgit dan puluhan wanita ditipu secara maya dengan memasukkan duit belasan dan ribuan ringgit ke akaun warga asing yang menyamar, dalam hati sering tertanya-tanya 'mengapakah semudah itu wanita Malaysia kena tipu.'

Tidak pernahkah terfikir oleh mereka akan risiko yang mereka hadapi kerana sikap 'cepat terpesona dan terpana' dengan warga asing tersebut hingga akhirnya mereka merana dan menderita tergadai body dan harta serta harga diri!

Pelbagai telahan, tekaan dan terjahan yang dibuat oleh pelbagai peringkat masyarakat mengenai mengapa wanita Malaysia mudah terperangkap dan diperangkap oleh warga asing dari Afrika, Indonesia, Bangladesh dan pelbagai negara lain.

Mengapa dan di mana silapnya? Saya sendiri juga tidak dapat membuat jangkaan dan tekaan yang tepat kerana hanya mereka yang telah melaluinya sahaja yang tahu melalui susah senangnya proses, kejadian dan kesudahan dengan lebih jelas.

Walau bagaimanapun untuk peringatan kepada anak-anak perempuan dan juga seluruh wanita Malaysia yang terkenal dengan personaliti yang cantik, cerdik, ceria dan cergas ini agar memegang nasihat dan panduan ini supaya tidak kena tipu atau menjadi mangsa pemerdagangan diri dan emosi oleh warga asing.

1. Jangan mengikut kata hati, nanti mati, selayaknya difikirkan dengan cukup mendalam oleh wanita Malaysia. Janganlah terlalu merasa 'syok sendiri' dengan godaan, manjaan dan belaian warga asing ini seperti warga Afrika yang dikatakan hebat dalam melayan kekasih.

Ingatlah! Warga asing yang hebat melayan teman wanitanya dengan layanan first class ini adalah 'penipu world class', akhirnya maruah dan harta tergadai dan hidup hancur berderai!

2. Ukur baju dibadan sendiri, juga sesuai untuk renungan wanita Malaysia, kita mempunyai adat resam, sosio budaya dan agama yang perlu dijunjung dan dipelihara. Jadi janganlah menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara dengan bersekongkol, bersubahat dan bersahabat dengan warga asing kaki penipu ini.

Berwaspadalah dan carilah pasangan, sahabat, teman lelaki dari anak bangsa sendiri dengan restu dan reda ibu bapa.

3. Jangan sekali bermain api, kelak membakar diri, boleh menjadi ingatan dan teladan pada wanita Malaysia mengenai keganasan warga Afrika yang membunuh dan menyiksa anak teman wanita mereka, merompak, memukul dan merogol serta menipu yang banyak tersiar di akhbar dan pengakuan mangsa-mangsa.

Jangan main tutup mata dan berfikir 'itu nasib mereka, mungkin nasib aku lebih baik kalau bersama warga Afrika ini' dan dengan kata-kata inilah yang menjadikan mereka hidup sengsara dan terbakar dalam api neraka dunia.

Jadi, dengarlah nasihat dan jauhilah warga asing yang hanya menjadikan wanita Malaysia ini untuk hidup 'menumpang dan menjadi dedalu kepada habitatnya.'

Kembalilah ke jalan hidup yang mempunyai landasan yang benar dan kukuh agar warga asing khususnya Afrika ini tidak lagi menipu anak bangsa kita. Jangan jadikan Malaysia negara 'syurga bagi penipu' dan 'neraka bagi rakyat kita yang ditipu'! Rakyat Malaysia perlu hidup dengan aman sejahtera dan bermaruah demi agama, bangsa dan negara tercinta.

tolak demo

Elak huru-hara di ibu negara

APAKAH akan terjadi di ibu negara pada 9 Januari ini? Apakah kehidupan dan aktiviti warga kota akan sekali lagi tergugat gara-gara rancangan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semua orang tahu pada hari tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka membuat keputusan terhadap tuduhan liwat ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Kes berkenaan hanya melibatkan Anwar dan bekas pembantu peribadi, Mohd.Saiful Bahri Azlan tetapi kenapakah kami yang tinggal di ibu negara perlu disusahkan?

Sampai bilakah pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menjadikan demonstrasi jalanan sebagai tempat melepas geram?

Tidak cukupkah dengan tindakan mereka menghuru-harakan Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu apabila bersekongkol dengan S. Ambiga mengadakan perhimpunan haram Bersih.

Anwar sudah diberi peluang membela diri dengan barisan peguam- peguam yang hebat belaka dan sekarang terserahlah kepada hakim membuat keputusan.

Oleh itu kenapa perlu berarak beramai-ramai ke mahkamah yang akan dilihat seolah-olah cuba memberi gambaran kalau Anwar didapati bersalah, itu adalah konspirasi.

Apa yang mengecewakan, rakan-rakan saya yang bekerja di beberapa universiti sudah ada gerakan menghasut mahasiswa untuk turut sama dalam demonstrasi yang dipanggil ‘Bebas Anwar 901’.

Kita berasa hairan dengan kempen dan tindakan yang akan dilakukan, kalau pembangkang dan penyokong kuat Anwar percaya ‘pemimpin agung’ mereka itu tidak bersalah kenapa perlu panik?

Kenapa begitu ghairah hendak mengadakan demonstrasi bebaskan Anwar pada 9 Januari ini? Apakah mereka sudah yakin bahawa Anwar bersalah berdasarkan bukti-bukti dibentangkan di mahkamah? Kalau yakin Anwar tidak bersalah, janganlah gelabah tidak tentu fasal.

Sepatutnya, penyokong-penyokong Anwar dan pembangkang berfikiran waras serta menyerahkan segala-galanya kepada mahkamah di samping berdoa kepada Allah SWT.

Percayalah, kebenaran tetap akan muncul biar sehebat mana pun kita menutupi kebatilan. Begitu juga dalam kes Anwar ini.

NURHIDAYAH

Kuala Lumpur.

isu islam

Malaysia dan sensitiviti isu-isu keislaman

Oleh MOHD. ZAIDI ABDULLAH
PENULIS ialah Ketua Penyelidik,
Akademi 'Ulum Pondok dan Pencerahan
Tamadun, Shah Alam, Selangor.

INJAKNYA kaki tentera Napoleon Bonarparte di Mesir pada 1798 boleh dikatakan bermulanya 'mimpi buruk' kepada dunia Islam seluruhnya. Beberapa abad sebelum itu, di Asia Tenggara, bukan sekadar mimpi buruk malah 'kerap mengigau' akibat penjajahan Portugis di Melaka pada 1511 Masehi. Jauh dari pusat utama kebudayaan Islam, Asia Tenggara beberapa buah wilayah terkemuka terpaksa berdepan dengan perancangan-perancangan Portugis, Belanda dan Inggeris.

Cuma Belanda dan Inggeris masih menjalankan aktiviti orientalisme yang mengemudikan sebelum lahirnya hubungan antarabangsa yang dijalankan oleh Amerika terhadap negara-negara Asia Tenggara khususnya.

Isu usaha memurtadkan umat Islam secara faktanya terzahir pada ketika lahirnya penjajah di rantau ini. Arus kemodenan dan pasca-modenisme serta hak asasi manusia dan globalisasi makin terbuka peluang pemurtadan. Dalam pengajian Islam di universiti-universiti Barat masih dibayangi oleh agama lain pada struktur universiti-universiti tersebut. Islam dikaji sebagai agama tetapi dari segi antropologi dan persejarahan misalnya. Melalui program pengajian seperti ini, non-muslim dapat mengenal Islam dan segala aktivitinya melalui fellowship, penulisan tesis dan seumpamanya.

Perakuan bahawa Islam sebagai agama rasmi oleh Barisan Nasional (sebagai pemerintah sekarang) dan Pas (dalam buku Negara Berkebajikan) pastinya akan tergugat dengan cabaran-cabaran profesional yang sering dikatakan sebagai memenuhi hak asasi manusia. Islam dikenal sebagai bahan bacaan (adalah malang jika dibaca tentang Islam menerusi kajian orientalis). Profesionalisme dalam pengkajian-pengkajian Islam diberikan geran sekali di bawah bimbingan non-muslim sebenarnya adalah satu bid'ah yang tidak berlaku sepanjang Islam berada di bayangan Khilafah Rashidin, Khilafah Umayyah, Khilafah 'Abbasiyyah dan Khilafah 'Uthmaniyyah.

Secara logiknya, penulis mengutarakan prinsip bahawa hanya orang Islam layak membicarakan tentang hakikat Islam bukan orang lain. Profesionalisme di kalangan orientalisme adalah satu aktiviti yang tidak diiktiraf oleh Islam itu sendiri. Kajian tesis atau seumpamanya yang dibaca oleh orientalis sekalipun ada yang dikatakan memberi manfaat dari sedar mereka akan agama Islam. Akan tetapi sebaliknya, mudarat lebih besar.

Firman Allah yang mutawatir, "Dan tidak akan reda sesekali Yahudi dan Nasrani akan kamu sehingga kamu mengikuti ajaran mereka…" Nas mutawatir ini patut sentiasa diingati oleh mereka yang suka terlibat diri dalam kerja kepartian.

Kepartian dalam sistem demokrasi jika melebihi had pastinya akan bercanggah dengan Islam. Adalah sesuai dengan realiti Islam dan umatnya di Malaysia dihayati Demokrasi Raja Berperlembagaan. Raja-Raja ini sebagai ketua agama secara eksekutif boleh menyekat mana-mana usaha pelampau hak asasi manusia yang bercanggah Islam seperti program seksual bebas dan pemurtadan.

Dari sudut hubungan antarabangsa, Islam masih dilihat menjadi isu utama sama ada mengekang kemunculan kekuatan pengaruh Islam atau mempropaganda golongan yang disukainya untuk mengenepikan golongan yang tidak disukainya. Islam Liberal atau lain-lain nama.

Memang dalam ajaran Islam kebebasan beragama termaktub dalam al-Quran. Akan tetapi yang jelas sekali mesejnya Islam perlu disebarkan dan menyekat murtad adalah satu tuntutan penting. Inilah sebenarnya yang kurang disenangi oleh pihak yang suka memurtadkan umat Islam dengan alasan hak asasi manusia dan demokrasi.

Tuntutan demi tuntutan untuk keluar dari Islam terdapat di mahkamah. Ini satu bukti usaha memurtadkan umat Islam memang terdapat. Adakah mereka murtad tanpa ada yang memurtadkan ?

Terdapat di kalangan pengusaha murtad ini cuba berhujah seperti orang Islam yang pastinya mereka menerima cara-cara dari hasil kajian yang diperolehi. Dari mana itu? Memang penjajah telah pulang ke tempat masing-masing. Akan tetapi, berapa ramai orang Islam sendiri belajar di universiti-universiti di Barat yang dibayangi oleh agama lain dari struktur penubuhan dan perjawatannya. Adalah malang jika kita terpengaruh oleh mereka pula. Lepas itu cendekiawan muslim bawa pulang ke negara-negara masing-masing. Ini malangnya.

Implikasi penjajahan pula memang termaktub dalam sejarah lalu pecahnya muslimin kepada kaum tua dan kaum muda, modenis dan liberalis, ortodoks dan konservatif atau macam-macam nama lagi.

Orientalis juga suka menimbulkan pendapat yang lemah di kalangan ulama Islam bagi mengetepikan ijma' yang menjadi aspek kekuatan Islam pada satu ketika dulu. Dikatakan ulama tradisional sebagai konservatif atau ortodoks. Ini semua label dari barat yang dibayangi agama lain.

Dalam kajian penulis bertajuk Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah: Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup (diterbitkan pada tahun 2000M) dinyatakan antara institusi terawal barat di dunia Islam yang mengkaji Islam dan dunia Islam di barat malah yang diketuai oleh non-muslim patut disangsi muslim sebenarnya. Ini hak kita sebagai orang Islam. Ini seolah-olah campur tangan mereka dalam hal-ehwal Islam. Rasanya pasti ada yang akan menuding saya sebagai tidak terbuka. Akan tetapi, ini satu realiti yang patut diakui . Non-muslim pelajari Islam tetapi terdapat di kalangan mereka cuba mengajar orang Islam.

Kenapakah mereka tidak memeluk Islam dengan pengetahuan yang dimiliki oleh mereka ? Ini satu keraguan. Sering orang bercakap takdir Allah SWT tetapi dalam Ahli Sunnah-Islam pastinya pilih dan usaha perlu disertakan. Seperti orang yang dituduh memasuki rumah seseorang tapi dia boleh bercerita apa jua dalam rumah itu. Pastinya orang dituduh disangsikan pernah memasuki rumah dengan curi atau lain-lain.

Jadi, isu murtad dan kebebasan atas nama hak asasi manusia yang bercanggah dengan Islam tidak patut disebarkan di negara ini. Mana-mana pihak yang berusaha memurtadkan umat Islam patut didedahkan. Ini sebagai keselamatan umat Islam dari segi dakyah dan hasutan.

pas pun roboh masjid juga

Madrasah Salihiah bukan isu politik

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

CUBA bayangkan apa yang akan berlaku seandainya Kerajaan Pas Kedah ingin merobohkan rumah ibadat penganut agama lain bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah?

Penulis percaya sudah pasti Kedah 'tidak aman' kerana penganut agama tersebut akan bersatu tanpa mengira fahaman politik untuk bangkit menentang cadangan berkenaan.

Tetapi situasi ini seolah-olah tidak berlaku dalam isu cadangan merobohkan Madrasah Salihiah Kachut, Alor Setar bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah.

Walaupun mendapat bantahan keras daripada pelbagai pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam namun Kerajaan Pas Kedah tetap bertegas dengan keputusannya.

Apa yang mengecewakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd.Razak seolah-olah tidak mahu mendengar bantahan tersebut, sebaliknya menegaskan sebagai seorang berkelulusan Universiti Al-Azhar beliau tahu hukum-hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Kita tidak menafikan hak dan kuasa kerajaan negeri Kedah untuk berbuat demikian tetapi tidakkah ada sedikit sikap tolak-ansur dalam soal ini?

Memang betul, Majlis Fatwa Negeri membenarkan langkah yang dinyatakan tetapi tidakkah kerajaan negeri mempunyai pertimbangan lain dalam soal ini?

Tanggapan bahawa UMNO mengemukakan bantahan dalam isu tersebut sebagai bermotifkan politik hanyalah jawapan seorang pemimpin yang seolah-olah tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

Isu madrasah tersebut bukan isu politik tetapi soal memulihara dan mempertahankan sebuah rumah ibadat yang telah berdiri tegak sejak 1905 lagi.

Kenapakah atas nama pembangunan, madrasah yang tidak pernah sunyi daripada kunjungan anak kariah dan umat Islam itu mahu dirobohkan?

Atas sebab itulah, isu madrasah tersebut sama sekali tidak harus dilihat dari sudut politik, bantahan dilakukan kerana madrasah berkenaan perlu dipertahan dan dibiarkan wujud buat selama-lamanya.

Dalam soal ini, kita ingin mendengar apa pandangan dan pendirian Dewan Pemuda Pas, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama. Apakah mereka rela membiarkan madrasah tersebut dirobohkan?

Apakah mereka akan mendiamkan diri, jika tindakan merobohkan madrasah itu dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO?

Sudah pasti tidak, mereka akan menentangnya dan akan melancarkan kempen habis-habisan bagi menyebarkan dakyah kononnya BN dan UMNO cuba menghalang perkembangan Islam. Pas akan berusaha menonjolkan bahawa mereka perjuang Islam sejati.

Mereka bukan sahaja akan mengadakan demonstrasi, solat hajat dan menghantar memorandum, malah akan mengadakan ceramah ke seluruh negara bagi memburuk-burukkan UMNO dalam isu berkenaan.

Tetapi soalnya di manakah suara pemimpin-pemimpin Pas dalam isu Madrasah Salihiah ini? Kenapakah mereka tidak berkata apa-apa? Usahlah memberi alasan, itu urusan kerajaan negeri pimpinan Azizan.

Kalau benar mereka masih mempertahankan parti itu tetap memperjuangkan Islam walaupun haluan parti tersebut sudah berubah dari negara Islam kepada negara berkebajikan maka bersuaralah!

Begitu juga jika benar mereka mengaku pejuang Islam sejati dan dasar Islam terus menjadi matlamat perjuangan maka mereka perlu memiliki keberanian untuk menasihatkan kerajaan negeri Kedah supaya tidak merobohkan madrasah bersejarah tersebut.

Janganlah mengamalkan sikap double standard, kalau orang lain buat salah, kalau orang kita sendiri buat betul? Apakah ini yang dianjurkan oleh Islam?

Begitu juga kepada penyokong-penyokong fanatik Pas di Kedah. Di manakah suara kamu semua? Apakah sudah 'dibisukan' atau sememangnya sengaja mendiamkan diri kerana cadangan merobohkan madrasah itu adalah keputusan keputusan pemimpin daripada parti kesayangan kalian?

Sepatutnya sebagai seorang Islam tanpa mengira fahaman politik, mereka perlu bangkit melakukan bantahan. Ini bukan soal merebut satu kerusi dalam pilihan raya tetapi soal sebuah madrasah yang dianggap rumah Allah mahu dirobohkan.

Apakah membina sebuah kompleks beli-belah mampu membantu pembangunan ummah di dunia dan akhirat?

Kalau hendak bina juga kenapakah tidak mencari alternatif supaya madrasah tidak dirobohkan? Ini termasuklah mengubah suai pelan pembinaan kompleks tersebut atau mencari lokasi lain.

Tetapi alternatif ini tidak mahu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri Kedah, apa yang mereka nampak, robohkan madrasah, dirikan kompleks beli-belah, soal madrasah itu bersejarah atau tidak bukanlah perhitungan utama.

Hakikatnya, langkah mempertahankan madrasah tersebut bukannya berkaitan soal bangunan itu lama atau tidak tetapi apakah kerajaan negeri sudah 'kemereh' untuk mencari tempat lain, kenapakah madrasah hendak 'dikorbankan'.

Sebab itulah kita mahu melihat sejauh manakah penyokong-penyokong Pas akan hadir dalam majlis solat hajat yang bakal diadakan pada Sabtu ini di madrasah tersebut.

Jika sebelum ini orang Pas boleh berduyun-duyun menghadiri ijtimak, muktamar dan solat hajat yang bermotifkan politik kekuasaan kenapakah mereka tidak boleh melapangkan masa bagi menghadiri solat hajat itu?

Kehadiran mereka amat penting kerana ia akan menunjukkan lambang perpaduan seluruh umat Islam di Kedah tanpa mengira fahaman politik.

Tetapi jika mereka terus dikuasai pemikiran politik kepartian, percayalah, tiada pihak yang akan menggeruni orang Melayu dan umat Islam kerana mereka melihat dalam soal mempertahankan sebuah madrasah pun kita tidak mampu lakukan.

Apa pun kita masih berharap dan berdoa kepada Allah SWT agar Madrasah Salihiah dapat diselamatkan. Ini bukanlah soal mereka yang menentang langkah merobohkan bangunan itu berkelulusan Universiti Al Azhar atau tidak, pihak luar atau pihak dalam, tetapi soal seperti mana kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin:

''Kita bukan tidak mahu pembangunan tetapi sesuatu pembangunan itu harus ada rahmat Allah dan apabila pembangunan didirikan di atas keruntuhan sebuah wakaf masjid pasti ada yang tidak kena.''

Semoga alim-ulama dan mereka yang mengaku pejuang Islam dalam Pas menginsafi pesanan ini dan berusaha menasihatkan Azizan dan kerajaan Kedah.

Kepada umat Islam Kedah di mana juga berada, bangkit dan bersatulah mempertahankan rumah Allah di Kanchut, Alor Setar itu, jangan biarkan Madrasah Salihin menjadi debu akibat 'dihempap' sebuah kompleks beli-belah!

pemimpin

Antara Anwar, Khir, Harun dan Mat Taib

Oleh Zaini Hassan

SAYA mempunyai hubungan masam-manis dengan Dr. Mohd. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor dua penggal. Beliau kini didapati bersalah atas satu kes membabitkan sekeping tanah yang mahu dijadikan tempat tinggalnya selepas persaraan.

Tanah rumah itu menjadi kontroversi yang mengheretnya ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan. Tanah yang dibeli dengan hutang bank itu turut dirampas.

Dr. Khir ternyata tenang. Beliau tidak gelabah. Beliau tidak membawa parti bersamanya menentang keputusan undang-undang. Beliau juga tidak membawa orang-orang UMNO bersama-sama menemaninya. Beliau tidak menghasut para pelajar untuk menyokongnya.

Dr. Khir, yang menjadi MB selama dua penggal, berseorangan. Dulu semasa beliau menjadi MB, saya pernah menghentam beliau dengan kes Bukit Cerakah, penerokaan tanah-tanah di Seksyen U10 Shah Alam sehingga mengakibatkan taman botanik di sebelahnya terjejas teruk. Kini tanah-tanah residensial di situ menjadi cukup bernilai tinggi.

Semasa isu itu sedang panas, beliau dan konco-konconya memarahi saya. Pelbagai tuduhan dilemparkan oleh orangnya ke atas saya. Tapi kemudian kami berbaik semula. Sebagai wartawan, saya tidak ambil hati. Begitu juga beliau.

Pendek kata perwatakan Dr. Khir cukup tenang. Mungkin kerana asas kuat agama dan sifat orang kampung yang ada di dalam jiwa dan dirinya, doktor gigi itu tidak meloncat ke sana ke mari.

Untuk rekod, jawatan MB Selangor ini cukup keramat. Sudah tiga orang MBnya menghadapi tuduhan di mahkamah -- termasuk Harun Idris dan Muhammad Muhd. Taib (Mat Taib). Harun dan Mat Taib kemudiannya membawa diri. Harun sudah meninggal dunia dan Mat Taib jarang-jarang kelihatan dalam dunia politik.

Namun, bukan semua orang bersifat seperti mereka. Mereka tidak memporakperandakan negara angkara bala yang menimpa mereka itu. Mereka reda.

Anwar Bin Ibrahim sebaliknya, yang terlalu menonjolkan imej baik, warak, intelek, pandai, bijak, tidak pula begitu.

Dia juga menghadapi perbicaraan mahkamah. Bukan sekali, tapi dua kali. Sisa-sisa hidupnya kini bergelumang dengan perbicaraan mahkamah. Jika sekali bolehlah dikatakan fitnah, tapi sudah masuk dua kali apakah juga fitnah? Apa hebatnya sangat Anwar sehingga acap kali orang mahu memfitnahnya? Mungkin di mata Amerika Syarikat dia hebat.

Keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan seorang pemuda Saiful Bukhari Azlan akan diketahui pada 9 Januari 2012 ini. Kempen untuk menyelamatkan Anwar kini rancak dijalankan.

Jika dulu Anwar membawa slogan Reformasi, kini dia membawa slogan Revolusi pula.

Pelajar-pelajar universiti akan digembling sekali lagi untuk membuat angkara pada tarikh yang dikenali sebagai 901 itu.

Saya masih ingat di zaman refomasi dulu. Satu KL kecoh dengan demonstrasi jalanan. Harta-harta awam dimusnahkan. KL lumpuh. Kebetulan Naib Presiden Amerika, Al Gore yang berada di KL turut menuang minyak dengan menyokong kumpulan itu. Pelajar-pelajar universiti, rata-ratanya dari UIA, UM, UKM berhimpun dan membuat kecoh.

Setelah keadaan reda menjelang tengah malam, saya dengan beberapa rakan bercadang keluar minum sambil meninjau keadaan di Kampung Baru. Kami keluar dengan Pajero pejabat. Apabila tiba di lampu isyarat antara Masjid Kampung Baru dan Pusat Perubatan Kampung Baru, sekumpulan pemuda yang rata-rata pelajar universiti tiba-tiba memekik Utusan, Utusan, Utusan. Kami tidak perasaan ada logo Utusan di pintu Pajero itu.

Beratus-ratus mereka mula rapat ke arah kenderaan kami. Ekoran gema laungan Hancur Utusan, Hidup Reformasi semangat menjadi ganas. Pajero kami dibaling dengan batu. Kami bernasib baik kerana kenderaan itu tidak dilontar dengan bom api, molotov cocktail oleh pelajar yang hilang waras. Pemandu kami cepat menyelamatkan kami memecut masuk ke dalam Balai Polis Dang Wangi.

Itu kejadian lebih 10 tahun lalu. Kini pelajar-pelajar tersebut – termasuk yang membaling batu menembusi tingkap Pajero itu – sudah menjawat pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan, mahupun swasta. Perasaan mereka kini tidak lagi memberontak seperti dulu. Mereka kini sudah boleh menilai baik dan buruk, hitam dan putih serta siapa sebenarnya Anwar Bin Ibrahim.

Kini pelajar-pelajar yang mentah, pasca-10 tahun reformasi, digunakan sekali lagi. Mereka menggunakan NGO pelajar universiti.

Anwar sendiri mengadakan perjumpaan dan dialog dengan anak-anak muda mahasiswa itu di kediamannya di Bukit Segambut pada 23 Disember lalu. Hadir lebih kurang 100 orang.

Antara intipati perjumpaan, Anwar mahukan mahasiswa tegas dan lantang memperjuangkan hak rakyat.

Persoalannya hak siapa? Hak rakyat atau hak Anwar sendiri? Timing beliau serta kempen-kempen 901 itu cukup membuktikan dia cuba menarik para pelajar itu untuk membuat kacau bagi menyelamatkan dirinya pada 9 Januari ini.

Satu lagi persoalannya apakah beliau sudah mengetahui kes liwat itu tidak akan menyebelahinya?

Majlis perjumpaan itu diadakan selepas Anwar selesai berjumpa dengan sekumpulan kononnya puak reformis dan ahli-ahli akademik. Siapa ahli-ahli akademik itu saya tidak boleh sebutlah.

Sebelum majlis bermula Anwar telah membaca puisi bertajuk Takut 66, Takut 98 hasil karya Taufik Ismail. Taufik ialah seorang penyair Indonesia terkenal. Dia salah seorang daripada puluhan budayawan dan seniman Indonesia yang mencetuskan Manifest Kebudayaan pada tahun 1966. Golongan ini menerbitkan antologi puisi diberi nama Angkatan 66. Angkatan inilah yang mencetuskan revolusi menentang rejim Sukarno. Sukarno pada masa itu dikuasai oleh PKI - Parti Komunis Indonesia.

Semangat 1966 di Indonesia dan reformasi 1998 di KL itulah yang mahu dibangkitkan semula oleh Anwar. Anwar mahu samakan Najib dengan Sukarnokah?

Mood mahasiswa yang mendengar bacaan puisinya di perjumpaan itu cukup membara dan bersemangat. Anwar memang terkenal sebagai seorang yang pandai membakar semangat kemarahan orang.

Difahamkan esok, jam 11 pagi bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru satu kempen Bebaskan Anwar 901 bertemakan Tolak Fitnah 2, Lawan Konspirasi akan dilancarkan.

Tetapi difahamkan juga, ia dibatalkan di saat-saat akhir kerana ramai pemimpin bercuti dan tiada sambutan dari Pas dan DAP.

Benarlah Anwar dan konco-konconya sedang merancang satu lagi reformasi. Kali ini atas nama revolusi, setelah reformasi dulu gagal. Matlamatnya ialah untuk menyelamatkan tengkuk Anwar sendiri.

Itulah Anwar yang kita kenali. Dia umpama anak nakal yang jika ibu bapa marah atas kesalahannya, dia akan memberontak bagi menegakkan kebenarannya yang salah itu.

Secara logik tiada siapa yang akan memfitnah Anwar buat kali kedua.

Kes liwat pertama dulu tidak dinafikan berlaku oleh mahkamah. Kini negara dan dunia sedang menanti kes liwatnya yang kedua pula dengan seorang pemuda bernama Saiful Bukhari Azlan.

Saiful dalam facebooknya menulis: Saya reda apa jua keputusan. Akan terus doa, istiqamah dan sabar.

Anwar sebaliknya gelabah. Anak-anak muda digunakan untuk menjadi perisainya – buat kali kedua. Itulah uniknya Anwar Bin Ibrahim berbanding dengan tokoh-tokoh yang lain.

Selamat Tahun Baru 2012. Semoga Malaysia terus maju, makmur dan sejahtera.

bersatu

Bersatu demi perpaduan Islam

Oleh TOK KI

ISLAM adalah suatu sistem kepercayaan dan suatu cara hidup. Ia adalah suatu agama yang syumul dan sempurna. Al-Quran adalah sumber petunjuk. Ia terhubung dengan manusia dan apa juga corak organisasi supaya petunjuk yang diberi memberi bimbingan dan pedoman kepada manusia.

Insan atau manusia memiliki dua sifat. Pertama, insan itu memiliki sifat nasiyya iaitu pelupa. Al-Quran menyebutkan sifat nisyan itu dimiliki manusia.

Pelupa itu bermakna lemah dan kurang. Manusia itu adalah tidak segala-gala. Kelupaan perlu diperingatkan. Sebab itu Islam adalah agama dakwah. Agama peringatan kepada manusia yang lupa.

Kedua, insan juga memiliki sifat lalai. Lalai itu dalam al-Quran disebut sebagai ghaflah atau ghafiluun. Sifat lalai ini membayangkan kelemahan manusia.

Sebab itu para rasul termasuk Rasulullah SAW dihantar kepada manusia untuk maksud wabashiira wanaziira - khabar gembira dan peringatan.

Sifat ibadah seperti solat dan siyam kita lakukan berulang-ulang. Perulangan itu penting kerana kelupaan dan kelalaian boleh membawa manusia kepada lupa diri dan lalai peribadi.

Sebagai suatu agama yang lengkap dan sempurna ia tidak boleh disamakan dengan kekuatan yang ada pada manusia atau organisasi.

Manusia itu lemah dan amat bergantung kepada pedoman Islam dan al-Quran.

Walaupun manusia ingin menjadi seorang Islam yang terbaik tetapi manusia tidak boleh sama dengan al-Quran milik Allah dan manusia itu juga adalah makhluk Allah. Meski akhlak Rasulullah SAW adalah akhlak al-Quran, Rasulullah ialah sumber qudwah atau contoh menjadi sumber ikutan manusia.

Allah berikan manusia dengan sumber, akal, nafsu dan keinginan dan daya jasmani yang tertentu. Ia tidak segala-gala. Akal manusia yang berfikir selalunya tidak lengkap dan sempurna. Akan ada kekurangan dalam memahami sesuatu dan berfikir akan sesuatu.

Manusia bergantung kepada ajaran Islam dan sumber dari wahyu dan juga seerah dan sunnah Rasulullah SAW. Pada hakikatnya manusia adalah bergantung kepada Allah.

Parti politik adalah organisasi yang dikendalikan oleh manusia. Oleh kerana manusia itu lemah organisasi yang dipimpinnya juga adalah memiliki kekuatan dan kelemahannya.

Kekuatan hanya milik Allah. Manusia bergantung kepada ajaran Islam dan al-Quran untuk mendapatkan kekuatan.

Baik UMNO atau pun Pas adalah parti politik yang diuruskan manusia. Ada kekuatan dan kelemahan yang ditampilkan. UMNO menjadikan perjuangan agama, bangsa dan negara sebagai matlamat perjuangan. Pas kini menjadikan negara berkebajikan sebagai agenda utama.

Kedua-dua parti itu dikendalikan oleh orang-orang Islam. Sudah tentu orang-orang Islam yang mengendalikannya ini memiliki kekuatan dan kelemahan. Kadang-kadang kuat pada semangat dan impian tetapi lemah pada amalan dan pelaksanaan.

Terdapat juga retorik yang mahukan negara Islam, praktisnya masih jauh menjadikan Islam itu sebagai suatu nizam atau cara hidup. Oleh itu menyamakan Islam itu sama dengan parti adalah tidak kena.

Parti ialah wasilah iaitu cara, menjadikan Islam itu hidup dalam perjuangan parti adalah gayyah atau matlamat.

Antara wasilah dan gayyah terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki kerana ia adalah usaha manusiawi.

Ada orang berpendapat masuk parti Pas itu adalah masuk Islam. Masuk parti UMNO adalah jadi jahiliah, taghut dan kafir. Pandangan ini adalah tidak Islamik dan bercanggah.

Kalau dengan parti disamakan dengan Islam, Islam memiliki kesempurnaan. Islam itu adalah pedoman bagi perjalanan parti.

Lebih-lebih lagi sekarang Pas sedang mendukung agenda negara berkebajikan. Sampai hati Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan negara Islam tidak ada dalam al Quran. Konsep negara berkebajikan mana yang diambil oleh Pas?

Apakah ia mengambil konsep negara berkebajikan di Sweden, Norway, Finland atau Singapura.

Kalau mengatakan perjuangan Pas berlandaskan al-Quran dan As Sunnah dan agendanya adalah untuk kebajikan rakyat ia adalah menepati. Pas itu sendiri bukanlah Islam. Perjuangannya ingin menjadikan Islam sebagai landasan dan pedoman.

Tidak kesemua peribadi dan daya kepimpinannya mewakili Islam itu sendiri. Ada kelemahan di sana dan disini.

Tetapi Islam dan al-Quran tetap syumul dan sempurna. Pas dan orang-orang Pas tidak syumul dan sempurna.

UMNO juga begitu. Walaupun UMNO tidak mendakwa sebagai sebuah parti Islam atau menyamakan UMNO itu Islam tetapi sumbangan terhadap pembangunan Islam di Malaysia adalah besar.

Tidak ada orang Pas yang boleh menafikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu projek UMNO dan kerajaan. Anak-anak orang Pas sangat ramai yang dapat manfaat darinya. Kalau universiti itu dianggap taghut dan menyemai faham jahiliah kerana pendukung universiti adalah UMNO dan kerajaan, tidak mungkin orang Pas menghantar anaknya ke sana.

Begitu juga Institusi Darul Quran Malaysia yang dijangkakan akan menjadi Universiti Al-Quran Malaysia bakal menampung anak-anak yang cerdik pastinya termasuk anak-anak orang Pas. Apakah ia tidak bermanfaat untuk Islam secara jangka panjang.

Hal yang sama terhadap Bank Islam, keusahawanan halal, sukuk, peningkatan perundangan syariah dan berbagai-bagai lagi adalah usaha UMNO/kerajaan melaksanakan Islam tanpa perlu menamakan Islam itu UMNO dan UMNO itu Islam.

Kesannya pada orang-orang Pas bahawa oleh kerana Pas itu Islam dan Islam itu Pas maka Pas melihat orang lain sebagai kafir dan jahiliah.

Lalu timbul isu dua imam, undi UMNO adalah kafir, bertanding melawan orang Pas rosak akidah dan berbagai-bagai lagi.

Cukuplah dengan kepalsuan yang sudah berjalan sekian lama. Baik Pas atau UMNO lakukanlah yang terbaik untuk Islam. Orang Pas dan orang UMNO ialah orang Islam.

Kita solat menggunakan kiblat yang sama. Al-Quran yang dibaca adalah al-Quran yang sama. Syahadah kita adalah syahadah serupa. Nabi kita adalah Nabi yang sama.

Yang berbeza mungkin orientasi perjuangan. Yang tidak sama adalah cara mendekati masalah. Yang tidak serupa adalah siri keutamaan.

Perbezaan ini kalau ditemukan dengan muzakarah dan perbincangan yang ikhlas bakal menghasilkan natijah yang bermakna.

Ulama-ulama pernah berada di bawah sayap UMNO suatu ketika dulu. Kemudian tertubuhnya Pas sebagai sebuah entiti politik. Bersengketa kemudian berbaik semula dalam suatu kerajaan. Dan berpisah semula.

Kalaulah Hamas sebuah parti Islam di Palestin boleh bersama semula dengan PLO yang dikatakan sebuah pasti nasionalis dan sekular atas pertimbangan maslahah dan syara' yang mana yang UMNO dan Pas tidak boleh duduk semeja berbincang untuk kebaikan umat Islam di Malaysia.

Tuesday, December 27, 2011

tolong lah wahai pdrm

Ibu terkilan anak ditahan berjam-jam

IBU TERKILAN
Kota Damansara, Petaling Jaya.

SEMUA mengetahui Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara polis terbaik di dunia. Akan tetapi, saya ingin menyuarakan rasa terkilan terhadap pihak polis kawasan Kota Damansara.

Anak saya bekerja di pasar raya yang waktu kerjanya adalah dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Namun, perjalanan pulang yang hanya memakan masa 10 minit telah menjadi hingga 2 jam lebih gara-gara sekatan jalan raya yang mereka jalankan.

Bukanlah niat saya untuk menidakkan tugas pihak polis, akan tetapi yang dipersoalkan di sini, mengapa perlu diambil kunci motor, cukai jalan dan kad pengenalan seterusnya dipegang oleh mereka sehingga beberapa jam?

Saya faham, ini dilakukan kerana mereka ingin menyemak rekod andainya ada yang ditahan melakukan kesalahan jalan raya.

Tetapi tidak perlulah sehingga berjam-jam kerana anak saya perlu bangun awal untuk ke tempat kerja keesokan paginya. Adalah lebih elok andainya penyemakan terus dilakukan tanpa menunggu sehingga sebegitu lama.

Pada minggu lepas, selama tiga hari berturut-turut, dia ditahan hingga jam 4 pagi dan akibatnya tidak cukup tidur, bangun lewat ke tempat kerja dan ironinya anak saya demam panas selama dua hari.

Hati ibu mana yang tidak sedih mengenangkan anak yang pergi kerja seawal jam 9 pagi dan pulang sekitar 4 pagi? Keadaan ini berlaku hampir setiap hari dan paling awal anak saya dibenarkan pulang sekitar 12 tengah malam atau 1 pagi.

Mungkin inilah nasib kami selaku orang awam, namun negara demokrasi yang kita amalkan membenarkan kebebasan bersuara selagi ia tidak keterlaluan dan bertentangan dengan undang-undang.

Di ruangan ini, sudilah kiranya pihak berkenaan mempertimbangkan keluhan kami yang hanya inginkan rasa timbang rasa untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.

alahai putrajaya

Dari lelongan, kini jadi rebutan pula


Bangunan Jabatan Peguam Negara di Putrajaya adalah antara bangunan yang mempunyai reka bentuk yang unik.


DIAM tak diam sudah empat tahun penulis bertugas di Putrajaya. Minggu ini adalah tugasan terakhir penulis di pusat pentadbiran persekutuan yang diasaskan pada 1995 ini. Sepanjang empat tahun ini memang ketara kepesatan Putrajaya.
Kita bernasib baik sebenarnya kerana memiliki Putrajaya. Tanpa Putrajaya, Malaysia pasti belum sampai kemuncaknya seperti hari ini. Bayangkan kalau arkitek Putrajaya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengiakan tohmahan pembangkang bahawa projek membina Putrajaya suatu pembaziran.
Katakan, Dr. Mahathir membatalkan rancangannya, kita boleh jangkakan kesudahannya. Jika belanja untuk menyiapkan Putrajaya menelan AS$8.1 bilion pada sekitar 1995, kosnya pasti meningkat mendadak beberapa kali ganda setelah krisis ekonomi 1997/98. Dan tentunya berpuluh-puluh bilion jika dibina waktu ini. Nasib baiklah projek bandar metropolis seluas 37,000 ekar iaitu 3/4 dari bandar Manhattan, New York itu diteruskan.
Putrajaya berada dalam segmen kolum ini kerana ia cukup signifikan dalam kancah politik tanah air saat ini. ‘Bandar dalam taman’ ini ibarat satelit politik Malaysia dan cukup diidamkan oleh semua parti politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 (PRU13) yang kian hampir ini. Putrajaya adalah bandar pintar dan merupakan lambang kemegahan pusat pentadbiran negara yang dikagumi negara lain di dunia.
Idea menjadikan Putrajaya satu kenyataan turut menjadi ikutan tetangga kita, Indonesia yang mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah kepadatan penduduk, kesesakan jalan raya dan banjir teruk di Jakarta. Iaitu dengan memindahkan ibu negara Jakarta ini ke lokasi lain. Apatah lagi Jakarta, tidak mempunyai sistem kereta api bawah tanah, mengalami kerugian kira-kira AS$1.4 bilion (RM4.3 bilion) dari segi masa dan bahan api. Selain Malaysia yang memindahkan pusat pentadbirannya, beberapa negara turut memindahkan ibu negara mereka ke tempat lain seperti Brazil, Pakistan dan Myanmar atas pelbagai sebab sama ada faktor politik hingga ekonomi.
Tentunya rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana semasa pembinaan Putrajaya, ia dikecam hebati pembangkang sebagai satu projek pembaziran wang rakyat. Pas menerusi seorang presidennya pada era 90-an pernah menyuarakan akan melelong Putrajaya sekiranya parti pembangkang dapat menguasai tampuk pemerintahan negara. Tetapi kini, setelah 12 tahun berlalu, penggantinya menjadikan Putrajaya sebagai matlamat dan sasaran. Tidak ada lagi ungkapan agar Putrajaya yang dianggap satu projek membazir wang rakyat mahu dilelongkan. Penasihat PKR, Anwar Ibrahim juga tidak terkecuali kerana menganggap Dr. Mahathir membina Putrajaya untuk kepentingan bekas mentornya itu. Ternyata semua itu tidak benar kerana sesudah Putrajaya siap, Dr. Mahathir mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri.
Berbanding 40 buah keluarga yang berpindah ke Putrajaya pada 1999, kini bancian 2010 menunjukkan populasi Putrajaya adalah seramai 70,000 orang. Kakitangan kerajaan sahaja dianggarkan sekitar 54,000 orang. Populasi pada waktu siang pula dianggarkan dalam lingkungan 150,000 orang. Dan sehingga Jun lepas, jumlah pengundi di situ adalah kira-kira 10,000 orang tidak termasuk hampir 9,000 belum berdaftar.
Dari segi pembangunan, sehingga April tahun ini sahaja lebih 2.4 juta meter persegi (mp) ruang lantai pejabat kerajaan telah disiapkan untuk menempatkan 21 Kementerian dan lebih 40 jabatan kerajaan. Keseluruhan perpindahan kementerian ke Putrajaya dijangka pada hujung bulan ini dan memasuki Januari nanti. Sejumlah 26,000 unit kediaman juga dibangunkan dengan kebanyakannya kuarters kerajaan.
Selain itu, pembangunan ruang lantai komersial yang dibina berjumlah 440,000 mp telah disiapkan dan seterusnya pada tahun-tahun akan datang bakal menyaksikan pembangunan aktif di sektor ini. Kepesatan dijangka berterusan untuk tempoh lima tahun akan datang dengan pembangunan pejabat-pejabat swasta.
Peralihan kepada pembangunan sektor swasta ini menandakan pembangunan komponen kerajaan di Putrajaya telah hampir ke penghujungnya, kecuali baki unit kediaman dan kemudahan sokongan lain (sekolah, pusat kejiranan dan lain-lain).
Putrajaya juga sentiasa bersemangat dengan projek-projek masa depannya. Perbadanan Putrajaya (PPj) yang diketuai Tan Sri Samsudin Osman dalam peringkat penyediaan tempat letak kereta bertingkat sejumlah hampir 1,000 petak di Presint 4 yang menempatkan empat kementerian baru yang mula beroperasi pada tahun ini. Pembangunan bermula pada suku keempat tahun ini.
Projek yang sedang dikaji di bawah NKEA Vitalizing Putrajaya bagi memeriahkan Persiaran Perdana dan Pesisir Tasik Putrajaya termasuklah penyediaan kiosk, menambah penganjuran aktiviti bertaraf antarabangsa, penyediaan water taxi, menambahbaik pencahayaan di pesisir tasik dan beberapa aktiviti lain. Putrajaya Holdings Sdn. Bhd pula akan membangunkan lebih banyak kawasan komersial termasuk di Pesisir Tasik yang terletak bertentangan dengan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, juga sedang berusaha untuk menarik salah sebuah Universiti bertaraf dunia ke Putrajaya.
Pada masa sama, membangunkan lebih banyak kediaman dari pelbagai jenis dan pilihan kepada pengguna termasuklah kediaman PR1MA yang baru-baru ini dilancarkan oleh Perdana Menteri. Dan sehingga kini, sebanyak 49 lot daripada jumlah keseluruhan 61 lot kedutaan di Presint Diplomatik Putrajaya, Presint 15 telah dibeli.
Setakat ini juga PPj masih giat meneruskan usaha memasarkan dan menjual semua baki lot-lot kedutaan yang masih ada di Kawasan Diplomatik Putrajaya iaitu 12 lot di Presint 15 dan 4 lot di Presint 4.
Selain orang tempatan, ramai pemimpin dan warga asing datang mengunjungi Putrajaya. Kebanyakan mereka memuji dan mengakui kecantikan dan keunikan bandar ini. Jika negara seperti Korea dan Jepun terpegun dengan keindahannya, maka ia adalah satu pengiktirafan Putrajaya sebagai model perancangan bandar yang boleh diketengahkan. Melangkaui 2015 nanti, Putrajaya diyakini tertera sebagai sebuah bandar mampan dari segi sosial, ekonomi dan alam persekitarannya. Ini termasuk merealisasikan nya sebagai perintis Bandar Hijau menjelang 2025. Syabas Putrajaya. Teruskan komitmen sebagai contoh bandar terancang yang bukan sahaja domestik malah seluruh dunia.
Kepada rakan penulis, Ketua Biro Utusan Malaysia yang baru, Puan Noraini Razak, - harunglah dan tintakan lagi kepesatan Putrajaya dalam tahun-tahun mendatang ini.
PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Malaysia Putrajaya (2008-2011).

Monday, December 26, 2011

mahasiswa alat pembangkang ni xcerdik mana pun

Siapakah mahasiswa ini?

JAMAL LULKHIR JALUDIN
Pasir Salak

MELOYAKAN dan menjijikkan atau lebih tepat sekali mereka ini telah tersasar daripada identiti diri sebagai bangsa Melayu yang penuh dengan adab dan sopan-santun.

Itulah gambaran sebenar gelagat segelintir pelajar yang mengaku bergelar mahasiswa. Mereka mengenalkan diri mereka sebagai 'Solidariti Mahasiswa Malaysia'.

Mereka merasakan diri mereka golongan cerdik pandai. Namun, benarkah seperti yang didakwa mereka? Adakah keputusan peperiksaan mereka yang lalu iaitu SPM mendapat keputusan yang cemerlang?

Jawapannya pasti tidak, jika mereka merupakan pelajar yang cemerlang, sudah pasti sekarang ini mereka menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di luar negara yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan mahupun swasta kerana pelajar cemerlang ini merupakan aset negara yang begitu berharga.

Kumpulan ini perlu sedar diri dan bersyukur. Bagaimana pula keputusan peperiksaan yang bakal mereka peroleh kelak, setelah memegang segulung ijazah. Ijazah kelas ke berapa? Atau sama seperti keputusan SPM yang mereka peroleh iaitu sekadar lulus 'cukup makan' sahaja. Benarlah seperti nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, mahasiswa perlu fokus pada pelajaran kerana itulah matlamat sebenarnya.

Agak mengecewakan dan juga menggelikan hati apabila diamati kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Syukri Abdul Razab (Pengerusi SMM) di YouTube 'tuntutan SMM kepada Perdana Menteri Malaysia' dan 'Isu turun bendera, SMM: Kami buat cara beradab', cara beliau bercakap sama seperti lenggok 'Anwar Ibrahim' sedang berceramah, mungkin Anwar adalah idola Ahmad Syukri.

Beliau bercakap seperti mewakili suara sebuah parti politik ditambah pula dengan kenyataan yang bongkak juga terlalu sombong dari Adam Adli yang merupakan seorang penuntut UPSI yang menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf atas tindakan menurunkan bendera termasuklah kepada Perdana Menteri.

Satu siasatan dan tindakan tegas oleh pihak yang berwajib perlu dilakukan dalam kadar segera atas tindakan biadap dan kurang ajar mereka ini.

Adakah mereka ini alat perkakas mana-mana parti politik? Siapakah dalang yang sebenarnya di belakang mereka? Perlukah mereka ini terus belajar di IPTA?

Mereka ini merupakan kumpulan yang terlalu kecil dan bukanlah mewakili kumpulan majoriti dalam kalangan mahasiswa IPTA seluruh negara. Perlu diingat, walaupun mereka ini merupakan kumpulan yang terlalu kecil tetapi mereka membawa satu virus yang amat bahaya kerana kesannya akan mempengaruhi mahasiswa lain dan akhirnya virus ini akan merebak dalam skala yang lebih besar.

Besar kemungkinan juga kumpulan virus ini mempunyai dana khas yang dibiayai oleh kumpulan tertentu untuk menjayakan agenda jahat lagi tersembunyi.

Kepada semua bangsa Melayu perlu bersama-sama dalam membenteras gejala ini.

Cukupkah kita hanya sekadar melihat tanpa membantu menghentikan budaya songsang ini?

Jangan kita biarkan gejala ini berleluasa cukuplah dengan perpecahan yang telah terhidang di depan mata dalam kalangan orang Melayu angkara fahaman politik masing-masing.

Jangan kita biarkan IPTA yang dibina oleh kerajaan dan hasil usaha perjuangan orang kita terdahulu untuk membantu anak-anak kita menimba ilmu dijadikan gelanggang politik yang bakal menimbulkan perpecahan dalam kalangan pelajar dan akhirnya anak-anak kita terkebelakang dari segi pencapaian akademiknya daripada bangsa lain bak kata perpatah 'yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran'

mahasiswa jadi alat

Pejuang revolusi atau hanya alat

KETURUNAN MEGAT TERAWIS
Shah Alam

SAYA merujuk kepada isu mahasiswa dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menurunkan bendera Presiden UMNO baru-baru ini yang mencerminkan keperibadian mahasiswa yang telah diperbudak-budakkan.

Secara peribadi, saya tidak ingin menyalahkan mereka ini yang masih 'mentah' dalam kononnya memperjuangkan revolusi.

Bagaimanapun, berdasarkan pembacaan saya dalam media-media alternatif seperti blog, pihak berkenaan menggunakan alasan ''...yang diturunkan hanyalah bendera wajah DS Najib Razak, mengapa perlu terlalu sensitif?''

Mungkin yang diturunkan bukanlah panji-panji UMNO atau Jalur Gemilang, tetapi ia adalah 'simbolik' besar dan satu 'amaran' yang mungkin berbunyi ''...kami akan menjatuhkan kerajaan walau macam mana sekali pun''.

Lihat sahaja di negara-negara lain, jika rakyatnya mahu menjatuhkan kerajaan mereka akan memijak atau membakar wajah pemimpin kuku besi mereka.

Tetapi di negara kita mereka ini menggunakan cara yang 'halus' tetapi membawa makna yang besar terutamanya dalam memikat naluri memberontak golongan muda dan mahasiswa untuk bangkit menentang kerajaan yang entah kenapa dan apa sebabnya.

Saya sukar memahami golongan mahasiswa ini kerana, saya sendiri merupakan bekas mahasiswa dan tidak dinafikan berfikiran kritikal terhadap kerajaan.

Revolusi yang berlaku di negara-negara Arab adalah kerana rakyatnya miskin, daif dan tidak mempunyai wang.

Tetapi jika kita lihat golongan yang sering mengadakan protes ini bukan sahaja badan mereka 'sihat-sihat' malah menggunakan gajet yang canggih-canggih semuanya.

Makan tidak usahlah kita cakap, semuanya dibawa ke hotel-hotel atau restoran mewah dan dijamu oleh 'para pejuang rakyat' yang menyogok mereka.

Apakah sebenarnya yang ingin diperjuangkan? Yang menyedihkan apabila pelajar Melayu yang sering dijadikan kuda tunggangan pihak-pihak tertentu.

Ingatlah bahawa segala tindak-tanduk yang dilakukan akan membawa kesan dan bencana yang besar kelak. Kita hidup di sebuah negara yang majmuk, tidak semua permintaan rakyat pelbagai kaum ini boleh dipenuhi. Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang dan membantu membina negara.

Kepada mahasiswa, anda semua usahlah perasan atau berangan dilabel sebagai pejuang revolusi.

Pejuang mahasiswa yang tulen adalah mereka yang pernah memperjuangkan negara daripada cengkaman penjajah pra-kemerdekaan dahulu seperti Mahathir Mohammad, Syed Jamaluddin Al-afghani dan Sheikh Muhd Abduh.

Bukan seperti anda yang hanya taksub menjatuhkan bangsa sendiri!

pas sila guna masjid untuk cermah plitik ye

Lagi mimbar khutbah jadi medan ceramah politik

MAKMUM MASJID AL-EHSAN TEMONYONG

SEBAGAI penduduk, saya terpanggil untuk melahirkan rasa kesal terhadap khatib yang dibenarkan membaca khutbah Jumaat di Masjid Al-Ehsan Kampung Temonyong yang semakin hari semakin tidak menghormati adab dan fungsi masjid secara umumnya demi perpaduan masyarakat setempat.

Sudah berkali-kali mereka ini menggunakan masjid sebagai pentas untuk berpolitik.

Setiap kali khutbah jumaat dibaca, setiap kali itulah mimbar digunakan oleh khatib yang bertugas diberikan kebenaran untuk mambaca khutbah sebagai medan untuk mereka berceramah politik.

Kami sedia mendengar apa-apa sahaja bahan khutbah yang mempunyai ilmu untuk martabat agama Islam, di samping menambahkan lagi pengetahuan ilmu agama kepada kami semua.

Cuma penggunaan mimbar khutbah yang disunatkan untuk mengucapkan kata-kata baik, elok dan tanpa caci hina kepada tempat untuk melepaskan geram, menceritakan konflik peribadi pembaca khutbah dan kutuk mengutuk tanpa usul periksa adalah sesuatu yang dikesalkan.

Paling mendukacitakan, mimbar masjid ini sekali lagi pada minggu ini (23 Disember 2011) dijadikan pentas berkempen oleh seorang khatib yang membaca khutbah atas tiket kononnya daripada parti memperjuangkan Islam.

Selain tohmahan, cercaan yang tanpa bukti lebih malang lagi tanpa memikirkan perasaan dan matlamat jemaah yang datang bersolat Jumaat, khatib yang 'diimpot' dari mana kami pun tak tahu secara terang-terangan meminta semua jemaah untuk memangkah parti yang kononya sebagai parti Islam dan jangan memilih parti yang memerintah sekarang pada pilihan raya umum akan datang.

Lebih dahsyat lagi, khatib ini menyifatkan mereka yang tidak memilih parti Islam tersebut sebagai mereka termasuk dalam golongan berdosa besar.

Sesungguhnya, penduduk Kampung Temonyong tidak kisah sangat terhadap mana-mana tok guru atau ustaz untuk mengajar ilmu agama di masjid ini kerana ia adalah salah satu fungsi masjid.

Tetapi seandainya rumah ibadat ini sebagai pusat perpaduan masyarakat telah dijadikan gelanggang politik sempit, ia adalah sesuatu tidak harus dilakukan.

Pihak Pejabat Agama Islam Langkawi juga seharusnya memantau tindakan pihak pengurusan masjid yang seolah-olah tidak menghiraukan langsung peranan agensi agama yang dipertanggungjawabkan ini.

Malahan sepajang enam bulan lalu, tidak sekali pun pihak masjid ini khususnya khatib membaca teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kedah.

Mereka lebih berminat membaca teks khutbah yang disediakan mereka sendiri berbandingkan masjid lain di Langkawi yang membaca teks rasmi seperti diarahkan.

Harapan kami, perbuatan dan penyalahgunaan mimbar masjid sebagai pentas politik oleh parti tertentu dihentikan demi kemualian masjid, perpaduan masyarakat dan kariah di kampung ini.

Sunday, December 25, 2011

pembangkang kerja roboh gerai

Roboh gerai tanpa notis
Oleh : NURULFATIHA MUAH
Tarikh : December 25, 2011
Roboh gerai tanpa notis
SELAYANG BARU – Seorang peniaga kerugian kira-kira RM110,000 apabila gerai miliknya didakwa dirobohkan tanpa notis, walaupun rayuan permohonan menangguhkan perkara dibuat mengikut undang-undang.

Tee Guat Eng, 64, berkata, rayuan permohonan itu dibuat sebaik sahaja permit sementara diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bermula 29 Ogos lalu, dibatalkan selepas tiga hari berniaga di tapak gerai Jalan 6, di sini.

Katanya, permit itu yang sepatutnya tamat tiga bulan kemudian, dibatalkan dengan alasan kawasan itu akan dijadikan taman rekreasi bagi penduduk di situ.

“Sudah empat bulan tunggu, tetapi sehingga hari ini (semalam), saya tidak terima jawapan daripada MPS atau Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PTDG) berhubung rayuan berkenaan, tiba-tiba tapak gerai buah-buahan dan makanan milik saya bersama anak-anak, dirobohkan.

“Sebelum gerai dirobohkan, saya juga minta tempoh masa dua hari daripada Ahli Parlimen Selayang, William Leong, untuk membuka khemah sendiri bagi mengelak peralatan rosak, tetapi permintaan ditolak,” katanya.

Ibu tunggal sembilan anak itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Selayang.

Kira-kira 26 penduduk di sini turut mengadakan demonstrasi sebagai tanda sokongan kepada Guat Eng.

Sementara itu, Ahli MPS, Abdul Majid Hasan berkata, MPS tidak merobohkan gerai itu, sebaliknya dilakukan pejabat daerah atas arahan Leong.

Abdul Majid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Penduduk (JKP) Zon 3 Selayang, mendakwa, isu roboh gerai itu dikaitkan campur tangan politik dalam pengurusan pihak berkuasa tempatan itu.

“Masalah bina gerai sementara itu tiada isu kerana bersifat sementara saja. Pembinaan taman rekreasi di tapak kawasan ini masalah utama kerana hasil mesyuarat MPS dengan beberapa jabatan kerajaan lain baru-baru ini, kami putuskan bahawa ia hanya akan dibina selepas Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak selesai jalankan kerja penyediaan tangki banjir di sini.

“Jabatan Pengairan sendiri pun belum kenal pasti lokasi dan reka bentuk tangki banjir yang ingin dibina. Ia perlukan kos tinggi, tetapi difahamkan, Jabatan Pengairan masih belum pohon bajet dari Kerajaan Negeri. Apa salahnya jika tapak ini digunakan sementara itu berniaga?,” katanya.

Sementara itu, Willian Leong mengesahkan mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak merobohkan khemah berkenaan kerana tidak mengikut peraturan.

Bagaimanapun, beliau menyangkal dakwaan menyatakan notis berhubung isu roboh gerai itu tidak diberikan dan menafikan pembatalan permit itu adalah serta merta selepas notis pertama diberikan.

“Mengikut peraturan, pemegang permit sementara hanya dibenarkan membuka gerai menggunakan meja lipat atau beroda dan payung, tetapi peniaga ini buka khemah beroda serta ada tempat makan, ini sudah langgar peraturan sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

kacau lagi

'Kenapa baru sekarang?'
Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 25, 2011
'Kenapa baru sekarang?'
GEORGETOWN - “Sudah 40 tahun saya berniaga di sini, tidak ada siapa kacau, kenapa sekarang mahu kacau?,” demikian kata-kata yang dikeluarkan seorang peniaga char kuey teow paling popular di negeri ini apabila kedainya diserbu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana kotor.

Ketika serbuan dilakukan, didapati peniaga berkenaan meletakkan pinggan-pinggan yang digunakan untuk pelanggan di atas lantai begitu sahaja.

Malah pinggan kotor juga diletakkan secara merata di bahagian pintu masuk ke kedai kopi.

Bukan itu sahaja, MPPP juga mendapati peniaga wanita itu mencuci peralatan kotor di longkang dengan sisa minyak yang mengalir ke dalam parit utama.

Pengerusi Gantian Tetap Kesihatan Awam, Ong Ah Teong berkata, MPPP sudah menerima begitu banyak aduan daripada pelancong mengenai masalah di kedai berkenaan.

Salah satunya ialah masalah sikap penjual makanan berkenaan, namun ia bukan di bawah bidang kuasa MPPP, tetapi terbaru seorang pelancong mengemukakan aduan mengenai masalah kebersihan di situ.

“Ketika membuat pemeriksaan secara mengejut sememangnya keadaan kedai tidak bersih walaupun ia adalah kedai makanan yang paling popular di negeri ini.

“Kedai itu dikatakan popular kerana mendapat sambutan di kalangan pelancong tempatan dan juga luar negara.
“Tetapi kerana adanya masalah kebersihan dan juga sikap peniaga yang kurang memuaskan membuatkan ia kurang disenangi orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pemeriksaan gerai-gerai di Lorong Selamat Georgetown, turut sama ialah 14 kakitangan MPPP.

Bukan sahaja mencuci di atas lantai, peniaga itu juga menyebabkan jalan di Lorong Selamat itu sesak akibat sikapnya yang meletakkan troli perniagaan bergeraknya di situ.

Ketika ditanya, peniaga itu berkata, dia terpaksa meletakkan lagi satu tempat memasak di bahagian luar kedai kerana menerima pelanggan yang begitu ramai.

“Saya ada kedai kopi sendiri, dan dalam kedai juga ada jual char kuey teow tapi pelanggan terlalu ramai, saya tidak boleh kendalikan seorang diri.

“Jadi kakak saya menguruskan satu lagi kedai di luar, kami terpaksa kerana orang begitu ramai,” katanya.

Akibatnya dia dikenakan kompaun oleh MPPP mengikut Akta Establishment Makanan iaitu kedai kopi yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sebanyak RM250.

Sementara kompaun bahan sisa tercemar juga dikenakan kompaun sebanyak RM250, tidak menjalankan suntikan thyphoid denda sebanyak RM80 dan kedai penjaja di bahagian luar yang tidak berlesen pula dikenakan kompaun sebanyak RM50.

Katanya, peniaga berkenaan diberikan masa selama tujuh hari untuk memindahkan troli bergeraknya masuk ke bahagian dalam kedai.

Jika gagal mengikut arahan, MPPP tidak akan teragak-agak untuk merampas kesemua barangan peniaga berkenaan.

Selain kedai popular itu, tujuh kompuan lain juga turut dikeluarkan oleh MPPP.

“Ini adalah operasi terakhir yang dijalankan oleh saya bagi tahun ini, namun ia akan tetap diteruskan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan di dalam MPPP,” katanya.

saman bersih

Ikhlas mahu saman Bersih

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) meminta Pejabat Peguam Negara menamakan pihak yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 bagi membolehkan tindakan mahkamah diambil.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, permohonan setebal 365 muka surat yang mengandungi semua laporan polis serta beberapa dokumen berkaitan dikemukakan kepada Peguam Negara pada 15 September lalu, namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.


“Seramai 317 peniaga dan usahawan kecil terpaksa menanggung kerugian RM817,205 berikutan perniagaan mereka terjejas ketika perhimpunan Bersih, 9 Julai lalu.

“Sehubungan itu, mereka sepakat membawa perkara ini ke mahkamah kerana tidak sanggup menanggung kerugian,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.


Tambahnya, Ikhlas menyediakan khidmat peguam percuma membela nasib peniaga dan usahawan kecil terbabit dan akan bertindak segera sebaik mendapat maklum balas dari pejabat Peguam Negara.


“Namun begitu, kita masih menunggu Peguam Negara memutuskan pihak bertanggungjawab itu sebelum mengambil tindakan,” katanya.

Mohd Ridzuan juga menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera mengambil tindakan undang-undang ke atas penganjur perhimpunan haram berkenaan.


“Sudah lima bulan berlalu, namun belum ada dakwaan ke atas mereka. Seharusnya KDN bertindak lebih tegas kerana perhimpunan itu mengancam keselamatan negara.

“Kita tidak boleh bertolak ansur dan berlembut kerana ia memberi gambaran buruk kepada kerajaan sendiri, seolah-olah menunjukkan kerajaan takut serta tunduk kepada mereka,” katanya.

sebab ujud samseng melayu

Sikap British lahirkan banyak kongsi gelap Melayu

Oleh Mazlan Nordin

TERBIT dewasa ini ialah buku-buku yang menceritakan hal-hal yang berlaku semasa penjajahan British dahulu, iaitu yang tidak diketahui umum.

Antaranya ialah Malay Secret Societies in the Northern Malay States, 1821 - 1940, terbitan Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS).

Ia adalah terjemahan buku berjudul Kongsi Gelap Melayu di Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, 1821 hingga 1940-an, monograf MBRAS oleh Mahani Musa.

Seperti dicatat dalam kata-kata pendahuluannya buku tersebut menumpukan kajian kepada yang dipanggil Jumaat Bendera Merah dan Bendera Putih.

Lalu dijelaskan betapa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis perkataan “jumaah” lebih kerap digunakan daripada perkataan “kongsi gelap” (secret society).

Juga disebut bahawa ada kalanya perkataan “pakatan gelap, pakatan haram” dan “persekutuan haram” digunakan juga.

Perkataan “Melayu-Islam” pula meliputi orang-orang Melayu di Semenanjung atau dari Indonesia, India Islam dan orang Arab serta peranakan Islam.

Juga dicatat pada peringkat permulaan bahawa kegiatan-kegiatan jumaah itu tidak begitu menyusahkan kerajaan. Namun, ia diawasi oleh pihak polis. Kegiatan kongsi-kongsi gelap itu tidak dianggap sebahagian daripada budaya Melayu.

Pada pertengahan abad ke-20 pula ilmu kebal dan kongsi gelap telah digunakan oleh orang Melayu untuk pertahanan diri.

Di Negeri Perak, selain dari Bendera Putih dan Bendera Merah, terdapat lain-lain kongsi gelap Melayu, termasuk yang dipanggil Persatuan Sungai Perak.

Selanjutnya dijelaskan bahawa wujudnya kongsi gelap Melayu di Perak juga menyaksikan transformasi organisasi-organisasi yang asalnya lebih tertumpu kepada dorongan politik.

Dari tahun 1874, satu pakatan sulit dijalin antara pembesar-pembesar Melayu dan Sultan untuk mengusir British dari Perak, demikian dijelaskan lagi.

Musuh utama ialah James W.W. Birch, Residen British yang pertama di Perak yang mati dibunuh pada 2 November 1875. Berikutan peristiwa itu pihak British menempatkan bala tentera mereka di beberapa daerah negeri Perak.

Antara yang dihukum gantung ialah Maharaja Lela manakala Sultan Abdullah serta beberapa orang lagi dibuang negeri ke Seychelles di Lautan India.

Kongsi-kongsi gelap Melayu juga aktif di negeri Kedah, tetapi tiada laporan-laporan lengkap mengenai kegiatan-kegiatan mereka dalam dokumen-dokumen rasmi kerajaan negeri.

Di Perlis pula lahir Kongsi Gelap Bulat yang bukan saja terdiri dari orang-orang kampung tetapi juga termasuk kaki tangan kerajaan, anggota polis, penghulu serta kaki tangan mahkamah, penjara dan pejabat hutan.

Pada bahagian akhir dijelaskan bahawa budaya kongsi gelap tidak terasing bagi masyarakat Melayu.

Kajian aspek ini di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis pada abad ke-19 dan abad ke-20 membuktikan bahawa masyarakat Melayu berpaling kepada kongsi-kongsi gelap untuk menyelesaikan masalah-masalah dalaman dan luar.

Antara masalah-masalah yang dihadapi ialah sikap penjajah British mengabaikan masyarakat Melayu-Islam. Lahirnya kongsi-kongsi gelap Bendera Merah dan Bendera Putih mencerminkan pertelingkahan dalam bidang sosial dan ekonomi serta yang dihadapi oleh orang-orang Melayu.

Toleransi

Sikap taksub mereka terhadap pertubuhan-pertubuhan itu menyebabkan orang-orang Melayu berpecah-belah. Pengaruh mereka bukan saja menjejaskan perhimpunan-perhimpunan keluarga, tetapi juga acara-acara pengkebumian di masjid.

Penubuhan kongsi-kongsi gelap Bendera Merah dan Bendera Putih dan kerjasama mereka pada peringkat awal dengan kongsi-kongsi gelap Cina memperlihatkan betapa proses penyesuaian dan budaya toleransi mudah berlaku kerana masyarakat-masyarakat berkenaan pada asasnya bersikap toleransi semulajadi, demikian dicatatkan.

Berbanding dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang, lahirnya kongsi-kongsi gelap Melayu di Perak dan Perlis ialah kerana kaitan dengan pergeseran politik Melayu.

Di Perak, kongsi-kongsi gelap Bendera Merah dan Bendera Putih dipercayai telah bergerak lebih awal. Rekod pihak kerajaan pada tahun 1879 memberitahu bahawa kedua-dua kongsi gelap itu juga terlibat dalam gerakan politik orang Melayu menentang James Birch.

Pada hakikatnya tradisi bangkangan orang Melayu tersemat dalam kehidupan orang-orang Melayu di sepanjang Sungai Perak. Sementara itu di Kedah, lahirnya kongsi-kongsi gelap Melayu dilihat sebagai kegiatan golongan yang ditindas atau diketapikan berikutan kedatangan penjajah British.

Dengan demikian pergerakan mereka di Kedah dipandu kebanyakannya oleh penanam-penanam padi dan yang miskin.

Kongsi-kongsi gelap Melayu lahir di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis kerana sebab-sebab berbeza. Kebimbangan kesemua negeri pada ketika itu ialah bagaimana mahu membangun ekonomi Melayu yang tercicir di belakang kaum-kaum lain.