Monday, July 11, 2011

tuduh

Dakwaan tahanan dikasari tidak benar - Polis

KUALA LUMPUR 10 Julai - Polis hari ini menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan semalam, mendapat layanan buruk, dikasari dan dizalimi pihak polis sehingga cedera teruk.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, golongan itu bukan sahaja mendapat keperluan asas mencukupi malahan layanan istimewa melebihi daripada pasukan keselamatan.

Katanya, ini termasuk dihidangkan dengan makanan bufet dengan kos RM25 seorang, kemudahan solat dan tandas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak dan Balai Polis Jinjang.

"Makanan untuk tahanan lebih istimewa berbanding anggota pasukan keselamatan yang hanya dibekalkan dengan nasi bungkus," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut Amar lagi, pemeriksaan kesihatan turut dijalankan ke atas semua tahanan tersebut bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik.

Katanya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut berada di lokasi berkenaan bagi meninjau keadaan tahanan.

"Sekiranya tahanan mendapat layanan buruk, sudah tentu pihak Suhakam dan JKM membuat laporan memandangkan mereka berada di lokasi itu," katanya lagi.

Katanya, isu tidak mendapat layanan daripada pihak polis sepatutnya tidak timbul kerana segala persiapan awal dilakukan untuk menyambut di Pulapol.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment