Wednesday, July 13, 2011

cemburu pada pm

Agenda pihak cemburukan PM

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Julai - Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan agenda pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Facebook.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau yakin tindakan tersebut didalangi oleh pihak yang cemburukan kejayaan pentadbiran Perdana Menteri.

Katanya, orang ramai tidak seharusnya percaya dan terpengaruh dengan agenda yang cuba dibawa menerusi sebuah laman yang mahukan Perdana Menteri berundur di Facebook.

"Ini merupakan tindakan orang yang tidak bertanggungjawab. Saya berharap rakyat tidak akan terpengaruh dengan laman tersebut.

"Saya yakin pihak yang mewujudkan laman ini berasa tidak puas hati dan mempunyai agenda tersendiri sehingga sanggup mewujudkan laman yang mendesak Datuk Seri Najib berundur," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyampaian watikah pelantikan pemaju masyarakat Tabika Kemas di sini hari ini.

Sebuah laman yang mendesak Perdana Menteri berundur, 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur) didapati wujud di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Laman itu dipercayai direka pada hari yang sama perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berlangsung di ibu negara iaitu Sabtu lalu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment