Sunday, July 17, 2011

baju kuning

Budaya kuning dan hikmah 9 Julai

Ketika menulis ruangan ini, fikiran Awang seperti biasa cukup lapang. Begitu juga dalam menggarap isu perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

Sudah bermacam-macam analisis dipaparkan menerusi media termasuk blog.

Perhimpunan 9 Julai lalu ternyata gagal mencapai matlamat. Banyak laporan media asing melihat perhimpunan itu macam langit dengan bumi jika mahu dikaitkan dengan apa yang berlaku di Mesir, Tunisa, Libya dan Syria. Senario di Malaysia dan negara-negara berkenaan amat berbeza.

Beberapa perwakilan kedutaan asing dalam analisis mereka juga melihat perhimpunan itu, sebagai ‘tiada impak’.

Pada Awang pula, ia tidak lebih daripada usaha menyelamatkan politikus biseksual yang hipokrit selain mengangkat tokoh anti-Islam.

Sebab itu, Awang sedikit pun tidak teruja pada Perhimpunan Bersih. Lebih menarik rasanya melihat aksi perarakan gay di negara Barat walaupun menjijikkan. Setidak-tidaknya penganjur di sana jujur dan tidak bermuslihat.

Khabarnya, penganjur Bersih mahu memperhebatkan promosi termasuk memakai baju Bersih berwarna kuning pada setiap Sabtu. Kalau sudah ikonnya berpemikiran dan bertabiat kuning maka budaya kuning juga mahu diterap.

Kalau mahu pakai seluar dalam dan baju dalam kuning, pakailah. Jika mahu tukar cat rumah, kereta atau rambut kuning sekalipun, silakan. Tiada apa yang perlu digusarkan. Lagi kuat gerakan itu, lagi kuat dorongan rakyat untuk menolak pembangkang.

Tanpa disedari, Perhimpunan Bersih telah menjadikan masyarakat tersentak dan mempersoalkan pembangkang kerana menyusahkan hidup dan mensabotaj imej negara. Kerajaan dan pihak berkuasa jangan takut dan usah terperangkap dengan permainan pembangkang.

Dengan tegas dan penuh yakin, hadapi apa sahaja selepas ini. Kepentingan majoriti lebih utama daripada percaturan minoriti. Itu juga demokrasi.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

No comments:

Post a Comment