Wednesday, July 13, 2011

siap ko penghina lagu negaraku

Individu hina lagu Negaraku dijejaki

KUALA TERENGGANU 12 Julai - Polis masih menjejaki individu yang dikaitkan dengan tindakan biadab menghina lagu Negaraku dan pemimpin negara dalam laman sosial, Facebook.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, pihaknya percaya individu itu akan dapat ditahan dalam waktu yang singkat bagi membantu siasatan kes.

Katanya, pihaknya mengadakan kerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SMKM) bagi mengesan individu berkenaan.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman terkejut dengan pendedahan melalui beberapa blog mengenai individu yang dikaitkan sebagai pelajar universiti bertindak biadab dalam Facebook.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi polis di talian 09-6182222 atau balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment