Wednesday, July 13, 2011

demo terima rm200

Syed Husin dolak-dalik, cabar Chandra

KUALA LUMPUR 12 Julai – Ahli Dewan Negara, Senator Dr. Syed Husin Ali kelihatan berdolak-dalik ketika diminta menjelaskan laporan akhbar mengenai pembiayaan RM150 hingga RM200 kepada sesetengah peserta perhimpunan serta perarakan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu lalu.

Selain itu, beliau juga enggan menjawab secara berterus-terang mengenai pembiayaan dana asing dalam penganjuran demonstrasi haram itu seperti didedahkan bekas rakannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar.

Sebaliknya, Syed Husin mencabar Chandra supaya mengemukakan bukti mengenai pendedahan penerimaan dana asing oleh Bersih, sedangkan perkara itu dilakukan Chandra ketika memberi kenyataannya.

“Pertama sekali, dia (Chandra) mesti buktikan penerimaan dana asing oleh Bersih dan keduanya, dia perlu buktikan juga bahawa badan yang diketuainya (Chandra) adalah bersih daripada pembiayaan dana asing,” katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Negara hari ini.

Rabu lalu, Chandra yang merupakan bekas Timbalan Presiden PKR mendedahkan bahawa Pengarah Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara, Maureen Aung Thwin bertemu dengan pemimpin pembangkang serta pertubuhan yang bernaung di bawah Bersih pada 27 Jun hingga 2 Julai lalu.

Menurut Chandra, pertemuan tersebut dipercayai membincangkan mengenai isu dana kepada Bersih kerana Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara dikendalikan Open Society Foundations (OSF).

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sendiri baru-baru ini mengakui Bersih menerima dana daripada OSF.

Ahad lalu, sumber polis memberitahu Utusan Malaysia bahawa sesetengah peserta yang ditahan itu mengakui menerima antara RM150 hingga RM200.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment