Sunday, July 10, 2011

mati

Gas pemedih mata bukan punca kematian peserta Bersih - Polis

KUALA LUMPUR 9 Julai - Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang berada di KLCC sewaktu perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini, namun menolak punca kematiannya disebabkan terkena semburan gas pemedih mata.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mengalami sesak nafas atau menghidap penyakit jantung sehingga meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam kejadian itu.

"Saya dimaklumkan, selepas perhimpunan haram di KLCC selesai, seorang wanita menghubungi ambulans mengatakan lelaki itu sesak nafas.

"Sebaik sahaja ambulans tiba, pesakit itu masih dalam keadaan sesak nafas namun dia disahkan meninggal dunia di HKL (Hospital Kuala Lumpur)," katanya.

Beliau ditanya mengenai laporan portal sebuah akhbar propembangkang hari ini mengenai kematian seorang peserta perhimpunan Bersih yang terkena semburan gas pemedih mata di KLCC.

Memetik laporan portal itu, Baharudin Ahmad, 58, bersama rakan dan keluarganya berada di KLCC tidak sedar diri apabila disembur gas pemedih mata oleh polis.

Allahyarham yang tinggal di Setiawangsa merupakan suami kepada Ketua Wanita Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Rosni Melan.

Menurut Amar Singh, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan menolak wujudnya unsur jenayah.

No comments:

Post a Comment