Wednesday, July 13, 2011

dangkal

Kenyataan Azmin gambarkan kedangkalan diri sendiri

KUALA LUMPUR 12 Julai – Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mempersoalkan tindakan polis melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang penyokong perhimpunan haram Bersih memasuki di ibu negara Sabtu lalu hanya menunjukkan kedangkalan beliau sebagai pemimpin.

Pengerusi parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, melalui rakaman beberapa video yang dipautkan di blog-blog, keadaan di beberapa lokasi tumpuan pelancong di ibu negara masih dikunjungi orang ramai dan pelancong asing.

“Kalau kita lihat video tersebut, ada ibu bapa yang masih membawa anak-anak mereka berjalan-jalan pada hari tersebut sempena cuti hujung minggu.

“Begitu juga dengan rakaman yang menunjukkan ada pelancong asing bersiar-siar di sekitar KLCC. Jadi tidak timbul isu polis menghalang orang awam masuk ke ibu negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, berdasarkan tapisan daripada pihak polis, mereka yang didapati “bersih” dan tidak menunjukkan kecenderungan untuk menyertai perhimpunan haram pada hari berkenaan tetap dapat memasuki ibu kota seperti biasa.

“Sebaliknya, beliau sendiri yang perlu menjawab beberapa dakwaan. Ada rakannya di Selangor memberitahu saya bahawa isterinya, Shamsidar Tahrin begitu teringin hendak ke Hotel Hilton pada hari berkenaan, tetapi kenapa beliau tidak berani bawa?

“Sedangkan bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun sanggup mengangkut satu keluarga termasuk anak dan menantunya ke situ,” katanya.

Dalam pada itu, Zamil turut menyelar tindakan Ahli Parlimen Selangor dan Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang derhaka kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah melarang rakyatnya menyertai perhimpunan haram.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment