Tuesday, July 12, 2011

kempen dlam masjid

Kempen politik pembangkang di Masjid As-Shariff, Gombak

ZAMIR
Taman Greenwood
Batu Caves, Selangor

PADA 26 Jun 2011 lalu, Masjid As-Sharif, Simpang Tiga, Gombak telah menganjurkan Forum Perdana yang dikatakan anjuran bersama Pusat Zakat Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.

Apa yang mendukacitakan para jemaah ialah forum tersebut benar-benar menampakkan kempen politik pembangkang yang dinyatakan secara terang-terangan oleh penceramah berkenaan.

Seorang moderator dan dua orang penceramah telah mengambil bahagian. Salah seorang penceramahnya terkenal dengan menyelitkan lagu berunsur Hindustan iaitu bekas imam Masjid Kuala Selangor.

Antara intipati yang dikatakan ialah: "Jangan percaya kepada video seks Datuk Seri Anwar. Itu semua fitnah. Siapa yang percaya akan mendapat bala. Semua pegawai kerajaan yang makan gaji dengan kerajaan adalah makan haram. Termasuk polis-polis yang sedang membuat sekatan jalan raya untuk menyekat perhimpunan Bersih dan banyak lagi."

Walaupun Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri telah beberapa kali menitahkan jangan jadikan masjid sebagai medan berpolitik, ramai nazir masjid di negeri Selangor tidak mengindahkan.

Forum Perdana di Masjid As-Sharif itu pula dibuat tanpa persetujuan semua barisan ahli jawatankuasa masjid. Yang memberi lampu hijau ialah nazir masjid itu sahaja.

Nazir masjid tersebut telah banyak kali menyalahgunakan kuasa yang dipertikaikan oleh para jemaah. Dengan itu adalah disyorkan agar digantikan sahaja dengan nazir lain yang tidak ada kepentingan politik di masjid. Jemaah bosan ceramah politik di masjid.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment