Sunday, July 10, 2011

serbu hospital;

Peserta Bersih serbu hospital

KUALA LUMPUR 9 Julai - Operasi dua buah hospital swasta di Jalan Pudu iaitu Hospital Tung Sing dan Hospital Bersalin Cina terjejas apabila peserta perhimpunan haram Bersih menjadikannya sebagai 'kubu' perlindungan mereka.

Kumpulan itu yang terdesak dan cuba menyelamatkan diri selepas gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak berkuasa bertempiaran lari memasuki kawasan pekarangan hospital berkenaan.

Kira-kira 1,000 penyokong Bersih yang pada mulanya berkumpul di hadapan Hentian Puduraya mula berundur menuju ke Jalan Bukit Bintang selepas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mula menyemburkan gas pemedih mata.

Bagaimanapun, mereka berhenti di hadapan hospital itu dan mula membuat provokasi dengan melaungkan slogan antikerajaan serta mengejek pasukan keselamatan.

Namun apabila polis mula bertindak menyembur gas pemedih mata, mereka lari bertempiaran memasuki kawasan hospital serta memanjat pagar namun beberapa orang berjaya ditahan.

Pada masa sama, sebuah ambulans yang membunyikan isyarat kecemasan ingin memasuki kawasan hospital juga tersekat apabila masih ramai penunjuk perasaan memenuhi kawasan itu.

Momentum kumpulan itu di Jalan Pudu semakin lemah selepas dua pemimpin pembangkang yang mengetuai mereka di situ iaitu Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham ditahan polis.

No comments:

Post a Comment