Monday, July 18, 2011

pelakon..,

Anwar hentikanlah lakonan tagih simpati

MEZA
Sungai Buloh, Selangor.

MENGHAYATI ruangan Cuit tulisan Zaini Hassan, (Utusan Malaysia, 13 Julai 2011) mengimbau kembali ingatan saya kepada apa yang dilalui Anwar Ibrahim.

Pahit getir kehidupan beliau sebaik saja ditamatkan jawatan dalam kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Masa itu DAP tidak berdamping rapat kerana DAP yang memulakan gerak kerja agar Anwar dibicarakan atas tuduhan meliwat. Yang bersengkongkol masa itu hanyalah dalam kalangan ahli Pas.

Bukan satu kehairanan apabila peristiwa itu diteliti kembali. Jika direnung dengan teliti, Anwar sepatutnya sudah lama tiada di dunia akibat dakwaan kononnya dia diracun arsenik, suntikan darah HIV, patah tengkok, lumpuh dan beberapa ancaman bunuh.

Kini tuduhan liwat dan video seks membuat saya terfikir kata datuk moyang dahulu iaitu 'Orang tidak baik memang lambat mati. Sebabnya Tuhan masih memberi dia peluang untuk bertaubat'.

Tapi kenapa Anwar tidak mahu bertaubat? Sebabnya mudah. Berpandukan kata nenek moyang dulu kala, Tuhan bagi dia peluang bertaubat, jadi kalau bertaubat, maka habislah sudah riwayat dia. Sebab itu, dia tidak mahu bertaubat dan masih mengambil peluang untuk melebarkan tipu helahnya.

Kalau dulu pemimpin dalam kalangan Pas yang terpengaruh dan bersubahat, kini mereka dalam DAP, yang dulu melancarkan gerakan menjatuhkan Anwar, berdiri teguh di belakang. Maaf, di sisi! Bersama-sama bermimpi dan berangan-angan untuk menawan Putrajaya.

Anwar yang dulu naik kerusi roda, mendakwa diracun arsenik dan disuntik darah HIV dengan sekelip mata semua penyakitnya itu boleh sembuh. Jadi apa ada setakat kena kelongsong kosong gas pemedih mata?

Anak jantan apa setakat kena tin kosong pun nak masuk hospital dan pakai penyokong leher? Kenapa lembik sangat Anwar kini berbanding kelantangan apabila beliau berucap dan memaki orang lain?

Sebenarnya, Anwar bukan lembik atau lemah. Tetapi semuanya demi sebuah lakonan dan menagih simpati orang Melayu yang diupah dan lupa serta tamak kerana mengharapkan bulan jatuh ke riba apabila PKR, Pas dan DAP menawan Putrajaya.

Kepada pengikut parti pembangkang ini, usahkan mahu memerintah, nak daftar pakatan rakyat pun tidak dibuat lagi.

Menggelar diri sebagai pakatan rakyat sama juga dengan kumpulan lain yang bergerak haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan.

Saya bukan anti Anwar. Tetapi saya anti kepada saranan beliau bersama-sama dengan Nik Aziz (nak panggil Tok Guru pun rasa tak kena sebab ajaran beliau kini makin sesat) dan Ambiga untuk terus terusan membuat kacau dan menghuru-harakan negara. Itu yang saya tentang.

Semua orang tahu, orang politik akan tuduh menuduh sesama mereka bagi menegakkan kebenaran dan fahaman politik mereka. Itu adat berpolitik.

Politik itu tidak kotor tetapi pemainnya kotor apabila menghasut dan memperdayakan orang ramai untuk menghuru-harakan negara yang sekian lama aman damai ini. Itu yang saya tentang dan marah.

Kalau benar anak jantan (anak jantan ke?) kenapa tidak membina kekuatan sendiri dan tunggu saja pengumuman Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Pendemonstrasi jalanan boleh mengundi mengikut kemahuan mereka dan tentukan siapa yang akan menawan Putrajaya.

Buktikan kebolehan untuk menjamin kemakmuran dan keamanan, bukan menghancurkan kemakmuran serta keamanan kecapi daripada pengorbanan kepimpinan negara sejak dahulu serta pasukan keselamatan kita.

Kembalilah ke jalan benar dan berpolitiklah. Tetapi jangan sesekali menggadai maruah dan kemakmuran serta keharmonian sedia ada.

No comments:

Post a Comment