Monday, July 18, 2011

main sandiwara

Sandiwara politik Pas, DAP

MELAKA 17 Julai - MCA sudah menjangkakan Kerajaan Pas Kedah akan tunduk kepada bantahan DAP untuk menarik balik keputusan melarang pusat hiburan di negeri itu beroperasi sepanjang Ramadan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, itu semua adalah sandiwara politik kerana Pas Kedah sudah tahu keputusan yang dibuat akan mendapat bantahan daripada DAP dan MCA.

"Ini semua mainan politik kedua-dua parti itu. Kita tahu DAP mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Pas.

"DAP akan mengatakan kepada masyarakat Cina jangan bimbang kerana mereka dapat mempengaruhi segala-galanya yang diperjuang dan diputuskan oleh Pas.

"DAP sebenarnya cuba menarik perhatian masyarakat Cina untuk menyokong Pas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA negeri Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Naib Presiden, Datuk Kong Chong Ha dan Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Kerajaan Pas Kedah yang bersedia menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang Ramadan nanti.

Soi Lek berkata, Pas Kedah sewajarnya memahami orang bukan Islam seharusnya mempunyai pilihan untuk masuk atau tidak ke pusat hiburan sepanjang bulan suci itu.

"Apabila pusat hiburan ditutup, orang bukan Islam tidak mempunyai pilihan, maka dengan itu hak kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan negara sudah dicabar oleh Pas," katanya.

No comments:

Post a Comment