Saturday, July 30, 2011

perak

Pilih menang atau kalah

Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my

PERAK - Negeri yang unik politiknya 'dengan cuma 11 bulan pembangkang berkuasa' berbanding tiga negeri lain iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Selangor yang terlepas daripada tangan Barisan Nasional (BN) pada 2008 sering menarik perhatian para pemerhati.

Negeri itu mencatat 'banyak masa terbuang dek 'ribut politik' yang melanda sejak PRU ke-12. Pasti ingatan kita kembali kepada taufan yang membadai sidang Dewan Undangan Negeri Perak di peringkat awal gara-gara pembangkang yang tidak dapat menerima tiga wakil rakyat mereka - dua PKR dan satu DAP melompat.

Kini di bawah moto baru Perak Aman Jaya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, wakil rakyat DUN Pangkor yang dipertanggungjawabkan mengemudi negeri tersebut, sedar beliau memikul tugas yang sangat berat untuk memastikan negeri itu kekal di tangan BN pada PRU ke-13. Jadual kerja hariannya ketat membuatkan beliau ke hulu dan ke hilir sekitar negeri yang mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN itu.

Dengan Perak tidak pernah memasuki kategori 'negeri hitam' BN sebelum 2008, maka tidak hairanlah pertanyaan paling popular ialah mampukah BN menguasai kembali negeri itu setelah 'rasminya' tewas semasa pilihan raya umum itu. Begitupun, masih terdapat pelbagai andaian tentang peluang dan harapan itu. Ada meletakkan angka 50-50.

Pada satu pertemuan dengan Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau telah diajukan persoalan tersebut.

Dalam nada ringkas Dr. Zambry menyebut 'Insya-Allah" dengan fokus jawapannya pada soalan itu ialah pada mindset ahli dan jentera BN itu sendiri. "Tidak harus timbul soal 'half-half' yakni 50-50," katanya.

Bagi beliau, sesiapa sahaja yang hendak masuk gelanggang untuk berperang yang menentukan hidup atau mati wajib ada semangat yakin boleh.

"Saya selalu memberi kaedah berperang iaitu apabila kita berada dalam gelanggang peperangan, apakah setiap orang mahu kalah? Maksudnya tentunya setiap kita yang berada di gelanggang, kita sudah mempersiapkan diri kita untuk berperang. Jadi untuk kata kita agak half-half, iaitu persoalan sama ada boleh menang atau tidak, tidak harus timbul.

"Setiap kali apabila kita berada dalam medan perang maka dengan sendirinya kita perlu mempunyai keyakinan, bahawa kita akan menang dalam perang. Tapi nanti orang kata kita over confident. Ini bukan soal over confident," katanya.

Dalam aspek ini, Dr. Zambry menegaskan, BN Perak kali ini tidak boleh buat silap langsung dalam penentuan calon yang akan diturunkan pada PRU ke-13. Ini perlu mencakupi 100 peratus garis panduan yang ditetapkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu winnable dan likeable candidate.

Bagi Dr. Zambry beliau tidak akan berkompromi dalam soal ini. "I will put my foot down," kata beliau tegas mengulas kemungkinan biasa setiap kali dalam pemilihan calon ada yang merajuk, protes dan sebagainya apabila tidak terpilih.

Dalam konteks ini Dr. Zambry sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjelaskan, soal pemilihan calon sudah pasti tidak akan lari daripada pertimbangan hierarki parti dan pandangan akar umbi mengenai seseorang calon.

Bagi beliau, winnable dan likeable candidate tidak dapat lari daripada mendapatkan pandangan parti kerana ia merupakan amalan UMNO sejak dahulu lagi. Tambahan pula rahsia kejayaan UMNO selama ini selain calon disenangi dan mempunyai rekod kerja yang baik, soal jentera yang mantap juga amat penting.

Di sinilah menurutnya, penting bagi pimpinan di peringkat akar umbi mempamerkan akhlak kepimpinan yang baik. Selain khidmat yang baik, prestasi kerja yang cemerlang, tingkah laku serta tutur kata harus dijaga kerana semua elemen ini akan menjelmakan winnable and likeable candidate,

Maka tidak hairanlah apabila persoalan calon ini diajukan kepada beliau, Dr. Zambry jelas dengan amanah yang harus dipikulnya. "Isu pokok di depan mata ialah 'nak menang atau kalah" tegas beliau.

Dalam memastikan tidak berlaku salah langkah kali ini, beliau turut mengakui ada kerusi kawasan tertentu di negeri itu yang mungkin kena swap iaitu dengan menukar calon yang bertanding antara parti-parti komponen BN.

"Sudah tentu. Umpamanya DUN Pasir Panjang. Selama ini kita letak calon MIC walaupun kita semua tahu 70 peratus pengundinya adalah Melayu," katanya sambil menegaskan akan tetap menghormati semangat kuota kerusi antara parti komponen.

Pada masa sama, beliau berharap calon-calon payung terjun tidak lagi didatangkan ke Perak menjelang untuk PRU ke-13 nanti.

"Sudahlah tu... saya yakin Pusat juga telah belajar daripada pengalaman yang lalu. Saya yakin Pusat tidak akan membuat sebarang keputusan yang boleh memberi kesan kepada kawasan-kawasan ini. Saya yakin dan saya harap tidak ada calon payung terjun," katanya.

Untuk rekod, pada PRU ke-12 tempoh hari, kepimpinan BN negeri ketika itu terpaksa berkompromi menerima tiga calon luar (UMNO) bertanding di tiga kawasan Parlimen melibatkan kawasan Larut, Bukit Gantang dan Gerik.

Mengenai cakap-cakap tentang wujudnya 'dendam kesumat' di kalangan para pengundi kaum Cina di negeri itu ekoran kejatuhan kerajaan pembangkang yang dipelopori oleh DAP di negeri itu apabila tiga wakil rakyat mereka melompat, Dr. Zambry ada jawapannya: "Saya tidak fikir itu pandangan keseluruhan masyarakat Cina sekalipun mungkin wujud golongan ekstrem yang merasa begitu.

"Sepertimana yang kita ketahui, masyarakat Cina juga adalah golongan yang agak kritikal... yang konstruktif. Mereka akan melihat dan buat perbandingan dan akhirnya walaupun sentimen-sentimen itu mungkin ada, ia hanyalah cuba dimainkan oleh pihak yang berkepentingan."

Sentimen berkenaan ketara ketika pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang menyaksikan BN kalah teruk di peti undi Kuala Sepetang yang majoritinya pengundi kaum Cina.

Lagi pun, menurut Dr. Zambry, selama 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak tempoh hari sudah cukup untuk membuka mata rakyat negeri itu tentang tembelang mereka. Antara kisahnya wakil-wakil pakatan itu dari kalangan kaum India asyik bercakap kononnya mereka memperjuangkan kebajikan kaum India. Itu nak buat, ini nak buat.

Tetapi akhirnya apabila BN mengambil alih kerajaan negeri itu pada awal Februari 2009, banyak tanda tanya mula menerawang.

Dr. Zambry yang diberi amanah menggalas tugas Menteri Besar kemudian mencongak senarai satu persatu apa yang dikatakan sudah dilaksanakan oleh pakatan pembangkang.

"Saya bertanya kepada mereka apa yang mereka buat selama 11 bulan? Tapi mereka tak dapat buat apa pun. Mereka bermegah sepanjang tempoh itu telah mempertingkatkan pendapatan kerajaan sebanyak RM60 ke RM70 juta. Kita tertanya-tanya sama ada ini betul atau tidak?

"Rupa-rupanya setelah kita ambil alih, didapati ini tidak betul kerana pendapatan itu bukan daripada hasil usaha mereka tetapi perancangan kerajaan BN terdahulu sehingga mereka dapat menjana tambahan hasil luar jangka.

"Mereka juga bermegah kononnya sewaktu zaman mereka, hasil balak lebih hebat tetapi apabila diminta tunjukkan bukti pertambahan hasil yang mereka buat semasa sidang DUN, mereka kata tak payah... apa macam ni," kata Dr. Zambry.

Mengakhiri perbualan, Dr. Zambry menegaskan bahawa apa yang akhirnya akan dilihat oleh rakyat Perak ialah kewujudan sebuah kerajaan yang dapat menjaga kebajikan dan keamanan untuk semua kaum.

"Dan dalam konteks negeri Perak, seperti yang kita ketahui ia bukan merupakan sebuah negeri yang mempunyai dominasi satu kaum yang begitu tinggi," katanya.

Hakikatnya di Perak, komposisi kaumnya ialah 57 peratus Melayu manakala Cina 37 peratus. Selebihnya 12 peratus adalah India dan Orang Asli.

Jadi, kata Zambry: "Keseluruhannya apa yang diperlukan rakyat negara ini khususnya di Perak ialah sebuah kerajaan yang benar-benar dapat memerintah memimpin semua kaum."
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

melayu tak bela melayu

Apabila Melayu tidak mahu bela bangsanya

Oleh Sarana Salleh

“SAYA dan isteri ingin menghadiri majlis konvokesyen anak kami di United Kingdom, jadi kalau saudara ingin saya luluskan overdraf ini, kenalah saudara bagi bahagian perbelanjaan untuk dua orang ke London,” begitulah bunyi kata-kata seorang pengurus bank cawangan yang saya berurusan dulu.

Ketika itu saya perlu menghantar wang pengajian untuk anak saya di Amerika Syarikat yang tiada biasiswa. Tanpa segan silu pengurus bank itu melakukan rasuah. Begitulah keadaannya sekarang dengan rasuah.

Orang Melayu tidak lagi segan silu melakukan atau menerima rasuah. Ramai orang sedar rasuah di negara kita tetapi tidak mahu bercakap tentangnya.

Macam juga pelacuran yang berleluasa. Diserbu berpuluh kali sekali pun bapak-bapak ayam akan terus menjalankan urusan mereka. Sebelum diserbu mereka sudah tahu.

Kita melihat mereka yang dituduh melakukan rasuah kebanyakannya orang Melayu dan ada yang berpangkat tinggi dalam kerajaan.

Sikap ingin mencari jalan pintas kekayaan ini memang jelas kerana “kalau saya tak lakukan orang lain pun akan lakukan” menjadi sikap utama mereka ini. Kalau kos projek digandakan sudah menjadi lumrah.

Seperkara lagi yang kerap juga berlaku kepada mereka yang menghantar cadangan projek mereka ‘diculik’ oleh orang lain termasuk di peringkat atasan.Telan sajalah air liur.

Pada bulan Ramadan, kita tahu ketua-ketua industri akan menghilangkan diri kerana mereka akan dikepung untuk mendapatkan duit raya yang bukan sikit-sikit. Tengok pangkat orang yang meminta. Jadi ramailah kapten industri ini yang pergi melakukan umrah di bulan puasa.

Pada bulan Ramadan juga orang Melayu berpusu-pusu berbuka puasa di hotel-hotel yang tidak tentu halal haramnya. Diberitakan daripada 2,000 hotel di bandar raya Kuala Lumpur, hanya dua peratus (2%) saja yang diberi taraf halal oleh Jakim – bermakna hanya empat hotel saja yang halal.

Tapi orang Melayu tak kira itu semua. Janji seronok walaupun kena bayar berpuluh-puluh ringgit. Kedai mamak dan kopitiam pun tak dijamin halalnya.

Seperkara lagi pada Ramadan ini maka keluarlah kelulusan untuk berniaga gerai di merata tempat. Semua orang tahu ada yang dapat kebenaran menjalankan warung menjual permit berniaga kepada orang lain untuk membuat untung. Yang asal RM200 boleh jadi RM20,000 dan ramai yang juga sanggup kerana pendapatan satu bulan di bulan puasa boleh mengatasi pendapatan 11 bulan yang lain.

Begitulah juga keadaannya dengan lain-lain lesen yang diberikan kepada orang Melayu. Contohnya di pasar Chow Kit kita tahu yang mengendalikan gerai-gerai di situ semuanya orang asing sedangkan lesen dikeluarkan kepada orang Melayu sini.

Kalau ada pemeriksaan, tuan punya akan mengaku yang berjual itu pekerja mereka. Semuanya hendak mencari jalan pintas untuk kaya cepat.

Terbaru, Timbalan Perdana Menteri mengatakan pasar tersebut akan dibangunkan semula. Patut pun selepas lebih 50 tahun keadaan kotor dan serabut pasar tersebut dibersihkan.

Tahun 1994 dulu, 100 lesen untuk pengurusan aset dikeluarkan. Modal berbayar diperlukan ialah RM2 juta. Ramai yang belum mula operasi pun sudah hendak menjual lesen mereka dengan syarikat sekali berkali ganda pula walaupun sehari pun belum beroperasi.

Sejak kejayaan Dasar Ekonomi Baru menaikkan taraf orang Melayu kepada kelas menengah, maka ramailah anak Melayu yang berpeluang mendapat pengajian tinggi di luar negara dan ramailah yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan dalam swasta.

Yang peliknya ada sesetengah daripada mereka ini sudah menganggap membela orang Melayu sudah tidak lagi fashionable baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

Rata-rata apabila ada perjumpaan atau majlis makan malam di kalangan orang bukan Melayu dan orang asing, mereka akan mengatakan penghalang kepada usaha pentadbiran Najib untuk melakukan transformasi ialah tuntutan orang Melayu oleh kumpulan tertentu.

Mereka lupa kalau dikira perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia Pertama sehingga Kesembilan tiap-tiap satu sebanyak RM200 juta darab untuk 9 kali maka berjumlah RM1.8 trilion. Siapa yang meraih keuntungan daripada jumlah tersebut, tentu sekali bukan orang Melayu. Hak milik saham pun setakat 21.8 peratus saja.

Sedar tak sedar tanah milik Melayu pun berkurangan. Di pihak kerajaan negeri misalnya banyak usahasama dengan bukan Melayu dilakukan untuk memajukan sesuatu kawasan yang bernilai tinggi.

Apabila perumahan siap, yang membeli dan menduduki pangsapuri atau rumah tersebut bukannya orang Melayu kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah tersebut kerana mahal. Jadi tanah yang dulunya milik kerajaan kini dimiliki oleh individu bukan Melayu.

Tanah milik Melayu diberikan status tanah rizab Melayu dan nilainya lebih rendah daripada tanah bukan Melayu. Kalau dimajukan orang Melayu akan mendapat nilai yang lebih rendah.

Tetapi jangan hairanlah kalau tanah rizab Melayu atau tanah khas untuk orang Melayu boleh jatuh ke tangan orang bukan Melayu seperti di Kelantan yang dulunya ketat dengan undang-undang menjual tanah kepada bukan Melayu.

Di mana-mana kawasan yang telah digariskan sebagai kawasan pembangunan ekonomi serantau, nilai tanah sekeliling kawasan pembangunan tersebut seperti Iskandar dengan sendirinya akan naik. Maka orang Melayu yang milik tanah di kawasan tersebut akan menjual tanah mereka. Inilah keadaan yang berlaku sekarang.

Sepatutnya suatu pangkalan maklumat yang kerap dikemaskinikan tentang tanah milik Melayu seluruh negara ini perlu diwujudkan supaya jangan sampai tergadai tanah Melayu. Kalau orang Melayu hendak menjual tanah mereka, biarlah yang membelinya orang Melayu.

Orang Melayu yang kaya raya patut mempertahankan tanah orang Melayu ini. Jangan pula orang bukan Melayu guna orang Melayu. Itu namanya tidak bermaruah.

DATUK SALLEH MAJID ialah bekas

Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur

(kini Bursa Malaysia)

Thursday, July 28, 2011

pas=melukut=tepi gantang=hampas

Pas bagai melukut di tepi gantang DAP, PKR

AHMAD NASIR
Alor Setar, Kedah

DENGAN satu tumbukan padu di bawah perut menyebabkan Pas rebah dalam melaksanakan undang-undang Islam untuk menutup pusat-pusat hiburan yang berada di negeri Kedah Darulaman.

Kononnya penarikan balik keputusan itu dibuat atas budi bicara kerajaan negeri adalah satu pembohongan bertujuan menutup malu kerajaan Pas di atas kelemahannya untuk melaksanakan hukum Islam.

Pas gagal di Selangor untuk memberhentikan konsert yang di adakan di Selangor. Suara bantahan Pas tidak dipedulikan oleh PKR dan DAP. Begitu juga dengan rampasan arak yang dilakukan. Pas terpaksa akur dengan bantahan DAP.

Kita geli hati apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata yang PAS berjaya mentarbiah DAP mengenai Islam. Kononnya DAP sekarang telah faham dengan kehendak Pas mengenai perlaksanaan undang-undang Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP, sebuah parti yang terang-terang menentang hukum Islam, apatah lagi dengan idaman Pas untuk menubuhkan kerajaan Islam ala Pas di Malaysia. Walau pun kini Karpal Singh sudah lupa kata-kata 'langkah mayat saya dulu' ini tidak bermakna parti DAP akur dengan Pas.

Sebenarnya sampai bila pun Pas tidak akan berjaya menubuhkan negara Islam ala Pas di Malaysia. Pas memerlukan sokongan orang Melayu yang taksub dengan perjuangannya tetapi dengan perpecahan orang Melayu kini cita-cita Pas itu akan berkubur bersama parti itu tidak lama lagi. Pas akan tersungkur sekali lagi pada PRU 13, insya-Allah.

Kepada penyokong Pas sedarlah parti Pas kini bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam seperti dulu. Negara Islam telah digantikan dengan Negara Kebajikan kerana telah hilang kepercayaan terhadap slogan negara Islam. Ini semua hanya untuk memuaskan hati rakan kongsi DAP dan PKR yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya pada PRU 13. Semoga cita-cita gabungan ini tidak direstui Allah.

Kita percaya BN-UMNO akan terus melakukan perubahan untuk menawan hati rakyat. Rakyat memerlukan pemimpin yang benar-benar ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Pemimpin yang selalu turun padang menyelesaikan masalah rakyat akan dipilih rakyat. Kita tidak mahu lagi pemimpin yang hanya turun padang lima tahun sekali untuk meraih undi simpati rakyat bagi mengekalkan kuasa dan kedudukan mereka.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

paper cina

ISU-ISU AKHBAR CINA

MAHU PEGAWAI SPRM KES BENG HOCK DIPECAT
AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 24 Julai 2011 (Ahad) dalam ruangan pendapatnya memaparkan nukilan pengkritik semasa Loh Hon Chew berkenaan siasatan Suruhanjaya Diraja Teoh Beng Hock seperti berikut.

Selepas siasatan Suruhanjaya mengumumkan kes Beng Hock, pasti ada yang menerima hakikat itu dan ada yang tidak boleh menerimanya malahan ada juga yang tiada sebarang pendapat.

Kehilangan kepada keluarga Beng Hock ialah mendiang diputuskan sebagai membunuh diri tapi rakyat di seluruh negara semuanya tahu perkara itu berlaku kerana kekejaman pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa yang pihak SPRM perolehi ialah terlepas daripada dituduh membunuh, kerugian yang ditanggung dalam kes itu ialah keluarga mendiang Beng Hock.

Zaman dahulu di China, seksaan selalu digunakan dalam perbicaraan sesuatu kes oleh pegawai yang menjatuhkan hukuman.

Jika tuduhan sesuka hati dilempar tetapi tertuduh tidak mengaku bersalah, pegawai tersebut akan menyeksanya setengah mati sehingga dia mengaku salah menyebabkan ramai yang di dalam penjara ketika itu sebenarnya bukan pesalah yang sebenar.

Siasatan suruhanjaya semasa melakukan siasatan mendapati pihak SPRM menggunakan kaedah seksaan cara zaman kuno China supaya mangsa (Beng Hock yang seorang saksi sahaja) mengaku bersalah.

Pada tahun 1683, tercatat dalam buku sejarah hukuman seksaan apabila mendapati pesalah itu bersalah. Mereka bukan mati berdasarkan kepada undang-undang tetapi mereka mati di dalam tahanan penjara, bukan disebabkan pelaksanakan undang-undang tetapi masalah daripada kekejaman.

Setelah 300 tahun, adakah kita benarkan saksi itu mati begitu sahaja di tangan pegawai yang menjalankan tugas itu? Walaupun mendiang mati disebabkan bunuh diri, adakah pegawai tersebut tidak perlu bertanggungjawab?

Bagaimana pula pihak kerajaan memberi jawapan kepada keluarga Beng Hock dan di mana letaknya tamadun rakyat negara kita ini?

Dalam laporan siasatan itu menyebut bahawa penyebab kematian Beng Hock kerana mendiang tidak tahan SPRM melakukan siasatan yang melanggar prosedur, dalam keadaan dan cara soal siasat yang bertubi-tubi.

Apakah sikap kerajaan terhadap perlakuan yang menyebabkan seseorang itu bunuh diri? Contohnya, kita diletakkan di atas benteng gaung, seseorang menghunuskan parang memaksa mangsa berundur setapak demi setapak sehingga akhirnya tergelincir jatuh ke dalam gaung. Adakah itu dikatakan tidak langsung ada kaitannya dengan kes pembunuhan?

Undang-undang di negara kita langsung tidak hiraukan orang yang menghunus parang itu hanya dengan perkataan semudah ‘melanggar disiplin’, sudah boleh tutup kes?

Ada pegawai-pegawai hanya dikenakan tindakan disipilin, tidak perlu ada tindakan undang-undang terhadap mereka?

Dalam laporan itu menunjukkan ada dua orang pegawai SPRM yang berbohong iaitu membuat laporan palsu. Jika bersabit kesalahan membuat pengakuan palsu di mahkamah, ia perlu dikenakan tindakan undang-undang yang keras.

Jika membuat laporan palsu pada pihak polis, akan dikenakan tindakan di bawah akta jenayah. Adakah berbohong dengan Suruhanjaya Penyiasatan juga akan dikenakan tindakan?

SANDIWARA PAS-DAP DI KEDAH

AKHBAR Sin Chew Daily bertarikh 23 Julai 2011 pula memaparkan artikel tulisan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dalam ruangan pendapat berkenaan sandiwara politik pembangkang.

Kerajaan pembangkang di Kedah mengumumkan melarang pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan tetapi sebenarnya hanya satu sandiwara yang dimainkan oleh Pas.

Seterusnya, DAP pula berlakon dan menguasai pentas sedangkan ia taktik politik mereka yang berniat menarik lebih ramai penyokong dari kalangan kaum Cina.

Setelah tiga tahun pembangkang memerintah, Menteri Besar Kedah baru perasan bahawa ada peraturan sedemikian dan secara tiba-tiba umumkan larangan itu menyebabkan pengusaha industri hiburan di negeri Kedah kelam kabut.

Tibalah masanya untuk DAP ke tengah dan bersuara menentang tindakan itu, lebih-lebih lagi Presiden DAP Karpal Singh berkata Pas telah melanggar undang-undang dan mengancam mahu bawa perkara itu ke mahkamah.

Teriakan dan lakonan ini mendapat sambutan dan secara tiba-tiba Pas bertukar menjadi parti yang ikut suara rakyat dan bersikap terbuka, menepati perubahan Pas dalam agenda terbuka dan hindarkan fahaman parti keagamaan.

DAP pula disolek kelihatan seperti sebuah parti Cina yang bertenaga menolak undang-undang Islam.

Jika benar-benar DAP membantah undang-undang Islam, kenapa larangan tiket judi di Kelantan, Karpal tidak pula kelihatan membawa kes itu ke mahkamah dan tidak nampak Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Phua Kiam Wei mengeluarkan kenyataan DAP mahu putuskan hubungan dengan Pas?

DAP menggunakan sistem pisau dua mata untuk menebas, di negeri yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza tapi bukankah pembangkang kata mahu selaraskan pemerintahan di empat negeri itu?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat mengarahkan Kerajaan Negeri Kedah tarik balik arahan itu.

Apa yang mereka dapat ialah nama baik kerana menghormati dan menjaga hak semua kaum di negeri itu tetapi ini juga bermakna parti telah mengganggu pengurusan kerajaan negeri.

Rakyat sepatutnya melihat dengan jelas kerisauan jika Pas dapat menguasai Kerajaan Pusat dan memerintah di negara ini kelak. Bukankah pemimpin tertinggi Pas iaitu ketua agama, ketua umum Pas seperti ustaz dan imam akan menerajui kerajaan dan melakar sistem pemerintahan?

Pada masa itu, mereka boleh ubah mana-mana undang-undang dalam pentadbiran, ketua agama akan ketepikan peraturan yang tidak sesuai dengan agama dan pada bila-bila masa mereka boleh ubah dan cantas undang-undang yang mereka rasa tidak perlu.

Tujuan mereka ialah realisasikan ‘Negara Islam’ iaitu sistem negara ketuhanan.

Masyarakat Cina dinasihatkan jangan terpedaya dan jangan terlepas pandang lakonan mereka Jika satu masa nanti Pas berkuasa penuh, tidak tahu apa yang akan terjadi selepas itu!

ORANG CINA TIDAK RAMPAS

HAK KAUM LAIN

AKHBAR China Press bertarikh 25 Julai 2011 melalui ruangan negeri Johor melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Yung Lien Pusat, Datuk Cheng Yung Chuan yang memberi peringatan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa orang-orang Cina tidak merampas sebarang hak dan kepentingan kaum lain di Malaysia.

Apa yang kaum Cina mahukan katanya, ialah hak yang sepatutnya mereka dapat sebagai rakyat negara ini.

“Mungkin kerana beliau tidak lagi menjadi perdana menteri, kembali semula rupa diri asal beliau seperti sebelum menjadi perdana menteri dahulu.

“Diharap Tun Mahathir sebelum membuat sebarang ucapan, dapat fikirkan sesuatu untuk masa depan dan wawasan negara ini terlebih dahulu,” katanya semasa menghadiri perasmian upacara pemegang jawatan dalam persatuan Yung Chun (Hokkien) Pusat Negeri Johor, termasuk pemuda dan wanita persatuan Yong Chun Keluang, Kelab Si Wai Tao Yuan, Pemuda Yung Chun serta gabungan wanita persatuan Yung Chun.

Beliau turut menyentuh konsep 1Malaysia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat ideal, tetapi setelah lebih tiga tahun, keadaan dalam negara bukan sahaja tidak mencapai dan mendekati konsep itu, sebaliknya jarak antara kaum semakin hari semakin jauh.

Beliau berpendapat, bagi merealisasikan konsep ideal itu Perdana Menteri asyik tekankan kesederhanaan, menegah kehadiran fanatik, tetapi kadang kala timbul juga isu berbaur perkauman serta kenyataan-kenyataan fanatik.

Yung Chuan secara berani mengeluarkan kata-kata itu kepada Perdana Menteri dan berharap Najib berpandangan jauh, berani serta mempunyai kebijaksanaan menolak kehadiran puak fanatik, berani melangkah kepada kesederhanaan dan realisasikan konsep 1Malaysia itu.
TAJUK-TAJUK BERITA L

Wednesday, July 27, 2011

malayo

PANAS : SEJAK BILA MELAYU PULA JADI PENDATANG....??

KENYATAAN Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe telah mengundang kontroversi.

Pertama, berdasarkan sejarah kata beliau, orang Melayu adalah juga pendatang sama seperti orang Cina dan India. Kedua, dengan nada sinis beliau menyindir UMNO bahawa parti Gerakan selama ini berada dalam telunjuk UMNO. Gerakan tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.

Publisiti murahan jelas menunjukkan bahawa beliau seolah-olah pakar dalam bidang sejarah dan menarik perhatian serta sokongan orang Cina yang telah kecewa dengan Gerakan. Saya tidak pasti apakah latar belakang sebenar kelulusan Lian Hoe sehingga menyebabkan kenyataan seperti ini dikeluarkan.

Saya mungkin dapat menerima serba sedikit pendapat ini jika beliau adalah pakar sejarah. Jika tidak, mungkin ada agenda tersembunyi yang perlu kita lihat secara serius.

Ini kerana selepas pilihan raya umum baru-baru ini, ada beberapa parti komponen Barisan Nasional cuba menggunakan kesempatan ini untuk mengugut UMNO dan kerajaan. Mereka tahu, UMNO kini berada dalam kedudukan yang agak lemah. UMNO memerlukan sokongan parti-parti komponen bukan Melayu untuk memerintah.

Justeru, peluang ini digunakan untuk mencapai hasrat yang sekian lama terpendam, termasuk mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.

Lian Hoe perlu sedar bahawa kemenangan beliau di Parlimen Gerik dalam pilihan raya lalu adalah hasil sokongan pengundi Melayu UMNO. Jika kerusi Gerik itu tidak diberikan kepada Gerakan dan UMNO tidak mengundi beliau, tidak mungkin ada Lian Hoe pada hari ini sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Itupun beliau masih tidak bersyukur dan amat kiasu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu diingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.

Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.

Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.

Kalau dahulu, hubungan antara antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. Namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.

Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang diterima melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.

Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum.

Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.

Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya. Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadi kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx).

Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).

Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah. British mengumumkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah Melayu.

British berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisien. Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu, hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang (Ling Liong Sik, 1995: 4). Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.

Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan. Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.

Antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja.
Ini bermakna, British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Ongkili, 1985: 39-42, Ruslan Zainuddin, 2005: 550-563, Comber, 2007: xxi).

Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili, 1985: 42-52) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap 'tunggu dan lihat' bagi melindungi kepentingan mereka.
Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.

Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu.

Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan. Tidak Logik Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka. Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.

Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterika n orang Melayu.

Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.
Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Mengikut Sejarah orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.

Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka".

Pendek kata, Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan Pulau-Pulau Melayu (Comber, 2007: 114-115). Kenyataan Kuan Yew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.

Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina. Mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara.

Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan. Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.

Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu.

Janganlah gunakan kelemahan yang wujud hari ini untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengugut UMNO bagi menunjukkan seolah-oleh merekalah sahaja pejuang rakyat di negara. Tetapi berfikirlah lebih jauh lagi untuk kepentingan rakyat di negara ini

Satu artikel yang perlu kita ambil kira....
Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH

cakap bohong mainan politik

Bercakap bohong, berjanji palsu di Kedah

Oleh Dr. Mashitah Ibrahim

LAWATAN Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah Khamis ini pasti menyemarakkan semangat Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri dalam usaha merampas semula Kedah daripada tangan pembangkang. Sejak 2008, pucuk pimpinan dan ahli parti bekerja keras untuk menarik hati pengundi dan mengubah pola pengundian.

Di bawah kepimpinan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, banyak perubahan berlaku. Hasilnya cukup jelas dan berbaloi. Kemenangan BN dan UMNO dalam banyak pilihan raya kecil sejak 2008 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak April lalu begitu menggalakkan.

Jelas bahawa sebahagian besar rakyat dan orang Melayu masih sayangkan UMNO. Kita sudah nampak gelombang sokongan yang semakin menaik. Usaha-usaha konkrit yang dijalankan BN dan UMNO sudah menampakkan hasil positif.

Parti-parti pembangkang pula tidak sebulu, selalu bergaduh macam anjing dengan kucing, seperti yang berlaku di Selangor, Sarawak dan Kedah. Ketua Pembangkang pula terbabit dalam pelbagai kes moral yang tidak berkesudahan sehingga para pemimpinnya berkelahi sesama sendiri dan pengikut menjadi bosan.

Namun kita kena berpijak di bumi nyata. Sebagai parti politik, kita kena bina kekuatan sendiri. Kekuatan kita tidak boleh bergantung kepada kelemahan parti lain. Parti kita kena kuat kerana disokong rakyat terbanyak. Parti kita kuat kerana kita teguh atas dasar prinsip dan setiakawan. Parti kita kuat kerana mampu membawa kemajuan kepada masyarakat dan membangunkan negara.

Tumbangnya kerajaan BN Kedah tiga tahun lalu adalah satu pengalaman cukup pahit. Kesannya memudaratkan, khususnya terhadap rakyat jelata. Banyak keputusan yang dibuat kerajaan negeri di bawah Pas tidak menguntungkan orang ramai. Pengumuman kenaikan tarif air 25 hingga 44 peratus (%) benar-benar memeritkan rakyat yang kebanyakannya masih berpendapatan rendah. Protes dibuat oleh penyokong Pas sendiri di depan pejabat Menteri Besar baru-baru ini.

Rakyat dapat melihat dengan jelas bagaimana kerajaan Pas gagal menangani masalah banjir, bekalan air, agihan perumahan dan kes dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung tunggakan bayaran. Menteri Besar bersikap angkuh dan mengugut UUM, yang mana ramai dalam kalangan pelajarnya adalah anak-anak Kedah sendiri. Kalau beginilah cara seorang Menteri Besar mentadbir dan sikap yang ditunjukkan, tidak hairanlah rakyat memprotes.

Ahli Pas juga memprotes kerana kerajaan Pas di bawah Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menunaikan janji pilihan raya, termasuk melaksanakan hukum hudud di Kedah walaupun sudah masuk tiga tahun. Protes lagi besar dibuat baru-baru ini oleh pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah, sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri, yang tidak berpuas hati dengan layanan dan kegagalan kerajaan negeri menyediakan kemudahan asas di institusi itu.

Macam-macam alasan Menteri Besar beri. Banyaknya yang tidak munasabah. Masa kempen pilihan raya dulu, Pas bagaikan ayam jantan jaguh berkokok akan melaksanakan undang-undang syariah jika menang. Tapi bila didesak penyokong-penyokongnya sendiri, Azizan memberi alasan, perkara itu tidak boleh dilaksanakan secara drastik atau terburu-buru.

Alasannya kena tunggu Kelantan buat dulu, lepas itu tengok bagaimana hudud diterima pakai dan apakah implikasi pelaksanaannya di Kelantan. Lepas itu baru boleh pertimbang sama ada hendak laksanakan hudud di Kedah atau tidak. Dia juga memberi alasan Kelantan dan Kedah adalah dua negeri berbeza. Baru-baru ini, dia buat kenyataan bahawa hudud bukan keutamaan di Kedah. Kononnya basmi rasuah dan penyelewengan adalah lebih utama.

Mudah cerita, berbelit lagi berbohong. Apa lagi kredibiliti yang ada pada seorang Menteri Besar sekiranya didesak penyokong sendiri untuk meletakkan jawatan kerana bercakap bohong dan berjanji palsu selain gagal memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah seperti mana slogan yang dilaung-laungkan “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”?

Hendak laksanakan peraturan tutup premis hiburan di bulan Ramadan pun kena sergah oleh DAP. Maknanya, Menteri Besar gagal mempertahankan keputusannya sendiri, tak boleh guna kuasa yang ada. DAP yang tidak ada wakil dalam kerajaan negeri nampaknya lebih berkuasa.

Di pihak UMNO, kita sudah buat post-mortem dan menganalisis beberapa kelemahan dalam parti, justeru banyak usaha telah kita ambil, termasuk menstruktur semula pucuk pimpinan di peringkat badan perhubungan. Di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah, dibantu timbalan Datuk Mukhriz Mahathir, insya-Allah, jika ditakdir Allah SWT, kita akan merampas semula kerajaan Kedah.

Kata kunci hari ini ialah ‘perubahan’. Ini yang rakyat mahu. Justeru, gerakan Gelombang Merah sudah dilancarkan. Cabaran utama UMNO hari ini adalah meraih kembali keyakinan rakyat kepada UMNO. Untuk memenangi hati rakyat, kita kena faham jiwa nurani dan keperluan mereka. Jadilah pemimpin akar umbi dan ahli parti yang cakna. Ini tidak sukar kerana kita juga sebahagian daripada rakyat. UMNO mesti ambil tahu segala isu mereka, pasang mata dan telinga, serta sensitif kepada masalah di peringkat akar umbi.

Paksi segala kerja kita ialah cogan kata parti keramat UMNO sendiri, yakni BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT. Semangat Melayu peninggalan pahlawan sejak dahulu kala ialah kesatuan. Panduan hidup diasaskan kepada pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah kamu terkena penyakit ummah iaitu dengki mendengki, tidak senang melihat sahabatmu mendapat nikmat.”

Pendekatan kita adalah bekerja kuat dan serius bagi mencapai kejayaan, mengenal pasti ancaman, sentiasa ikhlas dan sanggup berkorban dalam perjuangan. Kita kena cekap mentafsir hasrat orang Melayu, memenuhi aspirasi dan kehendak mereka. Dalam pada itu, apa jua kesilapan yang pernah dilakukan segera diperbetulkan agar rakyat dapat membuat pilihan terbaik menjelang PRU 13 nanti.

UMNO mahu memerintah semula Kedah bukan atas dasar balas dendam atau gila kuasa. Kita perlu kuasa untuk mengubah nasib rakyat, menggantikan kerajaan yang lemah dan pincang dengan pentadbiran yang lebih mantap dan berpengalaman untuk memperbaiki taraf sosio-ekonomi serta pendapatan rakyat.

Kita perlu meneruskan tradisi membela rakyat, membangunkan orang Melayu dan mendaulatkan Islam. Kita tidak mahu agenda Melayu diambil alih oleh mereka daripada kumpulan yang tidak bangga jadi Melayu atau sanggup gadai agama untuk kepentingan politik semata-mata.

DATUK DR. MASHITAH IBRAHIM

ialah Timbalan Menteri Di Jabatan

Perdana Menteri.

Tuesday, July 26, 2011

mengapa negara kebajikan

Mengapa negara berkebajikan?

Oleh TOK KI

SUATU hal yang amat mengejutkan bagi perjuangan Pas adalah perubahan mendukung negara Islam ke arah mendukung negara berkebajikan. Umum mentafsirkan, ia adalah suatu strategi menyesuaikan diri dengan aliran perjuangan pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sepatutnya perubahan yang harus berlaku adalah penyesuaian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap maksud negara Islam yang seharusnya dilihat secara ketamadunan. Pas sangat memahami bahawa PKR memperjuangkan faham liberal dan pluralis dan tidak lagi bertunjang ke arah Melayu-Islam sebagai kekuatan teras.

DAP dengan pendekatan Malaysian-Malaysianya dengan orientasi sosialis-demokratnya tidak melihat agama itu relevan dalam proses bernegara. Cita-citanya adalah menjadikan pendekatan sosialis-demokrat sebagai jawapan terhadap perubahan Malaysia hari ini.

Apakah selama ini Pas tidak mempunyai keupayaan tinggi untuk memberikan kefahaman yang luas maksud negara Islam yang menyebabkan PKR dan DAP merasakan bahawa jalan perjuangan yang dibawa oleh Pas adalah rigid, sempit dan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam realiti politik Malaysia.

Keupayaan ulama Pas yang cenderung mengulangi retorik dan pendekatan yang amat tradisional menyebabkan Anwar Ibrahim cuba menekankan pentingnya faham liberal dan pluralis dikembangkan supaya ia relevan dengan suasana sosio-politik Malaysia kini.

Memperjuangkan negara Islam dalam kecenderungan memperkasa tamadun pada hemat penulis tidaklah salah. Kerajaan juga sedang melakukan pendekatan sebegini tanpa heboh-heboh tentang cita-cita negara Islam.

Sejarah Andalusia adalah bukti jelas bagaimana tamadun itu boleh tegak dan menjadi pelindung adil terhadap kehadiran kelompok Kristian-Yahudi. Kepimpinan Pas terdahulu tidak memiliki formula praktis bagaimana kelompok majmuk dapat disantuni supaya natijah perjuangan Islam membawa kebaikan kepada umat manusia.

Memang salah satu ciri penting negara Islam ialah mendukung maksud kebajikan yang luas. Kebajikan boleh ditafsirkan sebagai tema dalam orientasi sosialis-komunis dan ia juga dicanang oleh pihak kapitalis. Tetapi menjadi fokus negara berkebajikan sebagai landasan perjuangan, apakah ia sebagai pertanda mengecilkan lagi skop perjuangan Pas tanpa membawa sama pendekatan hukum dan syariah yang menjadi inti perjuangan Pas berdekad-dekad yang lalu.

Hal ini penting dijadikan isu kerana apa makna sebuah negara berkebajikan tanpa faktor syariah mendasarinya. Sweeden, Findland, New Zealand adalah antara contoh negara kebajikan yang memberi fokus tentang kebajikan rakyat tetapi fahamnya adalah liberal-sekular-demokratik.

Apakah ini menjadi landasan perjuangan Pas yang baru mengikut rentak PKR dan DAP supaya berlaku suatu sinergi politik sekadar ingin menumbangkan parti yang memerintah. Kalau namanya negara berkebajikan Kerajaan Malaysia sudah sekian lama menjadikan pendekatan ini sebagai agenda utamanya.

Apakah ini sebagai strategi untuk memberikan titik-kesamaan terhadap keperluan masyarakat majmuk untuk memenangi pilihan raya akan datang atau Pas tetap bertahan dengan kekuatan Islam sebagai sumber perjuangannya.

Kalau ini terjadi Pas semakin pragmatik dalam pendekatannya, meskipun mengorbankan prinsip fundamental perjuangan ke arah negara Islam dulunya. Kalau inilah hakikat yang diperjuangkan sejarah akan mengadili perjuangan Pas sebagai perjuangan yang tidak sampai ke hujung.

Ia terbantut di pertengahan jalan kerana hambatan-hambatan kuasa, dan melaksanakan dendam kesumat terhadap UMNO harus berlaku walaupun terpaksa menelan kembali label kafir, taghut, jahiliah yang telah sekian lama menjadi bahasa basahan mereka tanpa menyedari bahawa label sebegitu akan juga berpulang kepada mereka suatu hari nanti.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

hak raja


Hak Raja Berperlembagaan

Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sewaktu bertitah di Majlis Wacana Ilmu di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, semalam.

Beta bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan inayat dari-Nya juga, Beta dapat berangkat ke Universiti Teknologi Mara untuk mengatur kata - merangkai ayat, mengungkap pandangan - menzahirkan pendapat atas mauduk 'Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga'. Terkandung tiga kata kunci dalam mauduk yang akan dihuraikan; pertama: Institusi Raja Melayu, kedua: warga, dan ketiga: memupuk perpaduan.

Tema ini berpotensi mengundang pelbagai pandangan. Semoga di sebalik segala kepelbagaian pandangan itu, pada akhirnya nanti, kita akan bersua dalam satu laluan intelek yang membolehkan berlakunya pertemuan pemikiran secara objektif lagi rasional; menerima hakikat bahawa perbezaan pandangan itu sebenarnya adalah satu kekuatan yang dapat membantu berlakunya perseimbangan dan konsensus dalam hasrat membina satu persefahaman - satu semangat, untuk membangunkan sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka, gagah lagi perkasa, adil lagi saksama, makmur lagi sejahtera.

Sembilan Raja Melayu bersemayam di takhta pemerintahan di sembilan negeri berdaulat sebelum terbinanya sebuah Persekutuan. Persekutuan Tanah Melayu, adalah gabungan sembilan negeri berdaulat dengan dua Negeri Selat, dilahirkan setelah mendapat perkenan sembilan Raja Melayu, diperluaskan kemudiannya dengan penyertaan Sabah dan Sarawak untuk membentuk negara Malaysia.

Perpaduan dimulakan dari puncak takhta pemerintahan, di antara Raja dengan pembesar negeri, di antara pembesar negeri sesama pembesar negeri, di antara rakyat sesama rakyat dan yang lebih utama di antara Raja dengan rakyat. Terungkap kata-kata kesetiaan, 'Bahawa Raja dan rakyat berpisah tiada'. Betapa pentingnya ikatan Raja dan rakyat itu terkandung dalam titah amanat Sultan Alauddin kepada anakanda Baginda,

Islam, adat dan muafakat merupakan serapah sakti dalam menggariskan tatanegara sosial dan sivil hingga berjaya mendaulatkan pemerintahan Raja Melayu serta berperanan sebagai perekat sosial terselindung, berupaya menyatupadukan warga; dan betapa dalam budaya Kerajaan Kesultanan Melayu, tiga elemen utama tersebut berjaya disepadukan, berperanan sebagai instrumen berkesan, membendung sebarang kemungkinan yang boleh mencetuskan persengketaan.

Memupuk perpaduan adalah impian besar, adalah hasrat besar - adalah tugas besar. Impian, hasrat dan tugas besar tidak mungkin dicapai melalui formula yang terlalu simplistic. Ia tidak dapat dicapai melalui sambutan berunsur perayaan - melalui pesta - melalui jamuan - melalui perhimpunan.

Ia tidak dapat dicapai melalui slogan, melalui nyanyian, melalui adukan pelbagai tarian dalam irama yang satu, melalui pakaian batik yang seragam. Ia tidak dapat dicapai melalui program politik yang berpihak - melalui program agama yang berpuak - melalui program berbentuk kosmetik.

Usaha memupuk perpaduan memerlukan ramuan yang lebih kreatif, pendekatan yang lebih efektif, pelaksanaan yang lebih konsisten, minda yang lebih terbuka, Lebih dari itu ia menuntut kepada perekayasaan dasar, menuntut kepada program bertindak yang realistik lagi produktif, lahir dari ketulusan hati - dicetus dari kejujuran niat; dibeningkan dengan sifat rendah diri - diheningkan dengan sifat yang tidak angkuh.

Ia memerlukan pelaksanaan yang bersungguh oleh individu - oleh organisasi - oleh institusi yang benar-benar komited; hingga gerak kerja dan pendekatannya benar-benar menyentuh sanubari warga - dihayati warga; hingga memberikan keyakinan kepada warga akan hasil dan nikmat dari kejayaan pelaksanaannya.

Peristiwa tertentu yang berlaku di dalam negara kebelakangan ini semakin bercanggah dengan semangat perpaduan. Ia lebih berbentuk menongkah arus. Ia lebih menjurus kepada perpecahan. Suhu politik negara semakin panas. Gendang politik semakin dipalu, suhu politik semakin membara, mendidihkan lava-lava persengketaan, menanti masa untuk meluap. Suara perpaduan semakin jauh dibawa angin.

Suasana politik semasa semakin mencalarkan nama negara. Negara sedang menghadapi ujian berbentuk krisis persepsi, akibat dari pertentangan politik yang semakin memisahkan. Sentimen dan emosi semakin menguasai pemikiran warga, fakta dan kenyataan semakin kehilangan kekuatan.

Semangat berunding - semangat bersefahaman - semangat saling menghormati bagai tidak diperlukan lagi. Senario ini menuntut negara - menuntut warga melakukan pemeriksaan semula asas-asas andaian sedia ada dalam menghadapi era perubahan dan dalam menghadapi tuntutan kepada perubahan yang berlaku pada kadar terlalu pantas.

Ada asasnya kepada tafsiran bahawa faktor agama, faktor kaum, faktor budaya dan faktor bahasa menjadi penyebab kepada perselisihan; sama ada dicetuskan dari penggunaan kalimah Allah atau dicetuskan dari penggunaan perkataan tertentu di dalam sebuah novel. Benar, peristiwa 13 Mei 1969 adalah peristiwa pahit yang tercetus di antara Melayu dan bukan Melayu, tetapi kita juga harus bertanya sama ada perselisihan kaum itu semata-mata berpunca dari rasa allergy dan tiada toleransi di antara Melayu dengan bukan Melayu.

Hakikat yang ditemui kemudiannya, memperlihatkan terdapat banyak elemen lain, yang sedikit demi sedikit menyemaikan benih-benih keresahan. Sentimen perkauman hanya dijadikan kuda tunggangan apabila keresahan sudah tidak dapat dibendung lagi.

Apabila pemimpin menyedari kesilapan, bersedia mengakui kelemahan, insaf dan memilih untuk bermuhasabah, maka akan dilimpahkan rahmat oleh Ilahi; dan Allah Yang Maha Berkuasa akan membimbing umat-Nya menemui jalan yang diredai.

Hari ini tidak bijak, jika negara dan warga memilih untuk menafikan realiti hingga kabur pandangan kepada sebab musabab sebenar yang menjadi punca menjejaskan perpaduan. Adalah benar, persaingan politik semakin sengit; adalah benar isu agama dan isu kaum amat sensitif.

Namun persaingan politik hanyalah mengambil kesempatan memperjudikan isu agama dan isu kaum, untuk mengeksploitasi sentimen ketidakpuasan hati warga yang lebih rencam; menyentuh integriti, rasuah, penyalahgunaan kuasa, agihan kekayaan, sistem penyampaian, pengangguran, perumahan, inflasi, pendatang asing, kebebasan media dan bermacam-macam lagi, perkara-perkara yang menyentuh kehidupan harian rakyat, perkara yang generasi muda terpelajar menuntut kepada pembaharuan. Keresahan-keresahan warga kini semakin menyalakan sekam kemarahan.

Bagaimanakah Raja dapat berperanan secara bermakna, sekiranya Raja senantiasa dilukiskan dengan sebaik-baik gambaran. Ia bukan sahaja melukiskan gambaran palsu tetapi telah tidak bersifat adil kepada Raja; menidakkan hak Raja menyempurnakan tanggung jawab secara saksama untuk membolehkan peranan Raja diterima baik oleh warga. Malah dibimbangkan perbuatan melindungi Raja dari kebenaran akan semakin memisahkan Raja dengan warga.

Amat sulit untuk membicarakan soal integriti, soal kenegaraan, soal kesetiaan dan soal perpaduan kepada warga yang sedang mengharungi tekanan hidup. Amat mudah sentimen warga dieksploitasi dan amat mudah untuk mereka termakan janji. Preskripsi yang menyembuhkan hanya dapat diberikan jika sindrom yang sebenar dikenal pasti; lalu membawa ingatan Beta kepada dialog di antara Bendahara Paduka Raja dengan Sultan 'Alauddin ketika Baginda menziarahi Bendahara Paduka Raja yang sedang tenat sakit. Bendahara Paduka Raja secara tegas berdatang sembah dengan kata-kata berikut:

"Hendaklah jangan tuanku dengar-dengaran akan sembah orang yang tiada sebenarnya, jikalau tuanku dengarkan sembah orang yang sedemikian itu akibatnya tuanku menyesal. Yang kehendak nafsu jangan tuanku turutkan, karena banyak raja-raja yang dibinasakan Allah Taala kerajaannya sebab menurut hawa nafsunya."

- Petikan dari Sulalat-al Salatin

Berpandukan petikan tersebut amatlah penting untuk Raja tidak dilindungi dari kebenaran. Raja perlu disembah maklumkan secara berterus terang cerita sebenar. Raja jangan sama sekali dipagari oleh mereka yang berkepentingan diri hingga Raja tergamak diperalatkan.

Di sebaliknya Raja wajib memiliki kumpulan penasihat yang jujur lagi ikhlas, kumpulan penasihat yang peka kepada denyut jantung dan denyut nadi warga, kumpulan penasihat yang tegas lagi berani menyatakan yang benar. Raja sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran.

Istana mungkin dilindungi pagar tinggi secara fizikal, namun ia tidak menghalang kepada berita dan peristiwa menembusi jendela - menembusi pintu istana. Kerana Raja bukan monumen hiasan yang kaku - tanpa nyawa - tanpa jiwa, sekadar pelengkap, memenuhi adat rakyat beraja - negeri bersultan, sekadar simbol untuk menyempurnakan tugas-tugas keraian, sekadar hadir memenuhi acara dan istiadat.

Segala yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, ruang pendengaran dan ruang pertuturan Raja. Segala yang berlaku diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi, ditimbangkan cerita, diimbangkan berita.

Hikmah dan kebijaksanaan amat penting untuk mentafsir secara saksama akan situasi rumit yang sedang berlegar dalam orbit negara ketika ini. Dalam setiap perselisihan dan dalam segala perbalahan, tidak mungkin satu pihak betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua; tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, elemen adat, elemen moral dan elemen agama. Jika suhu politik semakin panas, dikhuatirkan impian untuk membina perpaduan mungkin akan menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan.

Oleh itu perlu ada institusi yang credible untuk menurunkan suhu yang semakin panas; perlu ada institusi yang kekal berkecuali; institusi yang dapat diterima untuk membantu menenangkan suasana. Untuk itu amatlah penting dipastikan Raja kekal dalam disiplin yang berada di atas segala polemik politik.

Tetapi Raja juga ada amanah - ada tanggung jawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup secara rukun - secara damai. Raja perlu menggunakan kebijaksanaan akal bicara, memilih sebaik ketika dalam ruang kuasa yang diperuntukkan untuk menenangkan situasi. Namun Raja tidak ada lampu ajaib mengupayakan Raja memupuk perpaduan dalam sekelip mata - dengan sebaris kata, jika suasana sudah terlalu berkecamuk.

Sebaik peranan kepada Raja adalah untuk memberikan nasihat secara tertutup kepada pelbagai instrumen negara akan tanggung jawab masing-masing supaya Raja tidak disalah tafsir mahu mencerobohi sempadan dengan mencampuri secara langsung urus tadbir negara.

Bahawa Raja Berperlembagaan turut memiliki tiga hak untuk memenuhi peranannya, iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran yang boleh dilaksanakan secara bijaksana lagi berhemah.

Secara umum, peranan Raja terbatas bertindak atas nasihat pimpinan kerajaan pilihan rakyat. Namun Raja juga tidak harus sama sekali tertekan dan tidak semestinya memberi perkenan, jika nasihat yang disembahkan amat bercanggah dengan semangat Perlembagaan, amat bertentangan dengan keluhuran undang-undang serta amat melanggar prinsip keadilan sejagat.

Tugas lebih langsung terletak di bahu pelbagai instrumen negara. Kredibiliti beberapa instrumen negara memerlukan usaha pemulihan persepsi dan ada yang memerlukan penambahbaikan selaras dengan dinamik dunia semasa dalam hasrat mengembalikan keyakinan warga.

Senario politik negara selepas Pilihan Raya kedua belas sangat berbeza . Perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang. Perlu ada penerimaan kepada realiti. Perlu ada fahaman bahawa tuntutan melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. Perlu ada kematangan dalam menyampaikan teguran - perlu ada etika ketika menyuarakan kritikan.

Teguran dan kritikan untuk penambahbaikan, positif nadanya dan positif penerimaannya; tetapi teguran dan kritikan dengan tujuan mendatangkan keaiban peribadi dan merendahkan lawan politik, negatif coraknya dan negatif hasilnya. Perlu diterima hakikat menang kalah dalam demokrasi. Perpaduan memerlukan kesediaan melakukan pengorbanan, menerima kekalahan dengan reda dan merayakan kemenangan dengan keinsafan.

Ketika kesetiaan warga kepada negeri masing-masing begitu mendalam - ketika warga memiliki kebanggaan terhadap warisan, adat dan tradisi setempat, Raja-Raja Melayu telah mempamerkan jiwa besar memberi perkenan menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing untuk membolehkan penubuhan sebuah Persekutuan, sebuah negara bangsa yang lebih besar dan lebih agung.

Sesungguhnya Sembilan Raja Melayu pada hakikatnya telah membuktikan sebaik contoh semangat perpaduan dengan kerelaan menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing untuk membolehkan tertubuhnya sebuah Persekutuan di bawah konsep Federal isme. Majlis Raja-Raja adalah satu forum penyatuan membawa pemerintah negeri ke forum yang sama secara berkala dan telah membantu memperkukuhkan konsep Persekutuan.

Konsep Persekutuan yang dibentuk wajib difahami sedalam-dalamnya untuk memastikan berlaku keharmonian dalam hubungan Persekutuan dengan negeri. Perselisihan pemimpin akan mempengaruhi hubungan warga dan menjadi faktor penghalang kepada pencapaian perpaduan. Terkandung agihan kuasa di antara Pusat dan Negeri dan jaminan autonomi negeri secara selektif dalam bidang tertentu.

Pilihan raya kedua belas telah menukar landskap politik negara dan memerlukan tafsiran yang lebih konstruktif demi menjamin perpaduan warga tidak terjejas, demi mengelak tumbuhnya kembali sentimen kenegerian yang parokial sifatnya, yang berpotensi mencetuskan keretakan di kalangan warga.

Apa yang pada suatu ketika dahulu dianggap pada asas sebagai satu institusi Melayu kini diterima oleh semua pihak sebagai faktor penyatuan. Raja-Raja tidak sama sekali dipinggirkan malah merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat umum yang ketara memberi sumbangan kepada ketenteraman negara dan perpaduan warga.

Pemerintahan beraja di Malaysia pasti berupaya memenuhi peranan proaktif dalam memupuk semangat 'satu komuniti - satu negara' yang diimpikan. Disebabkan kedudukan istimewa mereka di dalam masyarakat, Institusi Raja-Raja bertenaga memenuhi peranan secara lebih bermakna.

Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Dalam dinamik politik yang sedang berlaku, bertambah penting bagi Raja untuk berada di atas segala yang sedang berlaku - bersifat berkecuali supaya dalam keadaan berlakunya krisis, Institusi Raja berupaya memberikan nasihat, teguran dan pandangan yang mencerminkan keadilan tanpa memihak.

Sebagai payung negara, Institusi Raja wajib memberi naungan secara saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum atau agama seperti yang tersurat dalam salah satu dari Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Sebagai Ketua Agama Islam dan pelindung kepada adat Melayu, Institusi Raja bertanggung jawab memastikan kesucian Islam tidak tercemar dan identiti bangsa kekal dilindungi. Raja adalah payung kedaulatan negara.

Payung kedaulatan negara ini jangan sama sekali dirosakkan - jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah pun turun. Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga - lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan.

Semoga Raja Kita Selamat Bertakhta.

siasat lakonan

Polis buka dua kertas siasatan lakonan

KUALA LUMPUR 25 Julai - Polis membuka dua kertas siasatan terhadap peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Shuhardi Md. Isa yang 'berlakon' meninggal dunia kerana sesak nafas pada 9 Julai lalu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, pihaknya menyiasat Shuhardi berikutan dua laporan polis yang dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Cheras baru-baru ini.

"Siasatan polis dibuat ke atas seorang lelaki bernama Shuhardi Md. Isa yang berlakon sebagai Baharudin Ahmad semasa perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

"Setakat ini, kita menerima dua laporan daripada orang awam berhubung tindakan yang dilakukan oleh Shuhardi itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Polis minggu lalu mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu bagi menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap pasukan tersebut.

Antara yang ditayang adalah lakonan Shuhardi kononnya dia merupakan Allahyarham Baharudin, pemandu teksi yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan itu.

Berikutan tayangan video tersebut, Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, selain Shuhardi, polis turut menyiasat mereka yang dikaitkan membuat laporan palsu kononnya dikasari sewaktu menyertai perhimpunan haram itu.

Selain Shuhardi, individu yang sedang disiasat termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dilanggar kenderaan polis sedangkan pendedahan rakaman video oleh polis menunjukkan motosikal diboncengnya terjatuh sendiri selepas membuat pusingan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Sunday, July 24, 2011

negeri china hukum mati perasuah

Contohi China?

Bisik-Bisik Awang Selamat

Selasa lalu, dua bekas timbalan Datuk Bandar di China menjalani hukuman mati. Kedua-duanya telah dijatuhi hukuman tersebut setelah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menerima rasuah berjuta dolar.

Semakin ramai penduduk China yang dikenakan hukuman mati atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Tidak semestinya yang melibatkan rasuah jutaan dolar, pesalah rasuah sekitar ratusan ribu turut dikenakan hukuman mati.

Malah sebahagian pesalah yang bakal dihukum mati itu dipertontonkan gambar mereka termasuk ketika tali jerut dikalung pada leher.

Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan China meningkatkan usaha memerangi gejala rasuah yang semakin serius di negara tersebut. Pada Mac lalu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengakui rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah ancaman terbesar yang dihadapinya. Maka memerangi rasuah menjadi prioriti nombor satu.

Banyak penganalisis melihat rasuah adalah gejala sejagat tanpa mengira bangsa, status negara mahupun agama. Masyarakat di China juga tidak terkecuali daripada gejala rasuah yang serius walaupun mempunyai undang-undang dan hukuman yang keras.

Secara peribadi Awang tidak setuju dengan pelaksanaan hukuman mati ke atas pesalah rasuah. Namun Awang teruja dengan pihak berkuasa di republik itu yang tegas dan berani dalam menguatkuasakan undang-undang rasuah. Walaupun turut berdepan dengan gelombang kritikan, kerajaan tidak berkompromi. Lalu ia menutup ruang bagi mana-mana pihak untuk mempolitikkan isu itu. Apa iktibar untuk kita?
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, July 23, 2011

cina xboleh mati ooo

Main isu Beng Hock, tutup kes lebih besar?

SURUHANJAYA Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah memutuskan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.

Ia berpunca kerana tidak tahan menghadapi tekanan berikutan soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keterlaluan yang dikenakan ke atasnya oleh pegawai-pegawai SPRM.

Kebenaran sudah ditemui. Oleh itu saya berharap pihak pembangkang menghentikan sandiwara mereka selama ini yang terus memainkan isu kematian pemuda ini untuk menutup kes yang lebih besar mengenai penyelewengan wakil rakyat DAP.

Kepada SPRM, jangan takut untuk meneruskan siasatan mengenai penipuan wakil rakyat DAP termasuk yang melibatkan perbuatan mempergunakan syarikat kontraktor bumiputera bagi mendapat kontrak.

ANTI PENIPU

Nilai, Negeri Sembilan

bersih yang kotor

Tersurat, tersirat Bersih!

Oleh ROSLAN LATIF
PENULIS ialah Presiden Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA)

Pada minggu lepas penulis amat tertarik dengan dua artikel tulisan anak muda, satu di The Edge mempersoalkan tentang apa salahnya rakyat hendak berhimpun dan kenapa perlu takut pada komunis. Satu lagi artikel tentang hak rakyat untuk berhimpun, dibenarkan undang-undang negara dan beliau yang kebetulan lahir di negeri yang tidak beraja mempersoalkan tentang peranan Yang di-Pertuan Agong yang dianggap mencampuri urusan politik.

Kedua-dua pemuda ini tak dapat dinafikan memang cerdik, cuma kurang pandai membaca yang tersirat.

Kali pertama penulis ikut berdemonstrasi pada tahun 1973 di hadapan Bangunan AIA , di Kedutaan Amerika Jalan Ampang sempena lawatan Thanom Kittikarchorn. Pertama kali juga penulis dengar pidato Anwar dengan perkataan "imperialis," "Yahudi" disorak oleh pelajar-pelajar berambut panjang termasuk Hishamudin Rais, Kamaruzaman Yaakub, tak ketinggalan Mat Sabu, wakil Persatuan Siswa Utara.

Beberapa bulan selepas itu, kami dikerah lagi untuk demonstrasi kelaparan di Baling. Selang beberapa bulan selepas Demonstrasi Baling, sekali lagi kami dipaksa berarak ke Parlimen menuntut taraf Institut Teknologi Mara (ITM) ke taraf universiti yang disertai majoriti penuntut ITM.

Yang jelas, selepas 38 tahun orang yang sama kembali ke jalan raya, tunjuk perasaan - Anwar Ibrahim, Hishamudin Rais, Mat Sabu, Syed Husin Ali, Malik Husin dan beberapa muka lama yang nampak masih belum berubah dengan hobi lama mereka. Sebahagian besar mereka ini pun tidaklah 'bersih' sangat.

Kalaulah orang Pas ingat apa yang telah dikhianati oleh orang berkenaan pada pilihan raya 1982 setelah beria-ia berpakat dengan Pas dan CCC kemudian lari meninggalkan pakatan tersebut setelah nampak yang mereka akan kalah teruk, tak mungkin mereka boleh bersekongkol dengan beliau.

Namun bila matlamat sudah menghalalkan cara dan agama dijadikan barang dagangan, halal dan haram sudah tidak menjadi persoalan. Tambahan pula Pas sekarang dikuasai oleh golongan yang dikatakan profesional.

Anehnya beberapa pemimpin - ulama bukan, profesional pun bukan yang terpilih menerajui parti yang bercita besar menjadi alternatif, lupa bahawa mereka hanya bertanding 65 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Sememangnya berhimpun dan berarak untuk kebaikan tidak ada salah. Malah semasa 16 tahun dalam kerajaan pun Anwar sering berarak semasa Maulidur Rasul, bersalawat, pasti pahala yang melimpah ruah hinggakan dalam masa singkat mampu naik hingga menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Semasa berkuasa, Anwar begitu rapat dengan ramai lagi tauke besar. Penulis masih ingat semasa orang tersebut berkunjung ke Gerik merasmikan Persidangan Pemuda Bahagian tahun 1985, dia datang dengan helikopter Genting Highland, bukti betapa rapatnya hubungan pemimpin Islam itu dengan tauke-tauke besar.

Mungkin juga Anwar terlalu sibuk dengan politik hendak menjatuhkan Tun Ghafar Baba dan Dr. Mahathir Mohamad di samping menjaga kuncu-kuncunya yang terlibat dengan pelbagai bisnes, mungkin wakil-wakil rakyat pembangkang terlupa tentang bos mereka pernah terlibat meluluskan IPP. Sekarang melalak di Parlimen, menyalahkan orang lain.

Begitu juga dengan projek-projek penswastaan yang lain termasuk hingga terlupa tentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sewajibnya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Anwar atas sikap keperihatinannya sebagai pejuang kebebasan, dengan kuasa yang ada mampu memperbaiki sistem pilihan raya ke taraf yang paling baik seperti yang beliau perjuangkan sekarang, tapi dia lebih banyak berpolitik daripada bekerja.

Berdasarkan rekod, tak nampak cacat cela sistem pilihan raya yang ada. Sistem inilah yang memenangkan Dato' Onn Jaafar bertanding sebagai calon Parti Negara di Kuala Terengganu Selatan pada tahun 1959, memenangkan Khadijah Sidek sebagai calon Pas di Dungun di mana kemudiannya Pas haramkan calon wanita bertanding.

Sistem yang sama yang telah mengekalkan keluarga Anwar di Permatang Pauh bermula dari ayahnya, Ibrahim Abdul Rahman yang memenangi kerusi Seberang Tengah pada tahun 1959 dan 1964 kemudiannya dimenangi oleh Mustafa Husin atas Parti Gerakan pada tahun 1969, Ariffin Daud (BN ) tahun 1974 dan Haji Zabidi Ali (Pas) tahun 1978.

Bermula dari 1982 selepas Anwar melompat masuk UMNO, Permatang Pauh sekali lagi dikuasai oleh keluarga Anwar dan isterinya Wan Azizah. Sistem yang sama juga telah memenangkan V. David sebagai calon Bebas di Bangsar, Yeo Tat Beng di Bruas pada tahun 1959, begitu juga Quek Kai Dong di Seremban Barat dan Chin See Yin di Seremban Timur juga sebagai calon Bebas.

Sistem SPR yang sama jugalah Nik Aziz dan Lim Kit Siang sudah 42 tahun menjadi wakil rakyat walau pun tak ada apa sangat yang dibuat selain mengkritik dan mencari kesalahan orang.

Sistem yang sama juga membolehkan keluarga Karpal Singh dan keluarga Kit Siang mampu menang dan menjadi wakil rakyat. Malah Dr. Mahathir pernah kalah kepada Yusuf Rawa di Kota Setar Selatan pada tahun 1969 juga atas sistem sama yang kini dipertikaikan.

Pilihan raya bergantung kepada faktor 'persepsi dan populariti.' Pada pilihan raya 1990, Angkatan Perpaduan Ummah menang hampir 90 peratus di Kelantan kerana rakyat ketika itu yakin dengan kombinasi Pas dan S46, samalah pada tahun 1999 Pas hampir menang semua di Terengganu kerana rakyat negeri itu mahu merasa duduk di bawah kerajaan Islam.

Tetapi persepsi rakyat bahawa Pas terlalu rakus, merampas tanah, menutup tadika akhirnya tahun 2004 Pas pula yang bungkus. Jelas rakyat lebih cerdik dan rakyatlah yang membuat keputusan siapa yang mereka suka.

Sebenarnya tidak ada apa yang kurang dengan sistem yang ada jika dibanding dengan sistem pilihan raya di Amerika Syarikat apabila kemenangan George W Bush di Florida semasa menentang Al Gore terus dipertikaikan.

Apa yang tersirat sebenarnya bukanlah soal pilihan raya yang tidak adil atau tidak, sebaliknya kumpulan ini cuba bersiap sedia untuk menjadikan SPR sebagai kambing hitam sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU 13 akan datang dan ini adalah ekoran kekalahan dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu termasuk pilihan raya Negeri Sarawak.

Persepsi pengundi juga nampaknya memihak kepada BN ekoran pendekatan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sering mendekati rakyat serta kejayaan program NKRA dari segi membendung jenayah, membenteras rasuah, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah dengan program Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, mempertingkatkan pencapaian pendidikan, mempertingkatkan infrastruktur luar bandar serta memperbaiki pengangkutan awam bandar.

Program-program seperti Rumah Pertamaku, penubuhan Parlimen Belia serta Himpunan Sejuta Belia membuktikan golongan muda menerima program transformasi kerajaan dan inilah yang sebenarnya menjadikan pembangkang menggelabah.

Jadi sebelum kalah di padang atas kelemahan mereka sendiri, pengadillah yang menjadi sasaran walaupun mereka sedar pasukan mereka sememangnya lemah dan tidak punya semangat berpasukan.

Apa yang lebih menakutkan, kalau dilihat dari apa yang berlaku di Algeria, Mesir, Yemen, Syria dan beberapa negara Arab yang lain punya kaitan rapat dengan apa yang ingin dilakukan di Malaysia.

Dalam satu Forum "US and Muslim World" di Doha pada Mac 2009, Anwar duduk semeja dengan Madeline Albright. Dalam ucapannya, Anwar bukan saja memuji melambung-lambung Presiden Barack Obama tetapi menggesa rakyat di Asia Barat bangkit menentang kezaliman dan menggesa Obama supaya menumpu usaha mempercepatkan proses demokrasi di Asia Barat dan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan secara sukarela menawarkan diri untuk melaksanakan proses tersebut.

Mungkin juga ini hanyalah secara kebetulan tapi kalau dilihat dari rangkaian mereka ini, kita patut berfikir dua kali kaitan puak-puak ini.

Yang ditakuti bukanlah Pengerusi Bersih 2.0 S.Ambiga, tetapi siapa di belakang Ambiga dan Bersih?
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

kebenaran pada polis

Kebenaran PDRM tolak tohmahan Bersih terserlah jua akhirnya

Oleh Suffian Abu Bakar

HARI ini, genap dua minggu pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan demonstrasi di ibu negara dengan alasan menuntut kerajaan Barisan Nasional bersikap lebih telus dalam pilihan raya.

Tidak perlulah diulangi betapa degilnya kumpulan tidak berdaftar ini yang terus ingin mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu walaupun sudah berulang kali diberi amaran oleh pihak polis sebelum tibanya tarikh 9 Julai itu.

Dalam Facebook dan laman-laman web serta blog-blog propembangkang, Bersih 2.0 tetap berdegil mengajak penduduk Malaysia untuk sama-sama berhimpun dan memakai baju kuning sambil menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan.

Pihak berkuasa pula sudah mengeluarkan amaran untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam perhimpunan ini.

Namun, Bersih 2.0 tetap berlangsung, meskipun sasaran asal mereka menarik 300,000 penyokong gagal – hanya kira-kira 10,000 yang dimanipulasi, itu pun setelah disogok barang kali.

Selepas perhimpunan haram itu berakhir (dengan penangkapan lebih 1,000 orang penunjuk perasaan), sepanjang dua minggu ini, penyokong Bersih 2.0 seperti sudah bersiap sedia dengan skrip menuduh pihak polis bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan itu.

Akhirnya pada Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang selama ini tidak mahu mengikut rentak penyokong Bersih mengajak bercakaran dalam media, terpaksa menunjukkan bukti rakaman yang dibuat pada perhimpunan itu, sekali gus menutup mulut pengkritik-pengkritik mereka selama ini bahawa kononnya polis bertindak kejam dan zalim.

Tayangan rakaman video selama 1 jam 30 minit itu membuktikan polis tidak bertindak memulakan provokasi terhadap penunjuk perasaan yang menyertai Bersih 2.0, sebaliknya tercetusnya kekecohan itu adalah berpunca daripada provokasi peserta perhimpunan itu sendiri (yang dirancang) untuk mencemarkan imej PDRM.

Sebaliknya, portal-portal pembangkang yang sebelum ini menyiarkan tayangan video palsu serta diubah suai seolah-olah PDRM dilihat kejam menangani demonstrasi ini.

Banyak bukti yang ditunjukkan oleh polis, antaranya tohmahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa motosikalnya dilanggar oleh kenderaan polis, langkah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mengajak penunjuk perasaan berlari ke arah polis selain kejadian tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.

Apabila PDRM menayang rakaman video ini, maka ia jelas sekali menangkis siaran video palsu mereka yang selama ini dibuat hanya dengan satu tujuan, iaitu menunjukkan bahawa polis kejam.

Apa agenda mereka menyiarkan rakaman yang diubah suai ini? Semuanya dirancang bagi memastikan masyarakat tidak lagi percaya kepada kewibawaan pasukan keselamatan itu. Polis akan dituduh kejam sehingga imej mereka dipandang rendah dan itulah yang sebenarnya mereka mahu.

Sebuah portal propembangkang yang selama ini begitu kuat menyokong perhimpunan Bersih 2.0, menyiarkan tajuk laporan tayangan video oleh PDRM ini seperti berikut: “9 Julai: Video ‘layanan baik’ polis ditayangkan” – dengan mempunyai makna tersirat.

Namun, walau apa pun tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap PDRM, kebenaran akhirnya akan muncul jua. Helah mereka selama ini untuk mencari kesalahan polis, akhirnya terbongkar.

Malah, sejak beberapa hari sebelum polis menayangkan video, kepalsuan pihak tidak bertanggungjawab ini sudah terserlah.

Mereka memanipulasikan kematian seorang pemandu teksi, Allahyarham Baharudin Ahmad dalam laman blog kononnya akibat ditembak gas pemedih mata oleh polis. Sanggup juga mereka ‘mengupah’ seorang pelakon, Shuhardi Md. Isa untuk menjadi Allahyarham, walhal lelaki ini adalah antara pencetus provokasi yang dikenal pasti antara yang merancang untuk mengajak polis menahan mereka.

Agak-agaknya apa lagi hujah kumpulan tidak berdaftar itu selepas ini. Selepas gagal menarik jumlah peserta seperti yang diharapkan, mereka merancang mahu menganjurkan lagi perhimpunan Bersih, dan menjadikan setiap hari Sabtu untuk memakai baju kuning.

Kita harap PDRM tidak terikut-ikut dengan rentak kumpulan ini yang sebenarnya cuba menangguk di air keruh dan menguji kesabaran pasukan itu. Jangan terpedaya dengan helah mereka kerana kita tahu polis lebih arif untuk mengenal taktik dan helah yang cuba dilakukan pihak tidak bertamadun ini.

Di sebalik segala tuduhan yang dilemparkan, pasukan polis dilihat masih mengekalkan semangat perikemanusiaan apabila memberi layanan yang baik terhadap semua tahanan pada 9 Julai lalu.

Cuba kita bayangkan di negara Barat, pasukan penguat kuasa tidak akan memberi peluang kepada mana-mana perusuh yang cuba menimbulkan kekacauan kerana itulah tugas polis, mengawal keamanan tetapi dalam konteks Bersih 2.0, masih ada pihak yang tidak bersyukur dengan kebaikan PDRM.

Kepada rakyat Malaysia, sedarlah bahawa PDRM sebenarnya bukan seperti yang digambarkan oleh laman portal propembangkang dan blog-blog antikerajaan. Mereka masih ada maruah.

Bagi penunjuk perasaan baru-baru ini atau pada masa akan datang, ini mungkin amaran yang boleh diberikan kepada mereka, jangan sampai polis bertindak seperti pasukan penguat kuasa di negara luar yang kita sedia maklum lebih ganas.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

insken

Insken ibarat permata berharga hilang sinar

Saranan Salleh

MINGGU lalu saya banyak juga memperkatakan berkenaan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). Teraju dalam kolum saya itu mendapat pelbagai reaksi. Bagi yang bertanggungjawab atau berada dalam kapal Teraju, sudah pasti senak perut sedikit dengan tulisan itu. Namun di pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) usahawan atau individu Melayu yang terlibat secara terus dengan ekonomi Melayu rata-ratanya bersetuju dengan apa yang saya kata.

Lebih menarik apabila ada yang menghubungi saya beberapa hari lalu yang meluahkan rasa kecewa menghadiri satu program Teraju di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dilihat tidak memberi harapan besar kepada pembangunan ekonomi orang Melayu seperti diharapkan.

Saya tidak hadir tetapi kata beberapa peserta tersebut apa yang dibuat oleh Teraju pada hari itu tiada beza dengan apa yang sudah dibuat oleh agensi-agensi lain terutama dalam program keusahawanan.

Tambah mereka, dengan mencelup program sedia ada di bawah agensi lain kemudian diuar-uarkan sebagai transformasi Teraju, ibarat sekadar menempel apa yang memang sudah ada dengan tersendiri.

Bagi mereka zaman menteri menyaksikan memorandum persefahaman dan menyaksikan penyerahan cek geran biarlah dibuat bersama menteri kementerian masing-masing. Lebih lucu kata mereka, sampaikan cek sumbangan korporat bantuan sekolah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri pun hendak dibuat pada majlis yang sama.

Akibatnya majlis ucapan keraian menteri sahaja sudah habis tiga suku majlis. Lebih kecewa, bila ada yang datang dari seluruh negara berdepan dengan masalah mendapatkan hotel di Kuala Lumpur kerana terlalu banyak aktiviti menjelang puasa tidak lama lagi. Akhirnya mereka berasakan program itu tiada istimewanya.

Walaupun banyak lagi keluhan, saya sekadar mendengar dan yakin dengan mereka kerana mereka ini adalah usahawan tulen yang sentiasa memikirkan perkara berfaedah dan menilai dengan perkiraan sen dan ringgit.

Tetapi saya terfikir selepas itu, bukankah agenda ekonomi bumiputera mempunyai skop isu yang lebih besar daripada itu? Kadang kala saya juga menasihati NGO dan usahawan Melayu bahawa isu Teraju dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) adalah sebahagian isu bumiputera. Bagaimana dengan lain-lain?

Saya percaya jika Teraju menerima semua cadangan NGO, ramai pihak yang akan puas hati. Tetapi selepas itu, apakah syor yang diputuskan kerajaan itu akan disambut dengan baik di peringkat agensi pelaksana?

Kali ini saya tidak mahu membincangkan skop yang luas terhadap pelaksanaan peringkat agensi tetapi ingin membawa satu contoh kajian kes iaitu Institut Keusahawanan Negara (Insken), di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Selepas Teraju, inilah antara agensi kerajaan yang menjadi buah mulut di kalangan usahawan Melayu sebagai permata usahawan Melayu yang sudah hilang cahayanya. Dalam satu pertemuan wakil-wakil persatuan dengan kerajaan baru-baru ini, kekecewaan itu bukan hanya dizahirkan oleh usahawan tetapi pegawai atasan kerajaan juga.

Manakan tidak. Jika sebelum ini, menara usahawan sentiasa berkelibut dengan pelbagai aktiviti keusahawanan, kini sudah malap macam hidup segan, mati tak mahu! Suatu ketika dahulu meriah di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti yang sedikit sebanyak dapat dirasai oleh usahawan, kini ibarat muzium iaitu ada pameran tetapi bahan mati yang diawet sebagai sejarah.

Banyak pertemuan telah dibuat oleh MITI yang dipengerusikan oleh menteri dan Insken tidak terlepas daripada hentaman tetapi nampaknya tiada hasil yang menyerlah. Menteri berkaitan ada membentangkan kepada Parlimen penubuhan Pusat Bimbingan Usahawan atau Business Adisory Centre (BAC), selepas asakan NGO untuk menggantikan peranan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

Selepas wujud BAC, beberapa pemimpin persatuan mencuba sendiri perkhidmatan BAC, ternyata masing-masing kecewa kerana sistem penyampaian sama ada secara teknikal atau khidmat nasihat amat lemah. Faktor lain pula ialah kakitangan yang dipertanggungjawabkan tidak cekap. Sudahlah lokasinya pun tidak strategik, ditambah pula promosi yang lemah menjadikan medan pameran Menara Usahawan sudah tidak meriah macam dulu.

Semasa Insken di bawah MeCD, aktiviti pembudayaan keusahawanan sangat menyerlah! Usahkan orang dewasa, pelajar sekolah pun kenal kerana banyak aktiviti dijalankan. Hari ini, sebut sahaja Insken, yang kenal pun akan bertanya: “ada lagi ke Insken?”

Bayangkan usahawan produk rozel di Sungai Petani, Kedah masih mengingati jasa Insken mempopularkan produk rozelnya suatu ketika dulu. Namun baru-baru ini beliau berasakan kekecewaan apabila hasratnya untuk berkembang luas bersama Insken tidak kesampaian. Malah abang dari Kedah ini lebih mengenali kakitangan Insken lama daripada yang ada pada masa kini.

Kisah di atas adalah satu contoh kelemahan kita sendiri. Setiap kali usahawan Melayu bising, maka wujudlah macam-macam agensi baru sedangkan yang lama pun tak jadi apa. Itu belum lagi jenama-jenama ad-hoc parti politik yang konon nak jadi hero juga. Pun akhirnya habuk pun tak ada.

Setelah bubarnya MeCD, Insken antara permata usahawan Melayu yang sempat masih hidup atau tidak berkubur bersama MeCD. Tetapi permata yang sepatutnya digilap untuk lebih bersinar dan lebih berharga, kini ibarat jasad yang sudah mati.

Insken perlu diterajui oleh mereka yang benar-benar berkaliber sebagai pegawai kerajaan, memahami kehendak sebenar usahawan dan mempunyai jati diri Melayu yang luar biasa. Tetapi sekadar mahu meletakkan ketua yang berasaskan senioriti dalam perkhidmatan awam, bukanlah di situ tempatnya.

Atau apakah menterinya yang sudah berkali-kali disuarakan isu Insken mempertahankan pegawai-pegawai atas politik tertentu terutama untuk menawan semula negeri pembangkang dan meletakkan kuota kakitangan dari negeri tertentu?

Apa yang pasti, angin protes usahawan bumiputera kembali bertiup kencang yang berkait rapat ketidakseimbangan Program Transformasi Ekonomi (ETP), krisis keyakinan Pemandu, Ketidakyakinan terhadap Teraju dan kelemahan agensi seperti Insken dikhabarkan menjadi rasa kurang senang.

Mereka kononnya hendak berhimpun lagi tetapi bukanlah dengan mood politik pembangkang tetapi mereka yang sayangkan kerajaan sedia ada supaya mahu ambil kira kehendak sebenar. Dengarnya juga mereka mahu mengadu kepada Raja-raja Melayu!

Cuma harapan saya yang sedang mengisi hari-hari pencen dengan pengalaman silam, bangsa Melayu perlu segera membetulkan diri dan melihat cara kejayaan orang lain bersepadu kerana pemimpin kita adalah Melayu, pegawai kerajaan Melayu dan kita semua rakyat Melayu. Di mana silapnya?

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas

Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur

(kini Bursa Malaysia).

gagal saman felda 20 juta

Mahkamah tolak saman RM20 juta

KUALA LUMPUR 22 Julai - Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini menolak saman RM20 juta oleh Pengerusi Biro Tanah dan Pembangunan Wilayah Pas Pusat, Mazlan Aliman terhadap Pengurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Lembah Klau, Awang Sulong bersama tiga yang lain.

Mazlan mengemukakan saman tersebut atas dakwaan Awang dan Felda terbabit dalam konspirasi dengan pihak polis untuk menangkap sebelum menahannya secara salah ketika memberi ceramah di Felda Lembah Klau, Raub, Pahang, tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan menolak dengan kos saman tersebut setelah Mazlan gagal membuktikan unsur-unsur konspirasi seperti yang didakwa dalam pernyataan tuntutannya.

Dalam saman yang difailkan pada 16 Ogos tahun lalu, Mazlan, 45, selaku plaintif mendakwa dia telah ditangkap secara salah dan tidak sah oleh polis pada pukul 10 pagi, 9 Mac 2010 sehingga keesokan harinya.

Plaintif menamakan Awang, 55; Felda; anggota polis, Mohd. Azran Rahmat dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

Dalam pernyataan tuntutan, menurut Mazlan, dia bersama 20 peneroka telah memulakan majlis dialog dan perbincangan di dalam rumah milik Hamidun Yeop Isa tanpa menggunakan alat pembesar suara.

Selepas lebih kurang 30 minit majlis itu berlangsung, plaintif mendapati hampir 30 anggota polis bantuan Felda, anggota polis dan beberapa pegawai Felda termasuk defendan pertama mula membanjiri pekarangan rumah tersebut sehingga menyebabkan majlis itu ditamatkan lebih awal.

Plaintif mendakwa tindakan provokasi, kepungan, kehadiran beramai-beramai anggota polis bantuan Felda, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai serta kakitangan defendan mengakibatkan dia berasa dimalukan dan dihina.

Ekoran kejadian itu, plaintif ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk membuat laporan polis tetapi ditahan dan dibawa ke Mahkamah Majistret Raub pada 10 Mac tahun lalu sebelum dikenakan tahanan reman selama sehari.

Dia mendakwa, tahanan dan penangkapan tersebut adalah tidak berasas selain menganggap penahanannya adalah salah dan tidak sah serta defendan pertama, kedua, ketiga telah bersubahat serta berkomplot.

Selain menuntut ganti rugi am RM20 juta, plaintif menuntut perisytiharan bahawa perintah tahanan ke atasnya adalah salah manakala perintah remannya juga cacat dan tidak sah.

Defendan pertama dan kedua dalam pernyataan pembelaan bertarikh 3 Januari lalu pula memohon untuk mengetepikan tuntutan saman dan pernyataan tuntutan tersebut.

Mereka antaranya mengatakan bahawa sesi dialog tersebut adalah haram kerana plaintif tidak mendapat keizinan daripada pihak-pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Selain itu, defendan menegaskan mereka tidak pernah bersubahat dan berkonspirasi dengan defendan ketiga.

Pada prosiding hari ini, Awang dan Felda diwakili dua peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Cheng Mai manakala Mazlan diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

pelakon pura2 mati disiasat

Polis siasat lakonan Shuhardi

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Julai - Peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Shuhardi Md. Isa yang 'berlakon' meninggal dunia kerana sesak nafas adalah di antara individu yang sedang disiasat polis kerana terbabit dalam demonstrasi haram pada 9 Julai lalu.

Selain Shuhardi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat mereka yang dikaitkan membuat laporan palsu kononnya dikasari sewaktu menyertai perhimpunan haram itu.

Individu yang sedang disiasat termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dia dilanggar oleh kenderaan polis sedangkan pendedahan rakaman video oleh polis semalam jelas menunjukkan motosikal diboncengnya terjatuh sendiri selepas membuat pusingan U.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya menjalankan tugas sebagai sebuah agensi keselamatan secara profesional dengan menyiarkan video yang memaparkan situasi sebenar perhimpunan tersebut.

"Pengarah KDNKA (Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid telah memberi gambaran sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan itu semalam.

"Justeru, kita yakin rakyat sendiri boleh menilai perkara tersebut. Kita juga sedang siasat semua individu yang dikaitkan dalam tayangan sebenar semalam," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Liga Balai Polis siri pertama 2011 di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

PDRM semalam mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu bagi menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap pasukan tersebut.

Antaranya tohmahan melibatkan Mohamad Sabu yang mendakwa dia dilanggar kenderaan polis, tindakan provokasi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua terhadap pihak polis dan kejadian tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.

Turut ditayangkan adalah situasi Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata dan rakaman tindakan Shuhardi yang berlakon sebagai Baharudin.

dap

Tindakan DAP tidak wajar

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Julai – Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock berpendapat parti politik tidak boleh terlibat dalam memberikan bantuan kewangan sebagaimana yang dilakukan oleh DAP bagi program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan sekitar 2008 dan 2009.

Ia berikutan peruntukan bagi program itu dikeluarkan daripada belanjawan kerajaan negeri yang sepatutnya dibelanjakan untuk penduduk di kawasan tertentu.

Berdasarkan laporan suruhanjaya setebal 124 muka surat yang disediakan oleh lima panel suruhanjaya itu, tindakan sedemikian juga telah mengundang tuduhan dan pandangan serong apabila pembayaran semula wang itu kelihatan seperti penyaluran dana kepada parti politik tersebut.

‘‘Kami mendapati agak aneh apabila pihak yang terlibat dalam proses ini tidak dapat menghalang parti politik daripada terlibat dalam projek kerajaan.

‘‘Kami juga tidak memahami mengapa seorang kontraktor yang bersetuju menganjurkan sesuatu program atau menjalankan sesuatu projek memerlukan bantuan kewangan daripada sesebuah parti politik.

‘‘Pastinya siapa yang menjalankan perniagaan mempunyai modalnya sendiri atau membuat perkiraan bagi perkara tersebut,’’ lapor suruhanjaya berkenaan.

Lima anggota panel suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T. Selventhiranathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Berdasarkan keterangan kontraktor, Lee Wye Wing berhubung program dan projek kecil bagi kawasan DUN Seri Kembangan, suruhanjaya mendapati wujud kelemahan dari segi prosedur berikutan tiada sebut harga dikemukakan untuk kelulusan.

Walaupun Wye Wing yang menggunakan nama syarikat bumiputera Kelas F untuk mendapatkan projek kecil, mengaku memenuhi setiap spesifikasi sesuatu projek, namun tiada siapa mengesahkan sama ada barang dan perkhidmatan yang dibekalkan mengikut nilai yang dituntut.

Berhubung resit yang dikeluarkan oleh DAP bagi pembayaran balik wang yang didahulukan, menurut suruhanjaya berkenaan, tiada satu resit pun yang dikemukakan oleh saksi itu sepadan dengan jumlah wang pendahuluan tersebut.

Suruhanjaya juga berpendapat anak saudara Wye Wing, Lee Kee Hiong memberi kenyataan bercanggah apabila memaklumkan Beng Hock memberikan pendapat sesetengah bahan dikenakan bayaran melampau sedangkan beliau tidak berbincang mengenai kos bagi setiap program.

Walaupun Kee Hiong yang merupakan Pengurus Besar ibu pejabat DAP Malaysia dari tahun 2003 dan 2008 serta ahli DAP yang aktif mendakwa tidak merayu untuk mendapatkan projek kecil dan program kawasan tersebut, rekod menunjukkan kebanyakan projek dan program diberi kepada syarikat milik Wye Wing, WSK Services atau syarikat rakan bapa saudaranya, Hong Chae Enterprise.

‘‘Kami percaya sementara Wye Wing menguruskan kertas kerja, Kee Hiong menjalankan tugas persediaan seperti mendapatkan pembekal, memastikan kehadiran peserta dan mengatur perkhidmatan serta publisiti bagi program berkenaan.

‘‘Apabila Ean Yong Hian Wah (Ahli DUN Seri Kembangan) mempunyai idea, bagi sesuatu program beserta bajet, dia akan dihubungi dan dia akan cuba mengadakan keperluan berkaitan mengikut jumlah yang diperuntukkan,’’ menurut suruhanjaya berkenaan.

Suruhanjaya bagaimanapun menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar Kee Hiong mengemukakan resit yang sepadan dengan wang pendahuluan oleh DAP atas alasan perkara tersebut tidak termasuk dalam terma rujukan.

Seorang lagi kontraktor, Mohd. Harun Abdullah, pula mengaku berpakat dengan Wye Wing supaya sebilangan syarikat kontraktor bumiputera kelas F digunakan untuk menjalankan projek kecil di bawah peruntukan ADUN.

Pemilik syarikat terbabit hanya akan menandatangani cek kosong yang diberikan kepada beliau dan Wye Wing serta sebagai balasan mereka akan menerima komisen antara lima dan 10 peratus daripada nilai setiap projek.

Laporan suruhanjaya yang didedahkan kepada media semalam merumuskan bahawa Beng Hock yang merupakan setiausaha politik kepada Hian Wah, telah bertindak membunuh diri dengan terjun dari pejabat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

ambil tindakan jika salah

SKMM siasat gambar The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR 22 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat portal berita propembangkang, The Malaysian Insider berikutan penyiaran gambar berkaitan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Siasatan itu bagi menentukan kesahihan gambar yang kononnya diambil pada perhimpunan haram tersebut seperti disiarkan portal berkenaan.

"Sebarang tindakan yang akan diambil berkenaan dengan hal ini akan hanya dilakukan setelah penyiasatan dijalankan dan mengikut proses yang telah ditentukan," menurut SKMM dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ruangan galeri portal propembangkang itu memuat naik 13 gambar yang didakwa diambil pada perhimpunan haram tersebut.

Ia termasuk gambar menunjukkan sekumpulan anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berarak di Jalan Pudu, berhadapan hentian Puduraya bagi menyuraikan peserta perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun kapsyen pada gambar itu menyebut 'polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia untuk menyuraikan orang ramai'.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi ketika dihubungi enggan mendedahkan gambar mana yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa itu.

SKMM sebelum ini, menerima beberapa aduan melibatkan portal berita itu termasuk daripada Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang tindakan undang- undang diambil ke atas portal berita propembangkang itu.