PEMBANGKANG TAK BOLEH DITEGUR
BERAJA di mata bertuan di hati. Itulah ungkapan daripada ahli pakatan pembangkang. Jika difikirkan sungguh aneh sekali. Kebenarannya, siapakah yang mengamalkan sifat-sifat begitu sekarang.
Adakah para pemimpin Barisan Nasional, Kesultanan Melayu atau Pakatan Rakyat? Yang nyata sejak akhir-akhir ini, yang bermaharajalela adalah ahli Pakatan Rakyat.
Mereka ini tidak boleh disentuh atau ditegur sedikit pun. Pendek kata, tiada siapa yang berhak menegur mereka. Apa yang dibuat oleh orang lain semuanya salah, haram, kafir dan kufur. Apa dibuat mereka semuanya benar, halal dan mendapat jaminan syurga. Hairan bagaimana pengikut mereka boleh terima apa sahaja tanpa menggunakan akal, sedangkan mereka berilmu.
ANAK ISLAM
Segamat
No comments:
Post a Comment