'Tutup kedai, balik India' - Tak dapat tanduk, telinga dipulas!
AMAT tepat pepatah Melayu itu.
Mungkin inilah takdir yang terpaksa diterima oleh pengusaha restoran nasi kandar di Gat, Lebuh Maccalum, Pulau Pinang, Syed Kassali Mohamad Aliyar apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih rakyat didakwa bertindak seperti samseng terhadapnya.
Mungkin sewaktu DAP belum berkuasa, ada kalangan India muslim yang bersekutu dengan parti itu untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang. Inilah padahnya.
ADUN Komtar, Ng Wei Aik dituduh menggunakan agensi kerajaan untuk menekan sesiapa sahaja yang cuba menentang kerajaan DAP Pulau Pinang. Kalau dulu orang Melayu Pulau Pinang menjadi mangsa kerana menentang kerajaan DAP, sekarang giliran golongan mamak pula. Keturunan India di Kampung Buah Pala mungkin dapat menceritakan pengalaman pahit mereka kepada Syed Kassali.
Kaum India telah 'terkena', kaum Melayu telah 'dihina', sekarang mamak pula. Ini baru amaran awal oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada golongan mamak. Yang tersirat dan tersurat ialah kalau nak selamat, terus sokong kerajaan DAP.
Inilah pemerintahan ala Khulafah al Rasyidin Umar Ab. Aziz yang diamalkan oleh Ketua Menteri kerajaan DAP Pulau Pinang.
Tunggu apa lagi orang Pulau Pinang?
ANAK SELUANG
Kulim
No comments:
Post a Comment