Saturday, January 8, 2011

guru

SEMUA ADA AGENDA SENDIRI

APA agenda PKR dan pakatan pembangkang sebenarnya? Terkilan rasanya apabila membaca artikel mengenai penentangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap pelantikan SUK Negeri Selangor ketika ini.

Apa sebenarnya tujuan beliau menentang pelantikan tersebut? Beraninya melawan titah Sultan Selangor.

Wahai pahlawan pembangkang, kami tahu bezakan yang baik dan buruk. Kami tahu tindakan kamu itu untuk hapuskan kuasa Sultan.

Sedarlah orang-orang Melayu! Satu hari nanti, sekiranya kita masih tunduk pada pemimpin boneka seperti Khalid, nanti kita akan jadi seperti Melayu Singapura – dipijak, dihina, dilanggar dan ditindas. Pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Lim Guan Eng dan bapanya hanya menunggu saat itu. Anwar Ibrahim hanya taksub pada dendam peribadinya sahaja! Tidak ada yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat. Semua ada agenda sendiri.

Saya juga agak terkilan dengan sikap guru di sekolah yang sibuk membantu memperjuangkan politik pembangkang. Saya hairan, mereka yang pandai sehingga jadi guru tidak menghargai jasa kerajaan sekarang. Adakah mereka tahu, ada guru di negara lain tidak bergaji. Saya mahu perintah tegas dilaksanakan agar tidak ada lagi guru yang menyentuh isu politik di dalam kelas.

TERKILAN

Selangor

TAJ

No comments:

Post a Comment