Monday, April 22, 2013

siasat ikut islam

ARKIB : 16/04/2013

Video zina: Pas wajib siasat ikut Islam, kesahihannya

TERDAPAT pandangan aktivis Pas bahawa kejahatan pemimpin tidak perlu didedahkan.
Pandangan ini disuarakan oleh aktivis Pas setelah tersebar video yang menampakkan perbuatan zina dilakukan oleh seorang lelaki mirip pemimpin Pas yang sudah lanjut usia dengan seorang wanita muda yang cantik di sebuah bilik hotel.
Saya tidak sependapat dengan aktivis Pas itu kerana berdalilkan hadis yang menyuruh Muslim merubah kejahatan yang berlaku mengikut kadar kemampuan masing-masing.
Hadis yang saya rujuk di sini menyatakan: Sesiapa yang melihat mungkar (kejahatan), maka ubahlah dengan tangannya, dan jika tidak berkemampuan maka ubahlah dengan kata-kata (lidah) dan jika tidak berkemampuan, maka ubahlah dengan hati (kalbu). Merubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.
Berdalilkan hadis ini, maka setiap Muslim perlu merubah kejahatan yang disaksikannya berdasarkan kemampuan masing-masing.
Merubah kejahatan dengan tangan dapat dikatakan pihak berkuasa seperti polis menangkap dan mendakwa pelaku kejahatan dan mahkamah menjatuhkan hukuman kerana perbuatan jahat pelaku berkenaan.
Merubah kejahatan dengan lisan dapat dikatakan dengan membuat teguran lisan kerana tidak mampu menangkap pelaku kejahatan berkenaan. Merubah dengan lisan juga bererti memberitahu orang lain apa yang dilakukan oleh pelaku kejahatan.
Merubah kejahatan dengan hati dapat dikatakan berdoa supaya pelaku kejahatan tidak mengulangi kejahatan lagi atau berdoa supaya pelaku kejahatan mendapat balasan setimpal dengan kejahatan yang dilakukannya.
Walaupun terdapat hadis lain yang menggesa Muslim menutup aib Muslim tetapi aib tidak sama dengan kejahatan atau kemungkaran yang dinyatakan dalam hadis yang menyuruh Muslim supaya merubah kemungkaran dengan tangan, lidah atau hati bergantung kepada kemampuan Muslim yang melihat atau menyaksikan kemungkaran berkenaan.
Nampaknya aktivis Pas tidak mahu pemimpin mereka didedahkan peribadi walaupun ada antaranya yang melanggar larangan Islam seperti berzina, menipu atau munafik.
Ada pemimpin yang menipu dalam hidup mereka tetapi kerana mereka tidak didedahkan maka penipuan mereka itu tidak terdedah. Dulu di Pulau Pinang, seorang pemimpin sebuah parti menganjurkan umrah dan haji tetapi dia kemudian menyeleweng wang yang digunakan.
Begitu juga kes khalwat seorang pemimpin dengan seorang wanita isteri orang dalam sebuah bilik hotel tidak didedahkan melalui video tetapi terdedah melalui tangkapan oleh pasukan pencegah maksiat di Kelantan.
Oleh kerana saksi salah menyatakan nombor bilik pemimpin dan wanita itu berada berbanding dengan nombor bilik yang direkodkan, maka kes khalwat itu dibuang kes.
Sebagai sebuah parti politik yang berakhlak, maka pemimpin itu sepatutnya diambil tindakan disiplin kerana berkhalwat dengan isteri orang dalam bilik hotel.
Pas di zaman dahulu pernah mengambil tindakan disiplin terhadap seorang pemimpinnya kerana menari dalam majlis tarian.
Menari dalam majlis tarian lebih ringan daripada berkhalwat dengan isteri orang dalam bilik hotel kerana menari disaksikan oleh para penonton lain yang tidak menari sedangkan berkhalwat tiada penonton lain selain pelaku berkenaan.
Presiden Pas menyatakan Setiausaha Agung Pas tidak terlibat dalam skandal seks berkenaan.
Demikian juga Husam Musa membela Setiausaha Agung Pas dan berpendapat Pas tidak perlu kisah dengan video itu.
Presiden Pas mahu mengadakan sembahyang hajat untuk ditunjukkan kebenaran.
Adakah cara Islam membuktikan kebenaran atau kepalsuan melalui sembahyang hajat? Cara Islam membuktikan kebenaran atau kepalsuan sesuatu aksi jahat Muslim adalah siasatan dan saksi-saksi, tidak melalui sembahyang hajat.
Dalam kes ini, Presiden Pas sendiri tidak mahu mengikuti siasatan cara Islam bagi membuktikan sesuatu kejahatan itu dilakukan atau tidak.
Presiden Pas perlu melihat atau menonton video itu dan menyoal siasat pelaku lelaki dan wanita dan saksi-saksi lain yang menyaksi video berkenaan.
Malah di zaman teknologi moden ini terdapat pakar bidang video yang boleh memberi pendapat sama ada video itu rekaan atau tulen?
Dalam kes video ini, pemimpin yang kena tuduh itu pun tidak membuat laporan polis untuk menyiasat video itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130416/fo_02/Video-zina-Pas-wajib-siasat-ikut-Islam-kesahihannya#ixzz2R8N9lV4j
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment