Saturday, April 13, 2013

putar selagi ada ruang

SPR nafi dakwat kekal cuma tahan tiga hari


DAKWAT kekal yang dicalit pada jari sebelum pengundi diberikan kertas undi boleh bertahan selama tujuh hari.


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan dakwat kekal boleh bertahan selama tujuh hari dan bukan tiga hari seperti yang didakwa Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Mohd. Hatta Ramli.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, pihaknya sudah melakukan ujian terhadap dakwat itu dan terbukti ia mampu bertahan dalam tempoh tujuh hari.
“SPR sangat serius dalam pemilihan dakwat yang akan digunakan bagi memastikan ia menepati matlamat ke arah menjamin pilihan raya yang bersih dan lancar.
“Tidak perlulah ada pihak buat andaian awal seperti yang didakwa Hatta itu kerana SPR tidak akan melakukan perkara yang boleh menjejaskan proses pilihan raya di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Hatta melalui portal Harakahdaily semalam yang mendakwa dakwat itu cuma kekal tiga hari dan ia boleh mendorong pihak yang terlibat dalam pengundian awal pada 30 April mengundi buat kali kedua pada hari pengundian yang ditetapkan pada 5 Mei.
Wan Ahmad berkata, SPR telah mengeluarkan nama 272,387 pengundi awal daripada daftar pemilih dan mereka tidak layak untuk mengundi lagi pada 5 Mei.
“Bagi mengesahkan perkara itu, orang ramai boleh membuat semakan dengan membeli daftar pemilih induk SPR,” katanya.
Kosmo! semalam melaporkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya menyimpan dakwat kekal di dalam bilik kebal dan merahsiakan warnanya bagi mengelak ia disalahgunakan.

No comments:

Post a Comment