Thursday, April 25, 2013

semangat nak berkuasa..

Karpal tersungkur, Azizan terjatuh, Nik Aziz didukung

GEORGE TOWN – Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh jatuh tersungkur daripada kerusi rodanya semasa hadir memberi ceramah di hadapan kira-kira 1,000 penyokong DAP di Padang Taman Jajar, Jalan York, Dato Keramat malam kelmarin.
Kejadian pukul 10 malam itu berlaku ketika Karpal, 73, yang merupakan calon Parlimen Bukit Gelugor diangkat dengan kerusi roda oleh empat penyokong DAP tetapi malangnya beliau terlepas ke lantai pentas utama.
Impak daripada kejadian itu menyebabkan Karpal tersembam di hadapan pentas sebelum segera dibantu oleh beberapa orang ahli DAP.
Peristiwa itu berlaku di hadapan anaknya yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.
“Bapa saya tidak cedera, beliau boleh duduk semula di atas kerusi rodanya dan memberi ceramah selama sejam,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, Karpal pada sidang akhbar di kediaman beliau di Jalan Utama, Kebun Bungah di sini memberitahu, insiden itu dianggapnya satu ‘kejatuhan’ kecil.
“Kita tunggu kejatuhan besar Barisan Nasional pada 5 Mei nanti,” ujarnya dalam nada sinis.
Pada 14 April lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, 82, terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar, Batu Pahat, Johor selepas didakwa hampir pengsan dan keletihan berikutan kepadatan program sempena Pilihan Raya Umum ke-13 di sekitar Johor.
Sebelum itu, pada 4 April, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, 69, terjatuh ketika menuruni anak tangga selepas menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri dikuasai pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya, Selangor.
Kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang apabila Azizan terlangkau satu anak tangga menyebabkan beliau terjatuh berhampiran kenderaan rasminya.
Bagaimanapun, Menteri Besar itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudian memasuki kenderaannya untuk pulang ke Alor Setar.

No comments:

Post a Comment