ARKIB : 26/04/2013
Saya juga bersyukur kerana berada dalam sebuah negara yang bernama Malaysia yang sangat saya sayangi ini. Saya tidak hipokrit merealisasikan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Cinta kepada negara adalah sebahagian daripada iman.
Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang. Namun saya tidak bercadang menyentuh pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat seperti BR1M1, BRIM2, KR1M, PR1M, BBIM, BLIM dan lain-lain lagi yang tidak termampu untuk saya sebutkan.
Apa yang ingin saya nyatakan ialah apa yang diberi kerajaan kepada kakitangan awam termasuk polis, tentera, para guru dan juga para pesara. Cuba kita teliti berapa kerat sangatkah negara lain yang mampu memberi layanan sebaik Malaysia.
Dalam suasana beberapa negara lain sekarang dilanda kegawatan ekonomi, Malaysia terus bijak menjana pendapatan negara serta mengagihkannya kepada rakyat, termasuk menaikkan gaji semua penjawat awam.
Saya selaku seorang pesara awam yang bersara lebih dua tahun lalu, sangat berterima kasih kepada kerajaan BN kerana turut membela kami para pesara.
Apa tidaknya, dalam melaksanakan kenaikan gaji tahun lalu, tempias kenaikan itu terpalit juga ke atas kami para pesara. Begitu juga pemberian bonus tahun 2012 lalu sebanyak satu bulan setengah kepada penjawat awam yang masih berkhidmat, tempiasnya sebanyak seribu ringgit diberi juga kepada kami. Kami juga telah menerima kenaikan dua peratus setiap tahun bermula awal 2013.
Daripada segi kebajikan pula, kerajaan BN sangat prihatin terhadap kebajikan kakitangannya. Contohnya diri saya sendiri. Pada 16 Jun 2000 saya terpaksa melakukan pembedahan mengeluarkan batu karang dalam buah pinggang kiri saya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan cara proses yang dikenali sebagai Peccutameous Nehrolitripsy (PCNL).
Selepas itu saya terpaksa berulang-alik ke HKL sehingga 14 kali untuk rawatan susulan. Ia dikenali sebagai ESWL iaitu proses tembakan secara laser kerana batu karang yang dikeluar melalui pembedahan sebelum itu tidak habis kesemuanya. Saya difahamkan biaya untuk sekali tembakan adalah RM200. Syukurlah saya ditakdir Allah menjadi seorang penjawat awam di negara yang bernama Malaysia, yang benar-benar sangat mementingkan kebajikan semua rakyat.
Pada 27 Julai 2001 pula saya pernah melakukan pembedahan menukar alat ganti pinggul kanan saya melalui proses pembedahan gantian tulang pinggul secara keseluruhan yang dikenali sebagai Total Hip Replacment (THR) yang memakan belanja sebanyak RM7,00
Walaupun biaya itu saya dahulukan sekali gus secara tunai dengan wang saya, pada hujung September tahun itu juga duit RM7,000 itu saya peroleh semula melalui tuntutan balik yang diluluskan mengikut Perintah Am 2 Bab'F', yang mana perbelanjaan tersebut ditanggung oleh kerajaan.
Tujuan saya menimbulkan perkara ini adalah untuk renungan penjawat awam, termasuk para guru dan juga para pesara, terutama yang propembangkang agar menilai semula apa yang mereka kecapi selama ini. Kepada para guru khususnya, apa sahaja yang mereka tuntut kebelakangan ini sebahagian besar telah ditunai kerajaan, hingga melebihi penjawat awam lain.
Justeru, sahutlah ajakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, agar rakyat terus memberi sokongan padu kepada BN yang selama ini terbukti berjaya memberi keadilan serta keamanan kepada semua kaum berteraskan prinsip perkongsian kuasa.
Tidak rugi jika terus memberi mandat kepada BN kerana nyata apa yang dijanjikan kerajaan telah dan pasti ditunaikan berbanding dengan pembangkang yang hanya tahu berjanji tetapi tidak ditepati.
Janganlah jadikan PRU-13 ini sebagai eksperimen, akibat terpengaruh hasutan pembangkang supaya menukar selera untuk lima tahun akan datang.
Saya sangat setuju dengan pandangan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Rzak yang menyatakan keperluan mengubah kerajaan seperti dicanang pembangkang tidak timbul sama sekali. BN telah berjaya membawa banyak perubahan dalam tempoh empat tahun lalu untuk kesejahteraan rakyat.
Kepada semua penjawat awam, patuhi nasihat Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, bahawa penjawat awam wajar menilai segala bantuan dan penambahbaikan yang dilakukan kerajaan sekarang, dan membandingkannya dengan apa yang dilakukan pembangkang.
Insaflah hingga saat ini, nafas kita hela lega, ibadah kita kerja selesa, makan kita suap selera, mata kita pejam lena.
Lihatlah sengsaranya rakyat di beberapa negara di gugusan Arab sana. Teleklah rakyat Palestin di bumi Anbia, saban waktu dihujani bom menggila oleh Zionis durjana. Tinjaulah betapa goyah dan celarunya negara yang terlibat Arab Spring, seperti Mesir, Syria, Libya dan beberapa rakan negara serumpun mereka.
Oleh itu, bersyukurlah kepada Ilahi dan berterima kasihlah kepada kerajaan BN yang memerintah, kerana jujurnya melaksana amanah Allah S.W.T. hingga menjana keharmonian hidup sebaik ini.
Lantaran itu sebagai membalas budi kerajaan sekarang, sama-samalah kita rakyat 1Malaysia, gunalah sewaras-waras fikiran sewaktu membuat pemilihan dalam PRU-13 pada 5 Mei nanti. Tak perlulah hendak cuba-cuba menukar kerajaan. Menukar kerajaan bukanlah semudah menukar menu makanan, atau menukar pakaian. Menukar kerajaan terpaksa melalui laluan yang amat getir dan berliku yang tidak boleh menjanjikan bulan, bintang, emas, perak, intan dan permata.
Kerajaan sekarang sudah berpengalaman hampir 56 tahun memerintah. Adakah kepada mereka (pembangkang) pemerintahan negara hendak diserah, dalam keadaan mereka yang asyik bertelagah?
Renunglah Firman Allah dalam surah An Najm ayat 24 bermaksud: Apakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakan? Tidak. Justeru marilah kita terjemahkan medan PRU- 13 nanti dengan mengekalkan Barisan Nasional sebagai peneraju pemerintahan kita.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130426/fo_01/Syukur-lahir-di-bumi-Malaysia#ixzz2Rbxmk971
© Utusan Melayu (M) Bhd
'Syukur lahir di bumi Malaysia'
Saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud : Bahawa agama di sisi Allah ialah Islam. Maksud hadis Rasulullah SAW pula: Islam itu maha tinggi. Tiada agama yang lebih tinggi daripadanya.Saya juga bersyukur kerana berada dalam sebuah negara yang bernama Malaysia yang sangat saya sayangi ini. Saya tidak hipokrit merealisasikan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Cinta kepada negara adalah sebahagian daripada iman.

No comments:
Post a Comment