ARKIB : 04/04/2013
Walaupun adalah hak mana-mana pemimpin parti politik untuk menyaman mana-mana media sekiranya mereka memikirkan terdapat asas perundangan serta alasan yang munasabah bagi berbuat demikian, namun kadangkala rasional tindakan mereka boleh dipertikaikan.
Tindakan menyaman media arus perdana seperti akhbar Utusan Malaysia serta televisyen swasta TV3 secara bertali arus oleh pemimpin pembangkang boleh dianggap satu bentuk diskriminasi ekstrem.
Ini kerana di satu pihak, pembangkang menguar-uarkan jaminan kebebasan media yang termaktub di dalam manifesto pilihan raya mereka, tetapi pada masa sama mengambil tindakan undang-undang sewenang-wenangnya terhadap media dilihat.
Tindakan yang bercanggah ini dipanggil 'oxymoron' atau cakap tak serupa bikin dalam konteks kebebasan media.
Sejak PRU 2008, media arus perdana terpaksa berdepan dengan siri tindakan saman daripada pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jumlah saman yang dikemukakan pula bukannya sedikit sehingga menjurus kepada puluhan malahan ratusan juta ringgit.
Laporan media menyatakan jumlah saman yang telah difailkan oleh pemimpin pembangkang terhadap media sejak 2008 sudah melebihi RM1 bilion, satu jumlah yang mencatat sejarah dunia kewartawanan di negara ini.
Daripada pengarang ke wartawan yang mencakupi semua saluran media-elektronik, cetak dan juga media baru-semuanya tidak dapat lari daripada cengkaman tindakan saman pihak pembangkang.
Sama ada nilai saman yang difailkan oleh pembangkang terhadap media arus perdana setimpal dengan 'kesalahan' artikel atau berita terbabit juga boleh dipersoalkan.
Hakikatnya pemimpin pembangkang menyaman media yang mereka anggap mengancam masa depan, maruah dan imej mereka sebagai pemimpin politik tanpa mengetahui hakikat bahawa media sebagai 'fourth estate' atau institusi keempat terpenting dalam sesebuah negara hanya menjalankan tugas mereka secara profesional.
Di sini terletaknya paradoks dalam hujah pembangkang yang ingin menjuarai kebebasan media sekiranya mereka berkuasa, seolah-olah tidak ada langsung kebebasan media di bawah pimpinan kerajaan sekarang.
Insiden di mana petugas media arus perdana dijadikan objek sasaran kemarahan dan kebencian serta sikap sinis pemimpin pembangkang terlalu banyak untuk diperkatakan.
Di Dewan Keadilan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpampang dengan cukup jelas notis mengharamkan wartawan Utusan Malaysia dan TV3 membuat liputan sidang media Ketua Umum PKR baru-baru ini.
Contoh ini cukup untuk membuka mata rakyat perihal wajah sebenar golongan yang berpura-pura mempertahankan kebebasan bersuara tetapi sepintas lalu bertukar menjadi penindas media apabila kepentingan dan kebobrokan mereka ditelanjangkan.
Wartawan diherdik, dicaci, dimarahi, dihina, ditengking dan dimalukan di khalayak ramai sudah menjadi perkara lumrah apabila menjalankan tugas yang membabitkan pemimpin pembangkang.
Ketua Pembangkang umpamanya amat bengkeng sekali apabila soalan diajukan oleh mana-mana wartawan media arus perdana tetapi mengambil sikap sungguh lunak dan bermanja dengan portal-portal berita propembangkang.
Malah baru-baru ini dalam sidang media mengenai dakwaan Anwar terbabit dan bersubahat dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, beliau mengancam untuk menyaman wartawan dari portal berita Agendadaily dengan ugutan, "you ulang (soalan) I saman you pula'.
Anwar dilihat tidak dapat mengawal kemarahannya kepada mana-mana media yang berani menimbulkan soalan yang menyentuh pelbagai dakwaan yang menyentuh akhlak dan moral beliau.
Bagaimana ingin menjadi seorang pemimpin negara apabila sosok peribadi yang mencakup persoalan moral dan akhlak tidak boleh diteropongi rakyat?
Ketika menjadi Ketua Pembangkang sudah menunjukkan bengkengnya terhadap petugas media, bagaimana agaknya layanan yang akan diberikan sekiranya menjadi Perdana Menteri?
Penyakit melayan wartawan dan petugas media arus perdana seperti 'sampah' oleh pemimpin pembangkang bukan sahaja terhad kepada Anwar malah turut diamalkan oleh pemimpin lain di dalam PKR, DAP mahupun Pas.
Lebih mengejutkan, Naib Presiden PKR, N. Surendran mengugut untuk membangkrapkan mana-mana pihak yang cuba terus memfitnah bosnya sebagai pengajaran.
Sebagaimana bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew membangkrapkan seteru-seteru politiknya melalui tindakan saman, begitu juga nampaknya pembangkang di negara sudah mengikuti jejak langkah yang sama.
Adalah dikhuatiri kebebasan yang dinikmati kini oleh industri media akan terhakis malah terancam jika Pakatan Rakyat memerintah.
Andaian ini mempunyai asas yang munasabah kerana pembangkang sendiri bercita-cita untuk "menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan, prosedur perlesenan media dan lain-lain" seperti yang digariskan di dalam manifesto pilihan raya mereka.
Pada pandangan penulis, cadangan pembangkang untuk melupuskan undang-undang sedia ada yang sebenarnya lebih bersifat mengawal selia bukan dengan tujuan membebaskan media tetapi sebaliknya untuk menekan dan mengekangnya.
Dengan ketiadaan kerangka perundangan yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kerajaan mahupun mengamal media, Pakatan Rakyat boleh melakukan apa sahaja terhadap organisasi media di negara ini termasuk mengharam serta menutup operasi mereka.
Sudah tentu sasaran utama adalah media arus perdana yang dilihat sebagai duri dalam daging di sisi pembangkang.
Justeru kata-kata dan janji manis pembangkang mengenai isu kebebasan media hanyalah satu retorik kosong yang tidak ada nilai serta dapat membantu meningkatkan kesedaran peranan media di dalam masyarakat di negara ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130404/re_03/Siapa-yang-kongkong-media-sekarang#ixzz2PXKsEWzL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Siapa yang kongkong media sekarang?
PERKEMBANGAN masa kini yang memperlihatkan tindakan pemimpin pembangkang menyaman pengarang, wartawan dan organisasi media seharusnya menggusarkan serta membimbangkan pengamal media di negara ini. Apatah lagi kekerapan menyaman media arus perdana khususnya semakin menjadi-jadi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.Walaupun adalah hak mana-mana pemimpin parti politik untuk menyaman mana-mana media sekiranya mereka memikirkan terdapat asas perundangan serta alasan yang munasabah bagi berbuat demikian, namun kadangkala rasional tindakan mereka boleh dipertikaikan.
Tindakan menyaman media arus perdana seperti akhbar Utusan Malaysia serta televisyen swasta TV3 secara bertali arus oleh pemimpin pembangkang boleh dianggap satu bentuk diskriminasi ekstrem.
Ini kerana di satu pihak, pembangkang menguar-uarkan jaminan kebebasan media yang termaktub di dalam manifesto pilihan raya mereka, tetapi pada masa sama mengambil tindakan undang-undang sewenang-wenangnya terhadap media dilihat.
Tindakan yang bercanggah ini dipanggil 'oxymoron' atau cakap tak serupa bikin dalam konteks kebebasan media.
Sejak PRU 2008, media arus perdana terpaksa berdepan dengan siri tindakan saman daripada pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jumlah saman yang dikemukakan pula bukannya sedikit sehingga menjurus kepada puluhan malahan ratusan juta ringgit.
Laporan media menyatakan jumlah saman yang telah difailkan oleh pemimpin pembangkang terhadap media sejak 2008 sudah melebihi RM1 bilion, satu jumlah yang mencatat sejarah dunia kewartawanan di negara ini.
Daripada pengarang ke wartawan yang mencakupi semua saluran media-elektronik, cetak dan juga media baru-semuanya tidak dapat lari daripada cengkaman tindakan saman pihak pembangkang.
Sama ada nilai saman yang difailkan oleh pembangkang terhadap media arus perdana setimpal dengan 'kesalahan' artikel atau berita terbabit juga boleh dipersoalkan.
Hakikatnya pemimpin pembangkang menyaman media yang mereka anggap mengancam masa depan, maruah dan imej mereka sebagai pemimpin politik tanpa mengetahui hakikat bahawa media sebagai 'fourth estate' atau institusi keempat terpenting dalam sesebuah negara hanya menjalankan tugas mereka secara profesional.
Di sini terletaknya paradoks dalam hujah pembangkang yang ingin menjuarai kebebasan media sekiranya mereka berkuasa, seolah-olah tidak ada langsung kebebasan media di bawah pimpinan kerajaan sekarang.
Insiden di mana petugas media arus perdana dijadikan objek sasaran kemarahan dan kebencian serta sikap sinis pemimpin pembangkang terlalu banyak untuk diperkatakan.
Di Dewan Keadilan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpampang dengan cukup jelas notis mengharamkan wartawan Utusan Malaysia dan TV3 membuat liputan sidang media Ketua Umum PKR baru-baru ini.
Contoh ini cukup untuk membuka mata rakyat perihal wajah sebenar golongan yang berpura-pura mempertahankan kebebasan bersuara tetapi sepintas lalu bertukar menjadi penindas media apabila kepentingan dan kebobrokan mereka ditelanjangkan.
Wartawan diherdik, dicaci, dimarahi, dihina, ditengking dan dimalukan di khalayak ramai sudah menjadi perkara lumrah apabila menjalankan tugas yang membabitkan pemimpin pembangkang.
Ketua Pembangkang umpamanya amat bengkeng sekali apabila soalan diajukan oleh mana-mana wartawan media arus perdana tetapi mengambil sikap sungguh lunak dan bermanja dengan portal-portal berita propembangkang.
Malah baru-baru ini dalam sidang media mengenai dakwaan Anwar terbabit dan bersubahat dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, beliau mengancam untuk menyaman wartawan dari portal berita Agendadaily dengan ugutan, "you ulang (soalan) I saman you pula'.
Anwar dilihat tidak dapat mengawal kemarahannya kepada mana-mana media yang berani menimbulkan soalan yang menyentuh pelbagai dakwaan yang menyentuh akhlak dan moral beliau.
Bagaimana ingin menjadi seorang pemimpin negara apabila sosok peribadi yang mencakup persoalan moral dan akhlak tidak boleh diteropongi rakyat?
Ketika menjadi Ketua Pembangkang sudah menunjukkan bengkengnya terhadap petugas media, bagaimana agaknya layanan yang akan diberikan sekiranya menjadi Perdana Menteri?
Penyakit melayan wartawan dan petugas media arus perdana seperti 'sampah' oleh pemimpin pembangkang bukan sahaja terhad kepada Anwar malah turut diamalkan oleh pemimpin lain di dalam PKR, DAP mahupun Pas.
Lebih mengejutkan, Naib Presiden PKR, N. Surendran mengugut untuk membangkrapkan mana-mana pihak yang cuba terus memfitnah bosnya sebagai pengajaran.
Sebagaimana bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew membangkrapkan seteru-seteru politiknya melalui tindakan saman, begitu juga nampaknya pembangkang di negara sudah mengikuti jejak langkah yang sama.
Adalah dikhuatiri kebebasan yang dinikmati kini oleh industri media akan terhakis malah terancam jika Pakatan Rakyat memerintah.
Andaian ini mempunyai asas yang munasabah kerana pembangkang sendiri bercita-cita untuk "menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan, prosedur perlesenan media dan lain-lain" seperti yang digariskan di dalam manifesto pilihan raya mereka.
Pada pandangan penulis, cadangan pembangkang untuk melupuskan undang-undang sedia ada yang sebenarnya lebih bersifat mengawal selia bukan dengan tujuan membebaskan media tetapi sebaliknya untuk menekan dan mengekangnya.
Dengan ketiadaan kerangka perundangan yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kerajaan mahupun mengamal media, Pakatan Rakyat boleh melakukan apa sahaja terhadap organisasi media di negara ini termasuk mengharam serta menutup operasi mereka.
Sudah tentu sasaran utama adalah media arus perdana yang dilihat sebagai duri dalam daging di sisi pembangkang.
Justeru kata-kata dan janji manis pembangkang mengenai isu kebebasan media hanyalah satu retorik kosong yang tidak ada nilai serta dapat membantu meningkatkan kesedaran peranan media di dalam masyarakat di negara ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130404/re_03/Siapa-yang-kongkong-media-sekarang#ixzz2PXKsEWzL
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment