Tuesday, April 30, 2013

dah terbalik undi pas pula yg haram

Haram undi Pas parti terdesak


RUJHAN (kanan) ketika berceramah pada Ceramah Umum dan Ramah Mesra bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya Sabtu lalu.


PUTRAJAYA - Penceramah agama terkenal, Rujhan Abd. Rahman mendedahkan bahawa Pas semakin terdesak untuk meraih sokongan pengundi sehingga sanggup menggunakan nama Allah semata-mata untuk mendapatkan kuasa ke Putrajaya.
Menurut Rujhan, Pas tergamak melakukan apa sahaja untuk mencapai impian mereka memerintah negara termasuk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Islam.
Beliau kemudiannya memberikan contoh mengenai kenyataan Timbalan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada Program Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar pada 1 Jun tahun lalu yang menyatakan parti itu "mahu ke Putrajaya kerana ia diarahkan oleh Allah".
Pada program tersebut Nik Abduh berkata: "Di dunia ini tidak ada satu perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan orang-orang Pas, penyokong dan pejuang Pas menuju Putrajaya, kerana apa? Kerana ini perjuangan suci.
"Kenapa kita mahu ke Putrajaya? Allah mengarahkan kita ke Putrajaya, Allah mahukan kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah dan musuh kita, inilah perjuangan yang suci."
Rujhan bagaimanapun menegaskan, tindakan tersebut adalah tidak wajar sama sekali kerana Nik Abduh bukanlah seorang rasul yang mendapat wahyu daripada Allah.
Beliau berkata demikian semasa ceramahnya yang bertajuk 'Ancaman Kedaulatan' sempena majlis Ceramah Umum dan Ramah Mesra bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Presint 9 di sini Sabtu lalu.
Sementara itu, Rujhan turut memberitahu, orang Melayu dan Islam di negara ini diharamkan untuk mengundi Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana parti itu sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara jelas menentang Islam demi kepentingan politik.
Rujhan yang merupakan Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia berkata, ini boleh dilihat melalui tindakan parti itu yang pernah mengumumkan untuk membina negara berkebajikan selepas menyertai kerjasama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Dulu Pas pernah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini Pas pula bekerjasama dengan DAP yang sememangnya menolak dasar Islam yang dibawa parti itu.
"Jadi, apakah hukum kerjasama itu? Sokong DAP adalah haram kerana mereka menentang Islam, maka sokong Pas juga jatuhnya haram kerana ia bekerjasama dengan parti tersebut," katanya.
Orang ramai boleh mengikuti ceramah penuh Rujhan itu di laman perkongsian video YouTube di bawah tajuk Ceramah Umum PRU-13: Pembongkaran Ustaz Rujhan Abd. Rahman terhadap Pas.

No comments:

Post a Comment