ARKIB : 19/04/2013
Parti-parti politik yang diwakili oleh calon-calon yang kelihatannya hebat-hebat belaka akan menebarkan jala-jala janji sambil mengesahkan bahawa merekalah yang sepatutnya dipilih dan dalam waktu yang sama menidakkan kemampuan parti lawan.
Masyarakat kita akan terbahagi kepada tiga kelompok utama di mana sebahagiannya telah awal-awal lagi mempunyai pilihan sendiri tanpa perlu bersusah payah mendengar apa-apa ceramah atau membaca bahan kempen pilihan raya, sebahagian lagi masih belum membuat apa-apa keputusan hinggalah berada betul-betul di pusat pengundian namun ada juga sebahagian rakyat yang seolah-olah tidak mahu mengambil tahu dan tidak merasakan langsung tempias bahang pilihan raya ini.
Apa pun pegangan politik individu tersebut, kita hendaklah sedar dan insaf bahawa pilihan raya yang datang hampir lima tahun sekali ini adalah satu proses pemilihan pemimpin yang majoritinya didukung oleh organisasi sahsiah yang kemudiannya secara kolektif bakal mentadbir negara dalam masa lima tahun akan datang.
Bagi orang Melayu, sementara kita berhasrat untuk tidak sekadar menjadi penumpang dan penonton dalam arus kemajuan negara kita ini, kita tidak boleh melupakan bahawa di atas bahu kita terpikul amanat untuk memastikan bahawa kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan hak-hak istimewa orang Melayu hendaklah berada pada tempat yang paling tinggi sementara mengiktiraf hak-hak yang ada di dalam perlembagaan untuk warganegara Malaysia yang bukan Islam.
Tidak dinafikan semua rakyat negara ini yang bergelar warganegara perlu dilayan dengan adil kerana setiap kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya telah pun memainkan peranan yang bukan kecil dalam menyumbang kepada keamanan dan kemajuan negara ini.
Tanah air yang tercinta ini telah menjadi bukti sahih bahawa orang Melayu sangat bertoleransi memberi ruang dan landasan kepada pelbagai kaum lain untuk menikmati kemakmurannya.
Begitupun, sebagai warga asal yang menduduki negara ini sudah tentulah orang Melayu diberikan keistimewaan yang bukannya banyak sebagai mengiktiraf faktor sejarah terdahulu sebagaimana yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130419/fo_02/PRU-13-Menang-jadi-arang-kalah-jadi-abu#ixzz2R8MNXCax
© Utusan Melayu (M) Bhd
PRU-13: Menang jadi arang, kalah jadi abu
MAKA bermulalah pesta ceramah politik dan perang psikologi secara agresif yang akan menjadi teman kepada rakyat Malaysia di seluruh pelosok tanah air dalam tempoh lebih dua minggu ini.Parti-parti politik yang diwakili oleh calon-calon yang kelihatannya hebat-hebat belaka akan menebarkan jala-jala janji sambil mengesahkan bahawa merekalah yang sepatutnya dipilih dan dalam waktu yang sama menidakkan kemampuan parti lawan.
Masyarakat kita akan terbahagi kepada tiga kelompok utama di mana sebahagiannya telah awal-awal lagi mempunyai pilihan sendiri tanpa perlu bersusah payah mendengar apa-apa ceramah atau membaca bahan kempen pilihan raya, sebahagian lagi masih belum membuat apa-apa keputusan hinggalah berada betul-betul di pusat pengundian namun ada juga sebahagian rakyat yang seolah-olah tidak mahu mengambil tahu dan tidak merasakan langsung tempias bahang pilihan raya ini.
Apa pun pegangan politik individu tersebut, kita hendaklah sedar dan insaf bahawa pilihan raya yang datang hampir lima tahun sekali ini adalah satu proses pemilihan pemimpin yang majoritinya didukung oleh organisasi sahsiah yang kemudiannya secara kolektif bakal mentadbir negara dalam masa lima tahun akan datang.
Bagi orang Melayu, sementara kita berhasrat untuk tidak sekadar menjadi penumpang dan penonton dalam arus kemajuan negara kita ini, kita tidak boleh melupakan bahawa di atas bahu kita terpikul amanat untuk memastikan bahawa kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan hak-hak istimewa orang Melayu hendaklah berada pada tempat yang paling tinggi sementara mengiktiraf hak-hak yang ada di dalam perlembagaan untuk warganegara Malaysia yang bukan Islam.
Tidak dinafikan semua rakyat negara ini yang bergelar warganegara perlu dilayan dengan adil kerana setiap kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya telah pun memainkan peranan yang bukan kecil dalam menyumbang kepada keamanan dan kemajuan negara ini.
Tanah air yang tercinta ini telah menjadi bukti sahih bahawa orang Melayu sangat bertoleransi memberi ruang dan landasan kepada pelbagai kaum lain untuk menikmati kemakmurannya.
Begitupun, sebagai warga asal yang menduduki negara ini sudah tentulah orang Melayu diberikan keistimewaan yang bukannya banyak sebagai mengiktiraf faktor sejarah terdahulu sebagaimana yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130419/fo_02/PRU-13-Menang-jadi-arang-kalah-jadi-abu#ixzz2R8MNXCax
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment