Sidek anggap Anwar tidak ada integriti.
KUALA LUMPUR - Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk
Dr. Sidek Baba bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun
mereka telah bersahabat lebih 30 tahun kerana beliau tidak mahu negara
ini dipimpin oleh seorang tokoh yang tidak ada integriti.
Menurut Sidek, sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang
kaum, adalah penting ia ditadbir oleh seorang pemimpin yang mempunyai
nilai integriti yang tinggi.
"Kalau kita (pemimpin) tampil dengan imej yang tercalar, mungkin orang
luar atau kuasa-kuasa asing boleh jadikan perkara itu sebagai asas untuk
memeras ugut, apatah lagi orang dalam negara sendiri.
"Saya
percaya ramai orang sudah tahu tentang tahap integriti yang dimiliki
Anwar tetapi tidak berani untuk sampaikan kepada khalayak atas banyak
faktor," kata Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup selama 35
minit dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan
Al-Bukhary di sini semalam.
Sidek bertemu dengan Mahathir bagi mendapatkan penjelasan mengenai hal-hal berbangkit berkenaan Anwar.
Menurut Sidek, banyak pihak bertanya mengapa beliau mengambil masa
selama 30 tahun untuk menyedari tentang salah laku moral Anwar.
Tokoh akedemik itu berkata, ketika bersama Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), beliau telah dididik untuk mencari kebenaran dan
keadilan dalam sesuatu perkara.
"Saya seorang ahli akademik dan
untuk mempercayai sesuatu perkara saya mestilah melakukan penyiasatan
dan kajian terlebih dahulu.
"Jadi, apakah salah sekiranya saya
mengambil masa melakukan siasatan dan penyelidikan dengan berjumpa lebih
28 individu yang meninggalkan Anwar untuk mencari kebenaran tentang
perkara itu?" katanya.
Sidek anggap Anwar tidak ada integriti.
KUALA LUMPUR - Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun mereka telah bersahabat lebih 30 tahun kerana beliau tidak mahu negara ini dipimpin oleh seorang tokoh yang tidak ada integriti.
Menurut Sidek, sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, adalah penting ia ditadbir oleh seorang pemimpin yang mempunyai nilai integriti yang tinggi.
"Kalau kita (pemimpin) tampil dengan imej yang tercalar, mungkin orang luar atau kuasa-kuasa asing boleh jadikan perkara itu sebagai asas untuk memeras ugut, apatah lagi orang dalam negara sendiri.
"Saya percaya ramai orang sudah tahu tentang tahap integriti yang dimiliki Anwar tetapi tidak berani untuk sampaikan kepada khalayak atas banyak faktor," kata Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup selama 35 minit dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhary di sini semalam.
Sidek bertemu dengan Mahathir bagi mendapatkan penjelasan mengenai hal-hal berbangkit berkenaan Anwar.
Menurut Sidek, banyak pihak bertanya mengapa beliau mengambil masa selama 30 tahun untuk menyedari tentang salah laku moral Anwar.
Tokoh akedemik itu berkata, ketika bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), beliau telah dididik untuk mencari kebenaran dan keadilan dalam sesuatu perkara.
"Saya seorang ahli akademik dan untuk mempercayai sesuatu perkara saya mestilah melakukan penyiasatan dan kajian terlebih dahulu.
"Jadi, apakah salah sekiranya saya mengambil masa melakukan siasatan dan penyelidikan dengan berjumpa lebih 28 individu yang meninggalkan Anwar untuk mencari kebenaran tentang perkara itu?" katanya.

No comments:
Post a Comment