Saturday, October 2, 2010

Nasib Melayu

PENIAGA MELAYU DISABOTAJ

SAYA bersimpati dengan nasib peniaga Melayu di Alamanda, Putrajaya. Menurut cerita peniaga kiosk di sana pun menerima tekanan. Kebanyakan peniaga kecil adalah orang Melayu. Pelanggannya pun sudah tentu daripada penjawat kerajaan dan penduduk di Putrajaya yang sedia maklum terdiri daripada orang Melayu.

Sewa di kiosk pun khabarnya sedikit demi sedikit naik setiap tahun. Sekarang sewa sebuah kiosk yang kecil sudah mencecah RM3,800.

Sebelum ini, ia diuruskan oleh Putrajaya Holdings. Tetapi, sejak Januari 2010, ia diambil alih Suria KLCC. Dan bermulalah era baru di mana keseluruhan pengurusan telah dirombak dan bermacam-macam peraturan baru yang kadang kala tidak masuk akal dikenakan. Dahulu bahagian kiosk dijaga oleh seorang Melayu, sekarang ia telah diambil alih seorang wanita Cina.

Apa yang mengejutkan sejak wanita itu mengambil tugas, kontrak peniaga kiosk yang tamat tempoh tidak diperbaharui. Saya minta pihak kerajaan melihat perkara ini dengan serius kerana mungkin ada unsur mensabotaj para peniaga Melayu di Alamanda. Mungkin ada usaha mahu mengeluarkan peniaga Melayu dan memasukkan peniaga Cina di Alamanda. Mengapa semua pusat beli-belah mahu dibolot oleh satu bangsa sahaja?

Paling malang, ia mahu dilakukan di Putrajaya, di mana ia adalah kawasan orang Melayu. Suria KLCC jangan jadi satu kuasa untuk menjatuhkan orang Melayu. Lihat sahaja betapa mahal sewanya di Alamanda.

AZMAN AZIM

Puchong, Selangor

No comments:

Post a Comment