Wednesday, October 13, 2010

Info

Penjelasan UiTM kepada aduan Pelajar Bimbang

PIHAK pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pelajar Bimbang mengenai Mohon Penjelasan UiTM dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 4 September 2010.

Pihak pengurusan UiTM telah pun menghantar surat mohon penjelasan berhubung aduan mengenai bayaran ganti rugi pelajar yang menarik diri daripada meneruskan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah (KTYAG). Berikut adalah penjelasan daripada kolej berkenaan:

''Bayaran berjumlah RM6,100 adalah melibatkan program sampingan yang dipersetujui oleh pelajar dan ibu bapa. Persetujuan yang dimaksudkan adalah termaktub dalam satu pakej kewangan yang difahami dan telah ditandatangani dengan kerelaan pelajar dan ibu bapa tersebut.

Kolej menawarkan program-program kemahiran sebagai satu aspek nilai tambah yang disarankan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan pelajar berdaya saing dan kompetitif.

Melalui penjelasan di atas pihak pengurusan UiTM mendapati bahawa maklumat bayaran tersebut adalah program kemahiran yang dikendalikan sendiri oleh pihak kolej berkenaan dan tidak berkaitan dengan program usahasama antara UiTM dengan KTYAG.

Sehubungan itu, pihak pengurusan UiTM telah pun menghantar surat peringatan supaya mengasingkan program usahasama UiTM dengan lain-lain program yang dikendalikan oleh pihak kolej semasa membuat promosi dan tawaran.

PROF. MADYA DR. AHMAD REDZUAN ABD RAHMAN

Penolong Naib Canselor UiTM.

No comments:

Post a Comment