Tuesday, November 9, 2010

Mana MB

Mana pergi Menteri Besar?

AGAK menghairankan, ke mana perginya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak mahupun wakil kerajaan negeri semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau kawasan banjir di Kedah pada 7 November.

Selaku Pengerusi kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi negeri Kedah, Menteri Besar sepatutnya berada bersama bagi menyuarakan sebarang masalah dan memohon pertolongan daripada kerajaan Pusat bagi mengatasi sebarang permasalahan di tempat pemindahan banjir mahupun menyuarakan racangan jangka panjang mengatasi banjir.

Yang ada kelihatan adalah para pegawai kerajaan dan para pemimpin UMNO negeri Kedah sahaja.

Ternyata benarlah teguran Muhyiddin sebelum ini iaitu kerajaan negeri Kedah melepaskan tanggungjawab membantu mangsa bencana banjir itu hanya kepada kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri bersikap melepaskan tanggungjawab dan sebaliknya hanya mahu kerajaan Pusat memikul semua tugas membantu mangsa banjir itu.

Kalau itulah sikapnya, maka kerajaan negeri pimpinan Pas amat tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya pula, syabas harus diucapkan kepada kepimpinan UMNO di Kedah yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir berkenaan.

Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada peringkat awal banjir sibuk meninjau di serata tempat dengan melawat sekitar daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta menyampaikan bantuan. Apabila banjir melanda Alor Setar, UMNO Alor Setar segera menguruskan pusat pemindahan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim, yang menempatkan sehingga 3,000 mangsa.

Datuk Mohd. Johari Baharum juga tidak mengenal penat setiap hari meninjau kawasan kampung begitu juga Datuk Seri Mahadzir Khalid yang melawat di semua pusat pemindahan di Padang Terap.

Pemimpin-pemimpin UMNO itu juga telah mengeluarkan wang daripada poket sendiri bagi membeli barangan keperluan kepada mangsa banjir. Di pusat pemindahan banjir juga petugas daripada UMNO sentiasa berada bagi membantu agensi kerajaan dari segi memasak dan pengurusan pusat berkenaan.

UMNO melakukan semua kerja berkenaan atas dasar tanggungjawab membantu mereka yang dalam keusahan tanpa mengira orang yang dibantu itu daripada parti mana, tetapi ada pihak yang menghulurkan bantuan hanya kepada kelompok mereka sahaja.

Petugas Sukarela

Alor Setar

No comments:

Post a Comment