Tuesday, November 2, 2010

Hafaz


Nur Amalin hafaz 30 juzuk al-Quran pada usia 15 tahun


Ahmad Razif Abdul Rahman bermesra dengan pelajar pada majlis anugerah Hafazan & Haflah al-Takharuj 2010, Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam.

UALA TERENGGANU 1 Nov. - Azam untuk menjadikan kejayaannya dalam pelajaran serta mampu menghafaz al-Quran agar dicontohi adik-adiknya mendorong Nur Amalin Shafirah Tuan Mahadi, 17, gigih berusaha.

Selain cemerlang dalam setiap periksaan utama dan aktif dalam kepimpinan kokurikulum, dia berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia 15 tahun dan mewakili negeri dalam hafazan al-Quran.

Selain membanggakan keluarganya, atas usahanya itu dia bersama tiga pelajar lain menerima Anugerah Khas Ulul Albab pada Majlis Anugerah Hafazan dan Haflah Al-Takharruj 2010 Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang itumemberitahu, pada peringkat awal, dia tidak yakin dapat menghafal 30 juzuk al-Quran kerana ia menuntut tumpuan penuh selain perlu mempelajari mata pelajaran yang lain.

''Namun berkat usaha dan doa ibu bapa serta guru-guru, pada usia 15 tahun saya telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran,' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Anugerah Khas Ulul Albab itu turut diterima oleh Fatin Nursyafikah Anur (Imtiaz Kuala Terengganu), Nabilah Alias (Imtiaz Besut) dan Ahmad Amnirul Ihsan Che' Zahari (imtiaz Dungun).

Ia disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Razif Abd. Rahman.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Yayasan Terengganu, Aziz Mamat.

Sempena anugerah itu, seramai 177 orang pelajar yang telah berjaya khatam menghafaz 30 juzuk Al-Quran turut diraikan di samping 509 pelajar daripada tingkatan tiga dan lima yang bakal menamatkan pengajian di seluruh Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

Sementara itu, Aziz dalam ucapannya berkata, Sekolah Menengah Imtiaz menyediakan satu model pembelajaran secara holistik di mana setiap potensi individu di maksimumkan tanpa meminggirkan aspek kerohanian.

Jelasnya, dalam usaha itu, pihaknya telah menerapkan program Hafazan di dalam sistem pendidikannya.

"Kita menggunakan pendekatan di mana setiap hari pelajar diwajibkan menghafaz satu muka surat sehari, satu juzuk dalam tempoh sebulan dan khatam menghafaz 30 juzuk dalam tempoh tiga tahun dan perlu mengulang menghafaz semasa di tingkatan empat dan lima.

"Bagi menilai tahap kemampuan hafazan mereka kita melantik panel khas dan hasil ujian menunjukkan 89 peratus pelajar telah lulus dengan cemerlang di dalam ujian berkenaan dan ia membuktikan modul yang kita laksanakan berjaya selari dengan kehendak pelajar-pelajar," jelasnya.

No comments:

Post a Comment