Suaram didakwa, Nasharudin dipecat?
SEGALA tohmahan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berhubung satu perbicaraan berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Perancis terjawab apabila seorang pendakwa kerajaan yang terkenal di negara itu menafikan wujudnya perbicaraan yang digembar-gemburkan oleh media alternatif di negara ini.Penafian oleh Yves Charpenel sekali gus mematikan segala fitnah, tanggapan dan persepsi yang cuba diwujudkan oleh Suaram dan parti-parti pembangkang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menyangkal dakwaan itu, Charpenel seperti yang dikutip blog ini berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.
Pokoknya, segala manipulasi media pro-pembangkang itu telah membuktikan urusan pembelian peralatan ketenteraan oleh kerajaan adalah tidak meragukan. Hanya pembangkang sahaja yang sengaja berniat jijik memperbodoh-bodohkan rakyat selama ini," kata blog Dr. MIM (novandri.blogspot.com).
Katanya, fitnah terancang tersebut menyerlahkan modus operandi pakatan pembangkang dan pencacai media mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan sekarang.
... rakyat sudah pasti akan merasa jijik kepada mereka. Hanya mereka yang taksub sahaja yang akan percaya kepada pakatan pembangkang."
Ketika Suaram begitu asyik menabur fitnah berhubung pembelian Scorpene, pertubuhan haram itu sebaliknya pula bakal berdepan dengan dakwaan oleh pihak berkuasa di Perancis kerana melanggar undang-undang di negara itu.
Blog Malay Delima (malaydelima.blogspot.com) berkata, pengakuan Suaram bahawa mereka menerima dana daripada National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) menyerlahkan siapa sebenarnya pertubuhan yang turut dianggotai oleh kalangan pemimpin pembangkang tersebut.
Katanya, hubungan langsung NED dan OSI dengan Suaram serta pembangkang bukan lagi rahsia. Ia terbukti apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terang-terangan menjemput peguam kepada George Soros untuk datang ke negara ini bagi memberi keterangan bagi pihak Suaram yang berhadapan undang-undang.
Bagaimanapun, katanya, Suaram bukan sahaja berdepan dengan undang-undang di Malaysia malahan juga dikatakan telah melanggar batas-batas perundangan di negara Perancis sendiri.
Malay Delima dan Redzuan Mohd Junid (rmf7.wordpress.com) berkata, Suaram bakal dihadapkan ke mahkamah Perancis atas dakwaan sengaja menguar-uarkan kertas siasatan" yang mengandungi Dokumen 87 dan Dokumen 144, konon diperolehi dari pejabat Pendakwaraya.
Sedangkan, siasatan sepatutnya dijalankan secara tertutup dan rahsia. Jika benar wujud kertas siasatan tersebut, maka tindakan Suaram menguar-uarkannya adalah salah dari segi undang-undang.
Dan jika kertas siasatan ini tidak wujud maka Suaram telah dengan sengaja dan sedar mempermainkan undang-undang dengan menggunakan nama dan pejabat pendakwaraya Perancis," kata blog-blog tersebut.
Selain itu, mereka mendakwa Suaram juga dengan tidak bertanggungjawab telah mengada-adakan cerita tentang perbicaraan di Perancis, sedangkan ia tidak benar sama sekali.
Suaram bertindak terlalu jauh dengan menggunakan nama hakim Perancis, Le Loire, dengan sesuka hati dalam pembohongan mereka. Suaram juga mengadakan perbicaraan melalui media dengan mendahului siasatan sulit oleh hakim penyiasat Perancis."
Sementara itu, Suaram juga didakwa menipu dengan menggunakan nama mahkamah Perancis serta membangkitkan persoalan terhadap kecekapan Kementerian Luar Perancis dengan membuat kenyataan mengenai penyerahan sapina kepada warga Malaysia.
Suaram juga dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap pihak polis Perancis dengan menyatakan bahawa Altantuya Shariibu memasuki negara tersebut sekali gus menyanggahi kenyataan rasmi polis Perancis tentang hal ini, kata blog-blog tersebut.
USTAZ NASHA MAKIN MENDEKATI UMNO?
HEBOH kalangan Pas apabila bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berdiri di pentas bersama-sama para ulama UMNO, di bangunan milik UMNO (PWTC) ketika menyampaikan kertas kerja pada Seminar Dakwah Nasional baru-baru ini.
Malahan Nasharudin juga dicop sebagai ejen UMNO" apabila pada seminar tersebut, beliau dengan lantang membidas golongan yang lebih mementingkan maslahah dan strategi daripada melaksanakan prinsip-prinsip asas dalam Islam semata-mata disebabkan percaturan politik
Ekoran itu, Kamal Farsya (kamalfarsya.blogspot.com) berkata, Nasharudin dianggap sudah melanggar tembok apabila menyuarakan pendirian beliau berhubung isu yang dianggap kontroversial di kaca mata Pas.
Meneliti kata-katanya pada seminar itu jelas Nasharudin nampaknya sudah menetapkan (untuk) tidak pandang ke belakang dan sedia berdepan dengan risiko tindakan partinya," katanya.
Blog Gelagat Anwar (gelagatanwar.wordpress.com) pula berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hairan dengan sikap Pas yang masih memberi muka kepada Nasharudin sedangkan jika Ahli Parlimen Bachok itu pemimpin PKR, sudah lama beliau dipecat.
Sekarang ini, barisan panglima perang Anwar di dalam Pas sudah memulakan usaha membalun (belasah) Nasha daripada pelbagai sudut," katanya.
Bagaimanapun, katanya, Anwar akan memberikan markah A" kepada Mahfuz Omar kerana kenyataannya lebih berani, tegas dan cerah berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man yang lebih bersifat jalan selamat" serta tidak membantu politik pakatan pembangkang.
Daripada kenyataan pemimpin Pas, kita dah boleh agak siapa yang bertuankan siapa. Mudah sahaja sifirnya," katanya.
No comments:
Post a Comment