Tuesday, October 9, 2012

isu penggerang

  1. ARKIB : 01/10/2012

RAPID: Pembangkang tidak mahu rakyat maju

SUKA saya menarik perhatian Projek Loji Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor. Projek ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor.
Projek ini akan dikemudikan dan dilaksanakan oleh Petronas. Projek ini dijangka membawa manfaat kepada seluruh rakyat Johor dan khasnya rakyat yang tinggal di kawasan Pengerang.
Manfaat yang akan diterima adalah seperti pembangunan infrastruktur dan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai peringkat rakyat seperti yang rakyat Terengganu terima sekarang di Kompleks Minyak, Gas dan Petrokimia, Kerteh Kemaman yang bermula sejak 1982.
Seperti biasa projek ini juga mendapat tentangan daripada pihak pembangkang. Banyak usaha mereka telah jalankan supaya rakyat tidak menyokong projek ini.
Informasi-informasi negatif telah cuba disampaikan kepada rakyat Johor supaya projek ini tidak berjalan lancar. Perkara yang sama telah pun berlaku kepada projek kerajaan seperti Projek Lynas di Gebeng, Projek Air Langat 2 Selangor, Projek Tenaga Elektrik Bakun Sarawak, Projek Jambatan Kedua Pulau PInang (projek ini dapat dilaksanakan pun kerana DAP dapat memerintah Pulau Pinang) dan banyak lagi projek-projek yang memberi kebaikan untuk rakyat tetapi tidak dapat berjalan dengan lancar.
Satu isu yang diuar-uarkan oleh pembangkang adalah tentang kesihatan dan keselamatan penduduk di kawasan Pengerang dan penduduk yang berdekatan dengan kawasan projek tersebut.
Dikatakan para penduduk ini akan terganggu kesihatan dan keselamatan mereka disebabkan oleh bahan-bahan kimia yang digunakan dan bahan-bahan buangan kimia dari pemprosesan.
Kepada rakyat Pengerang, Johor yang termakan dengan informasi-informasi salah pembangkang, cuba lapangkan fikiran dan masa untuk menilai secara rasional.
Pergilah melawat kawasan Minyak dan Petrokimia di Melaka, Kemaman, Kerteh, Labuan, Miri, Bintulu, Sarawak dan Sepangar, Sabah.
PERANTAU
Kerteh, Terengganu

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121001/fo_04/RAPID-Pembangkang-tidak-mahu-rakyat-maju#ixzz28kJkZNhU
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment