Thursday, October 11, 2012

orang kelantan guna air longkang

Guna air paya untuk minum
Wartawan Sinar Harian
10 Oktober 2012
Guna air paya untuk minum
Penduduk terpaksa angkut air paya yang kotor bagi kegunaan harian.
Bekalan air paip terputus sejak tiga bulan, penduduk berdepan risiko penyakit

GUA MUSANG - Lebih 500 penduduk di Kampung Tanah Puteh, dekat sini, terpaksa menggunakan air paya bagi keperluan harian berikutan bekalan air paip ke rumah mereka terputus sejak tiga bulan lalu.

Tinjauan mendapati, sepanjang hari penduduk berkumpul di kawasan paya yang terletak satu kilometer dari rumah mereka, untuk mengangkut air.

Seorang penduduk, Shamsulkahar Abu Bakar, 46, berkata, bekalan air paip yang kerap terputus di kampung menimbulkan masalah besar kepada penduduk kerana berdepan risiko serangan pelbagai penyakit.

Setakat ini juga katanya, ramai penduduk khususnya kanak-kanak diserang penyakit gatal kulit dan mungkin akan bertambah serius jika pihak berkenaan tidak menyelesaikan segera masalah bekalan air paip yang terputus.

Shamsulkahar berkata, sebulan lalu ada juga penduduk berpeluang menadah air paip lingkungan jam 1 hingga 2 pagi, tetapi selepas itu langsung tidak keluar.

Katanya, berikutan itu, penduduk tertumpu di kawasan air paya sama ada untuk mengangkut air ke rumah, mandi dan membasuh pakaian walaupun keadaan ianya kotor.

Roshakilawati Razali, 29, pula berkata, air paya yang digunakan penduduk setiap hari memang kotor kerana sebelum ini pernah menemui najis manusia di situ.

Dia bagaimanapun berkata, keadaan itu terpaksa dilalui kerana tidak ada sumber air lain untuk penduduk.

“Saya dan jiran yang lain kadang kala loya selepas makan nasi berikutan menggunakan air paya yang kotor itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi AKSB Gua Musang, Amirul Faizal Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengambil langkah penyelesaian untuk membaik pulih satu daripada tiga pam yang mengalami kerosakan.               

Katanya, keadaan akan kembali pulih dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment