ARKIB : 08/10/2012
ZAINAL ABIDIN: Tindakan ini memang satu pukulan kepada YBK. Tanah ini dimiliki yayasan sejak 1996. Premium tanah sudah dibayar dan geran pun sudah dapat. Pihak kami mendapat kelulusan untuk membina UiTM pada 2009. Kerajaan PKR pula merampasnya pada 2010.
Proses nak merampas itu bermula sejak 2008 apabila dia dapat memerintah. Kita merasakan perbuatan merampas tanah ini adalah satu penghinaan, suatu perkara yang tak patut dilakukan oleh akal waras. Ini kerana semua proses bagi membina kampus cawangan ini telah selesai termasuk menyediakan laporan teknikal, kelulusan agensi-agensi berkaitan, lukisan-lukisan, pelan-pelan dan kita mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar untuk membiayai kos penyediaan bahan berkenaan.
Kami juga telah selesai menyediakan pelan perparitan, kajian kesesuaian tanah, kajian kesan alam sekitar dan mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ini termasuklah permohonan kepada Majlis Daerah Hulu Selangor yang memang di bawah bidang kuasanya untuk mengeluarkan development order (perintah pembangunan). Tiba-tiba kerajaan PKR putuskan perintah ini tidak lagi dikeluarkan di peringkat daerah sebaliknya di peringkat negeri. Ini bermakna kuasa pihak-pihak berkenaan telah dirampas dan diambil alih bidang kuasanya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Bagi saya ini menunjukkan banyak perkara luar biasa yang berlaku dalam usaha merampas tanah ini.
Adakah rampasan ini berpunca daripada faktor politik?
Saya sendiri sehingga kini masih tidak faham kenapa tanah YBK dirampas. Adakah alasannya kerana saya bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Bendahari UMNO Bahagian Hulu Selangor dan penceramah UMNO Malaysia? Tetapi kerajaan PKR kena ingat, YBK bukan yayasan bersifat politik dan ia tidak bersikap memilih orang parti apa pun untuk berada di dalamnya.
Sepatutnya sebuah kerajaan, bila dia dapat memerintah, semua rakyat dalam negeri itu tak kira agama, bangsa dan fahaman politik, dia kena bantu mereka. Kenalah mudahkan YBK dan anak syarikatnya, Permodalan YBK Sdn. Bhd. mendapat tanah, projek dan dana.
Nampaknya layanan kepada Talam Corporation berbeza?
Ya memang ada perbezaan. Tan Sri Chan Ah Chai (Pengerusi Talam) dia kaya, projek dia banyak. Tetapi hutang Talam RM390 juta boleh dibeli oleh kerajaan PKR. Kita pula miskin, tetapi tanah kita pula dirampas. Nilai tanah ini sekurang-kurangnya RM50 juta.
Kita sebenarnya, kalau kerajaan negeri nak mengambil balik tanah untuk membina rumah murah dan sebagainya, boleh ambil, tak ada masalah kerana apabila diambil balik tanah, perlu dibayar pampasan. Tetapi ini tidak, kerajaan PKR merampasnya.
Kita hairan kenapa kerajaan negeri boleh beli hutang Talam. Siapakah Chan Ah Chai? Setahu saya dia orang BN. Perniagaannya maju ketika Selangor diperintah BN dan hidupnya dengan pemimpin-pemimpin BN. Apakah bezanya dengan saya. Kalau Talam boleh dibela, kenapa hak YBK dinafikan, mengapa? Apa salah YBK?
Mungkin ada sebab lain selain politik?
Bagi saya sebabnya adalah cemburu. Dia (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pernah menyatakan akan bersetuju meluluskan perintah pembangunan projek kampus berkenaan dengan syarat jawatan Pengerusi YBK diserahkan kepada beliau.
Tiga orang wakil kerajaan negeri PKR juga perlu berada dalam Lembaga Pengarah YBK. Jika ini dilaksanakan hanya dua orang pengasas YBK yang masih tinggal dalam lembaga pengarah. Jadi bagi saya, orang tak sekolah pun boleh faham bahawa taktik kotor arm-twisting yang kita telah tolak, bukan hendak menyelamatkan YBK, sebaliknya merampas YBK dan tanahnya sekali. Cuba bayangkan bagaimana YBK, sebuah organisasi bukan kerajaan yang kerdil terpaksa berhadapan dengan segala kekuatan kewangan dan jentera yang ada pada kerajaan PKR Selangor.
Kerajaan negeri difahamkan akan mengemukakan rayuan?
Mahkamah telah membuat keputusan bahawa pelupusan hak YBK oleh kerajaan negeri dan langkahnya memulangkan semula cukai tanah yang dibuat Yayasan Melaka (bagi pihak YBK) sebanyak RM5.7 juta tidak sah dan terbatal. Ini keputusan mahkamah, jadi kalau dia nak merayu terhadap perintah mahkamah itu bermaksud dia nak memohon bahawa tindakannya itu sahlah. Terpulanglah.
Tetapi saya dengar peguam mereka sudah give up (mengaku kalah) dan dia akan nasihatkan tidak payahlah merayu. Tetapi kalau Menteri Besar sudah buat kenyataan nak merayu, nak buat kerja dia dan nak menambah lagi bingung, tak apalah. Semua rakyat harus sedar akan hakikat, dia pemerintah tetapi diperintah oleh mahkamah. Ini bermakna pemerintahan kerajaan PKR itu tak pandai sehingga terpaksa diperintah oleh mahkamah setelah dia membuat keputusan yang salah.
Kenapa projek UiTM Serendah perlu diteruskan?
Yayasan ini memerlukan dana yang besar bagi membantu golongan fakir, miskin dan anak yatim di negeri ini. Kita kini turut menempatkan 200 anak yatim dan anak orang miskin di Asrama Kasih YBK Gesir di Hulu Bernam dan di Serendah, Hulu Selangor dengan perbelanjaan RM1.4 juta setahun. Sumber pendapatan kita kini hanyalah daripada penyewaan rumah kedai milik kita di Serendah dan Rawang.
Dengan adanya konsesi untuk membina kampus UiTM dan apabila ia siap dibina oleh anak syarikat kita yang akan menggunakan dana daripada pinjaman bank, kita menjangkakan pihak universiti membayar kita sebanyak RM50 juta setahun selama 20 tahun. Pendapatan bersih yang dijangka diperoleh YBK adalah RM4 juta setahun. Selepas itulah barulah kita serahkan kampus berkenaan sepenuhnya kepada UiTM.
Difahamkan Kerajaan Pusat menyokong projek ini diteruskan?
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini bagi membolehkan peruntukan disediakan untuk kerja pembinaan dimulakan pada 2013. Saya bagi pihak YBK dan orang miskin luar bandar di Selangor berasa amat dihargai dengan langkah Kerajaan Pusat ini yang benar-benar memahami projek kampus UiTM ini perlu diteruskan kerana ia adalah tempat kita mencanai modal insan khususnya pelajar dari luar bandar. Bagi saya, masa depan YBK di Selangor ini amat terang jika kerajaan negeri kembali diperintah BN.
Apakah nasihat kepada pengundi di Selangor?
Pertama sekali, saya mengajak semua pengundi terutama generasi muda supaya memberikan sokongan padu kepada BN untuk kembali memerintah Selangor.
Sebelum ini, kita telah memberi peluang kepada pembangkang untuk mentadbir Selangor, negeri paling kaya di Malaysia. Nampaknya mereka tidak membuat kerja-kerja seperti yang kita harapkan iaitu bagi menyambung pembangunan yang telah dimulakan oleh BN.
Sebaliknya mereka membuat kerja-kerja yang tak masuk akal termasuk merampas tanah sebuah yayasan yang ditubuhkan bagi membela fakir dan miskin. Tindakan ini menyebabkan YBK hilang punca pendapatan yang sepatutnya boleh diguna bagi membiayai aktiviti selama 25 tahun.
Kerana masalah ditimbulkan kerajaan PKR, pembinaan kampus ini tertangguh dan ia merugikan. Bagi saya kerajaan BN lebih banyak membantu. Bantuan ini bukan dalam bentuk dana yang disuap ke mulut sebaliknya bentuk projek bagi membolehkan kita menjana pendapatan sendiri.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_01/Jangan-rampas-hak-orang-miskin#ixzz28kGSdtPe
© Utusan Melayu (M) Bhd
Jangan rampas hak orang miskin
PADA 2 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Shah
Alam memutuskan tanah seluas 115 hektar di Serendah, Rawang yang
dirampas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada 2010
dipulangkan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Keputusan itu membolehkan organisasi bukan kerajaan berkenaan
meneruskan projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus
Serendah yang akan menjana pendapatan tetap untuk membiayai aktiviti
membantu golongan fakir, miskin dan anak yatim.
Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM baru-baru ini, Pengerusi YBK, DATUK ZAINAL ABIDIN SAKOM (gambar) berkongsi susah payah dihadapi pihaknya akibat perbuatan tidak masuk akal kerajaan PKR untuk merampas tanah milik yayasan berkenaan.
UTUSAN: Apa perasaan apabila tanah dirampas?Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM baru-baru ini, Pengerusi YBK, DATUK ZAINAL ABIDIN SAKOM (gambar) berkongsi susah payah dihadapi pihaknya akibat perbuatan tidak masuk akal kerajaan PKR untuk merampas tanah milik yayasan berkenaan.
ZAINAL ABIDIN: Tindakan ini memang satu pukulan kepada YBK. Tanah ini dimiliki yayasan sejak 1996. Premium tanah sudah dibayar dan geran pun sudah dapat. Pihak kami mendapat kelulusan untuk membina UiTM pada 2009. Kerajaan PKR pula merampasnya pada 2010.
Proses nak merampas itu bermula sejak 2008 apabila dia dapat memerintah. Kita merasakan perbuatan merampas tanah ini adalah satu penghinaan, suatu perkara yang tak patut dilakukan oleh akal waras. Ini kerana semua proses bagi membina kampus cawangan ini telah selesai termasuk menyediakan laporan teknikal, kelulusan agensi-agensi berkaitan, lukisan-lukisan, pelan-pelan dan kita mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar untuk membiayai kos penyediaan bahan berkenaan.
Kami juga telah selesai menyediakan pelan perparitan, kajian kesesuaian tanah, kajian kesan alam sekitar dan mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ini termasuklah permohonan kepada Majlis Daerah Hulu Selangor yang memang di bawah bidang kuasanya untuk mengeluarkan development order (perintah pembangunan). Tiba-tiba kerajaan PKR putuskan perintah ini tidak lagi dikeluarkan di peringkat daerah sebaliknya di peringkat negeri. Ini bermakna kuasa pihak-pihak berkenaan telah dirampas dan diambil alih bidang kuasanya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Bagi saya ini menunjukkan banyak perkara luar biasa yang berlaku dalam usaha merampas tanah ini.
Adakah rampasan ini berpunca daripada faktor politik?
Saya sendiri sehingga kini masih tidak faham kenapa tanah YBK dirampas. Adakah alasannya kerana saya bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Bendahari UMNO Bahagian Hulu Selangor dan penceramah UMNO Malaysia? Tetapi kerajaan PKR kena ingat, YBK bukan yayasan bersifat politik dan ia tidak bersikap memilih orang parti apa pun untuk berada di dalamnya.
Sepatutnya sebuah kerajaan, bila dia dapat memerintah, semua rakyat dalam negeri itu tak kira agama, bangsa dan fahaman politik, dia kena bantu mereka. Kenalah mudahkan YBK dan anak syarikatnya, Permodalan YBK Sdn. Bhd. mendapat tanah, projek dan dana.
Nampaknya layanan kepada Talam Corporation berbeza?
Ya memang ada perbezaan. Tan Sri Chan Ah Chai (Pengerusi Talam) dia kaya, projek dia banyak. Tetapi hutang Talam RM390 juta boleh dibeli oleh kerajaan PKR. Kita pula miskin, tetapi tanah kita pula dirampas. Nilai tanah ini sekurang-kurangnya RM50 juta.
Kita sebenarnya, kalau kerajaan negeri nak mengambil balik tanah untuk membina rumah murah dan sebagainya, boleh ambil, tak ada masalah kerana apabila diambil balik tanah, perlu dibayar pampasan. Tetapi ini tidak, kerajaan PKR merampasnya.
Kita hairan kenapa kerajaan negeri boleh beli hutang Talam. Siapakah Chan Ah Chai? Setahu saya dia orang BN. Perniagaannya maju ketika Selangor diperintah BN dan hidupnya dengan pemimpin-pemimpin BN. Apakah bezanya dengan saya. Kalau Talam boleh dibela, kenapa hak YBK dinafikan, mengapa? Apa salah YBK?
Mungkin ada sebab lain selain politik?
Bagi saya sebabnya adalah cemburu. Dia (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pernah menyatakan akan bersetuju meluluskan perintah pembangunan projek kampus berkenaan dengan syarat jawatan Pengerusi YBK diserahkan kepada beliau.
Tiga orang wakil kerajaan negeri PKR juga perlu berada dalam Lembaga Pengarah YBK. Jika ini dilaksanakan hanya dua orang pengasas YBK yang masih tinggal dalam lembaga pengarah. Jadi bagi saya, orang tak sekolah pun boleh faham bahawa taktik kotor arm-twisting yang kita telah tolak, bukan hendak menyelamatkan YBK, sebaliknya merampas YBK dan tanahnya sekali. Cuba bayangkan bagaimana YBK, sebuah organisasi bukan kerajaan yang kerdil terpaksa berhadapan dengan segala kekuatan kewangan dan jentera yang ada pada kerajaan PKR Selangor.
Kerajaan negeri difahamkan akan mengemukakan rayuan?
Mahkamah telah membuat keputusan bahawa pelupusan hak YBK oleh kerajaan negeri dan langkahnya memulangkan semula cukai tanah yang dibuat Yayasan Melaka (bagi pihak YBK) sebanyak RM5.7 juta tidak sah dan terbatal. Ini keputusan mahkamah, jadi kalau dia nak merayu terhadap perintah mahkamah itu bermaksud dia nak memohon bahawa tindakannya itu sahlah. Terpulanglah.
Tetapi saya dengar peguam mereka sudah give up (mengaku kalah) dan dia akan nasihatkan tidak payahlah merayu. Tetapi kalau Menteri Besar sudah buat kenyataan nak merayu, nak buat kerja dia dan nak menambah lagi bingung, tak apalah. Semua rakyat harus sedar akan hakikat, dia pemerintah tetapi diperintah oleh mahkamah. Ini bermakna pemerintahan kerajaan PKR itu tak pandai sehingga terpaksa diperintah oleh mahkamah setelah dia membuat keputusan yang salah.
Kenapa projek UiTM Serendah perlu diteruskan?
Yayasan ini memerlukan dana yang besar bagi membantu golongan fakir, miskin dan anak yatim di negeri ini. Kita kini turut menempatkan 200 anak yatim dan anak orang miskin di Asrama Kasih YBK Gesir di Hulu Bernam dan di Serendah, Hulu Selangor dengan perbelanjaan RM1.4 juta setahun. Sumber pendapatan kita kini hanyalah daripada penyewaan rumah kedai milik kita di Serendah dan Rawang.
Dengan adanya konsesi untuk membina kampus UiTM dan apabila ia siap dibina oleh anak syarikat kita yang akan menggunakan dana daripada pinjaman bank, kita menjangkakan pihak universiti membayar kita sebanyak RM50 juta setahun selama 20 tahun. Pendapatan bersih yang dijangka diperoleh YBK adalah RM4 juta setahun. Selepas itulah barulah kita serahkan kampus berkenaan sepenuhnya kepada UiTM.
Difahamkan Kerajaan Pusat menyokong projek ini diteruskan?
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini bagi membolehkan peruntukan disediakan untuk kerja pembinaan dimulakan pada 2013. Saya bagi pihak YBK dan orang miskin luar bandar di Selangor berasa amat dihargai dengan langkah Kerajaan Pusat ini yang benar-benar memahami projek kampus UiTM ini perlu diteruskan kerana ia adalah tempat kita mencanai modal insan khususnya pelajar dari luar bandar. Bagi saya, masa depan YBK di Selangor ini amat terang jika kerajaan negeri kembali diperintah BN.
Apakah nasihat kepada pengundi di Selangor?
Pertama sekali, saya mengajak semua pengundi terutama generasi muda supaya memberikan sokongan padu kepada BN untuk kembali memerintah Selangor.
Sebelum ini, kita telah memberi peluang kepada pembangkang untuk mentadbir Selangor, negeri paling kaya di Malaysia. Nampaknya mereka tidak membuat kerja-kerja seperti yang kita harapkan iaitu bagi menyambung pembangunan yang telah dimulakan oleh BN.
Sebaliknya mereka membuat kerja-kerja yang tak masuk akal termasuk merampas tanah sebuah yayasan yang ditubuhkan bagi membela fakir dan miskin. Tindakan ini menyebabkan YBK hilang punca pendapatan yang sepatutnya boleh diguna bagi membiayai aktiviti selama 25 tahun.
Kerana masalah ditimbulkan kerajaan PKR, pembinaan kampus ini tertangguh dan ia merugikan. Bagi saya kerajaan BN lebih banyak membantu. Bantuan ini bukan dalam bentuk dana yang disuap ke mulut sebaliknya bentuk projek bagi membolehkan kita menjana pendapatan sendiri.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_01/Jangan-rampas-hak-orang-miskin#ixzz28kGSdtPe
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment