ARKIB : 08/10/2012
Dalam konteks sama, komentar Profesor Datuk Dr. Sidek Baba mengenai pentingnya subjek Sejarah (24 September 2012, h. 11) perlu diberi perhatian sewajarnya. Prof. Sidek menguatkan lagi kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk memperkasakan subjek Sejarah dengan memberi perhatian kepada isu-isu berikut:
* Keperluan pendidikan sejarah
* Kurikulum dan tafsirannya
* Metodologi pengajaran-pembelajaran
* Mewajibkan Sejarah dalam sistem persekolahan
Penulis juga menyentuh mengenai jati diri dan kewatanan, tafsiran dan orientasi. Penulisan Prof. Sidek menambah kepada jalur-jalur wacana mengenai persejarahan dan sejarah di Malaysia di akhbar Utusan Malaysia, juga lain-lain suratkhabar dan majalah, terutama sekali yang berbahasa Melayu. Wacana popular sejarah Malaysia dalam media cetak Melayu yang berorientasi sentimen dan pandangan alam Melayu umumnya dianggap sebagai selari dan sebahagian dari 'sentrik-nasional.' Begitu juga dengan wacana sedemikian dalam media berbahasa Inggeris dan media berbahasa Cina. Wacana mengenai sejarah Malaysia tersebut yang bukan hanya melalui suratkhabar dan majalah, tetapi juga blog dan penulisan dalam talian, umumnya menjurai kepada perspektif yang berbeza.
Selain itu, wacana yang sama juga terpapar melalui karya-karya penulisan buku selama dua dekad kebelakangan ini - yang pada awalnya menonjol tokoh-tokoh Parti Komunis Malaya dan peranan mereka serta pelbagai faham Komunisme dalam perkembangan sejarah Malaysia.
Penulisan sejarah, komentar mengenai sejarah dan kurikulum sejarah Malaysia semakin menyerlah memaparkan dan menonjol peranan masyarakat dan individu dalam pembinaan negara Malaysia. Umumnya orientasi penulis dan penulisan berbeza mengikut identiti dan etnisiti mereka yang menulis. Perkara ini perlu dilihat sebagai proses percambahan naratif mengenai bangsa dan negara, dan ia akan terus berlaku. Sekurang-kurangnya wujud satu perdebatan sihat yang dapat melibatkan semua kaum dan seluruh lapisan masyarakat.
Namun tiada satu konsensus umum mengenai bila sejarah Malaysia bermula serta pengiktirafan fahaman "pribumi." Malah dalam pelbagai wacana, terutama sekali pada tahap, atau berselindung di sebalik wacana akademik, identiti pribumi dan kepribumian itu cuba dihapuskan.
Bagi menjelaskan maksud komentar ini, saya menarik perhatian kepada penerbitan buku bertajuk Malaysian Chinese and Nation-Building: Before Merdeka and Fifty year After, 2007 terbitan Centre for Malaysian Chinese Studies (Pusat Kajian Cina Malaysia) bertempat di Kuala Lumpur. Buku terbitan dua jilid itu disunting oleh Voon Phin Keong. Jilid satu merangkumi tiga bahagian, yakni pengenalan, latarbelakang sejarah dan perspektif ekonomi. Penghasilan buku ini ialah dari sebuah projek untuk meneliti sumbangan masyarakat Cina dalam sejarah dan pembinaan negara bangsa yang sekian lama dikatakan terpinggir. Pendahuluan buku itu cuba meyakinkan bahawa masyarakat Cina Malaysia "dibendung" oleh tempat kelahiran, ketaatan, dan ikatan kepada tanah tumpah darah.
Saya menyorot kepada bab 1 dan bab 2 yang masing-masing bertajuk "State and Nation: An Overview and Malaysian Perspective" [Negara dan Bangsa: Selayang Pandang dan Perspektif Malaysia], dan "Pioneers, Entrpreneurs, and Labourers: Building the Social and Economic Foundation of Statehood [Peneroka, Usahawan dan Buruh: Membina Asas-asas Sosial dan Ekonomi Kenegaraan].
Dalam bahagian "The Malaysian State and Nation" [Bangsa dan Negara Malaysia], bab 1, penulis menyatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara bangsa menyelusuri asal usulnya kepada perkembangan pengawalan British dengan pembukaan Pulau Pinang pada 1786, seterusnya kepada penyatuan Malaya dan Wilayah Borneo British 1963. Seterusnya, bab itu menyatakan bahawa faktor utama yang memberi asas kepada kesamaan masyarakat ke atas wilayah-wilayah tersebut ialah legasi pentadbiran dan undang-undang British. Malah, bab itu menegaskan "asal usul kolonial negara ini menghasilkan masyarakat majmuk" yang bersifat pemisahan ruang dan ekonomi di kalangan kumpulan etnik yang berbeza.
Setakat apa yang diperhatikan, wacana dalam kedua bab itu mengandaikan kedudukan dan status yang sama antara orang Melayu, pribumi Sabah dan Sarawak, kaum Cina dan India serta penjajah dan pentadbir British dalam pembinaan negara bangsa.
Seterusnya, bab itu menyatakan bahawa kaitan formal kaum Cina dan Malaya (pada masa tidak ada Malaya) bermula dengan pelayaran Cheng Ho ke Melaka pada 1407. Masyarakat perdagangan Cina terus diasaskan di Malaya dan Borneo dengan meluasnya. Menurut bab tersebut, ini berlaku sebelum abad ke 16 lagi.
Di Melaka, masyarakat Cina menjadi Peranakan atau Cina kelahiran Selat yang dikenali sebagai Baba. Di Pulau Pinang pula disebut bahawa seramai 58 orang nelayan bermastautin di situ semasa Francis Light mendarat. "Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka adalah orang Cina dan dipercayai mereka telah hidup di pulau itu selama 40 tahun." Salah seorang daripada mereka yang bernama Chong Li, kemudiannya disembah oleh masyarakat Cina sebagai Ta Pek Kong, sama dengan statusnya sebagai pengasas ('founding father.")
Apa yang dapat kita tafsirkan dari dua bab pertama buku Malaysian Chinese and Nation-Building ialah walaupun penganjur buku tersebut cuba menyatakan sejarah kaum Cina di Malaysia dari satu perspektif namun terdapat beberapa permasalahan penonjolan dan pengwajahan dalam penceritaan sejarah Malaysia.
Dalam membincangkan sifat-sifat "negara" dan "bangsa", kedua bab pertama itu membayangi beberapa penafian asas negara Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta kefahaman sejarah yang lebih luas merentasi Kepulauan dan Alam Melayu.
Dalam membincangkan "bangsa," bab pertama menganggap tanggapan dan amalan "negara bangsa" ditentukan oleh kumpulan etnik yang dominan yang terus ingin memenuhi "ideal" budaya monolitik dalam hambatan satu "utopia" yang tidak realistik. Ia memetik istilah yang digunakan oleh Leo Suryadinata sebagai "Negara Pelbagai Bangsa." Suryadinata merujuk kepada Negara-negara Asia Tenggara seperti juga Indonesia. Bab itu juga menyentuh soal bahasa. Ia menyatakan bahawa beberapa negara mempunyai satu bahasa kebangsaan, sementara yang lainnya mempunyai dua atau lebih bahasa rasmi. Ia memetik ahli sosiologi Max Weber sebagai menyatakan bahawa mempunyai satu bahasa untuk semua tidak semestinya satu keperluan muktamad kepada sesebuah negara. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang diberi dalam Bab 1, buku itu menolak satu bahasa kebangsaan serta juga identiti kebangsaan.
Persejarahan dan sejarah pembinaan negara bangsa Malaysia bermula lebih awal dari 1786, atau dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ratusan politik yang wujud di Nusantara sejak 2,000 tahun dahulu meletakkan batu asas kepada nilai, budaya, struktur pentadbiran dan kerajaan negara bangsa Malaysia.
Ini dilengkap dengan agama Islam yang memperibumikan pandangan alam tamadun rantau tersebut. Orang Melayu sejak itu banyak berubah akibat dari pertembungan dengan lain-lain tamadun dan budaya. Malah sejarah dan persejarahan Melayu telah mengiktiraf arus dan aliran mereka yang tiba dari luar rantau budaya dan bermastautin di kalangan masyarakat Melayu. Jika buku itu merupakan salah satu penanda aras kepada sejarah Malaysia menurut masyarakat Cina, maka kita boleh katakan bahawa ia adalah hanya satu lagi gambaran dan pengwajahan tentang sejarah Malaysia yang mana ketepatannya dapat dipersoalkan. Dan gambaran semacam itu apabila diterbitkan berkali-kali dan disebarkan kepada beribu-ribu murid di sekolah aliran Cina, apa akhirnya akan terjadi?
Saranan Prof. Sidek itu umumnya dibaca oleh pembaca suratkhabar ini yang 99 peratus terdiri daripada orang Melayu. Wacana itu tidak dibaca oleh pembaca Cina. Tetapi saya yakin, mesej wacana itu akan sampai kepada golongan pendidik dan cendekiawan Cina.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_02/Penulisan-sejarah-dan-sejarah-Malaysia#ixzz28kHM8C9V
Penulisan sejarah dan sejarah Malaysia
PELBAGAI tafsiran dan perspektif dalam penulisan sejarah dan sejarah Malaysia seharusnya menarik perhatian kita. Sejarah sesebuah masyarakat dan negara adalah sesuatu yang dinamik. Kepelbagaian tafsiran tidak wajar dibendung dalam iklim demokrasi dan kebebasan intelektual dalam masyarakat berbilang kaum, agama, tradisi, nilai dan identiti.Dalam konteks sama, komentar Profesor Datuk Dr. Sidek Baba mengenai pentingnya subjek Sejarah (24 September 2012, h. 11) perlu diberi perhatian sewajarnya. Prof. Sidek menguatkan lagi kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk memperkasakan subjek Sejarah dengan memberi perhatian kepada isu-isu berikut:

© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment