ARKIB : 08/10/2012
Ketua UMNO cawangan Felda Lembah Klau 2, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, langkah itu memberi sinar baru kepada generasi baru Felda untuk memiliki kediaman sendiri di tanah rancangan tersebut.
"Peruntukan besar itu membuktikan Perdana Menteri seorang pemimpin yang bijak menyelami masalah rakyat kerana golongan berkenaan memerlukan rumah bagi meneruskan kehidupan pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Bagi Naib Presiden Persatuan Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (PAMBFM), Abdul Rahman Basri, beliau berharap usaha itu dapat disegerakan kerana permintaan terhadap kediaman tersebut semakin meruncing.
Setiausaha AMBFM, Suhaimi Tan berkata, masalah perumahan generasi kedua sering dibangkitkan dalam setiap majlis bersama golongan itu kerana perkara berkenaan sering mendapat perhatian daripada mereka.
Tambahnya, bajet yang dibentangkan itu melegakan hati golongan berkenaan sekali gus berharap pelaksanaannya dapat disegerakan terutama di kawasan kritikal seperti di Wilayah Felda Jengka.
Seorang anak peneroka Felda Jengka 14, Mohamad Razali Mamat, 35, berkata, perkara itu memberi peluang luas kepada generasi baru memiliki kediaman sendiri kerana ia merupakan impian bagi setiap anak peneroka.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri yang sangat mengambil berat terhadap keperluan generasi baru Felda yang sudah ramai memiliki keluarga sendiri," katanya.
Seorang Peneroka Felda Triang, Mat Jidi Yaakob, 60, berkata, banyak kawasan tanah kosong di setiap tanah rancangan sangat sesuai untuk dibina rumah kediaman untuk generasi baru.
"Penyediaan rumah untuk golongan itu akan menghalang lebih ramai berhijrah ke bandar sekali gus membolehkan tenaga produktif kekal di tanah rancangan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121008/wp_03/Kediaman-sendiri-untuk-generasi-baru-Felda#ixzz28w1RX8qi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kediaman sendiri untuk generasi baru Felda
TEMERLOH 7 Okt. - Warga peneroka Felda di negeri ini menyambut baik Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM1.5 bilion bagi membina 20,000 unit rumah di tanah rancangan itu dalam tempoh lima tahun.Ketua UMNO cawangan Felda Lembah Klau 2, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, langkah itu memberi sinar baru kepada generasi baru Felda untuk memiliki kediaman sendiri di tanah rancangan tersebut.
"Peruntukan besar itu membuktikan Perdana Menteri seorang pemimpin yang bijak menyelami masalah rakyat kerana golongan berkenaan memerlukan rumah bagi meneruskan kehidupan pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Bagi Naib Presiden Persatuan Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (PAMBFM), Abdul Rahman Basri, beliau berharap usaha itu dapat disegerakan kerana permintaan terhadap kediaman tersebut semakin meruncing.
Setiausaha AMBFM, Suhaimi Tan berkata, masalah perumahan generasi kedua sering dibangkitkan dalam setiap majlis bersama golongan itu kerana perkara berkenaan sering mendapat perhatian daripada mereka.
Tambahnya, bajet yang dibentangkan itu melegakan hati golongan berkenaan sekali gus berharap pelaksanaannya dapat disegerakan terutama di kawasan kritikal seperti di Wilayah Felda Jengka.
Seorang anak peneroka Felda Jengka 14, Mohamad Razali Mamat, 35, berkata, perkara itu memberi peluang luas kepada generasi baru memiliki kediaman sendiri kerana ia merupakan impian bagi setiap anak peneroka.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri yang sangat mengambil berat terhadap keperluan generasi baru Felda yang sudah ramai memiliki keluarga sendiri," katanya.
Seorang Peneroka Felda Triang, Mat Jidi Yaakob, 60, berkata, banyak kawasan tanah kosong di setiap tanah rancangan sangat sesuai untuk dibina rumah kediaman untuk generasi baru.
"Penyediaan rumah untuk golongan itu akan menghalang lebih ramai berhijrah ke bandar sekali gus membolehkan tenaga produktif kekal di tanah rancangan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121008/wp_03/Kediaman-sendiri-untuk-generasi-baru-Felda#ixzz28w1RX8qi
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment