Tuesday, October 9, 2012

kenali syiah

ARKIB : 08/10/2012

Syiah bukan daripada Islam

SEMEMANGNYA telah terkenal di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa syiah adalah ajaran sesat dan menyimpang dari Islam. Syiah adalah agama yang telah masyhur sikap mereka yang suka berdusta di atas nama Nabi SAW untuk menyebarkan ajaran mereka ini. Bahkan mereka mendakwa bahawa malaikat Jibril tersalah menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad sepatutnya diutus kepada Saidina Ali RA.
Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba', seorang Yahudi dari San'a, Yaman. Dia datang ke Madinah semasa zaman Saidina Uthman RA dengan berpura-pura memeluk Islam (munafik) dan berlagak alim untuk menyebarkan dakwah bahawa Ali RA adalah pengganti Nabi SAW manakala Khalifah sebelumnya merampas kuasa dari Ali dan Ahlul Bait.
Syiah memang terkenal juga di kalangan ulamanya yang suka membuat fahaman akidah yang sesat dan sesuatu amalan yang menyimpang dari agama seperti beriktikad bahawa para sahabat Nabi semuanya telah murtad setelah kewafatan Nabi SAW kecuali beberapa orang seperti Ali , Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan beberapa orang sahaja yang tidak murtad. Bahkan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah Islam turut dikafirkan oleh ulama mereka. Mereka juga mengatakan Aisyah, isteri Nabi SAW telah berzina dan seorang pelacur. Hal inilah yang diajarkan Syiah kepada pengikutnya.
Ulama Syiah juga menghalalkan liwat kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan oleh Nabi SAW kepada kita dan mereka beriktikad (beriman) bahawa tiada kefarduan solat Jumaat.
Di antara ulama-ulama Syiah yang terkenal kekufuran antaranya ialah al-Kulaini, Saad bin Abdullah al-Qummi, An-Naubakhti, Abdullah an-Nasyi al-Akbar, Abdullah al-Mamaqani, Muhammad Husin al-Zain, dan yang terkini seperti Khomeini, Ali Khamenei, Hasan Nasrullah dan Yasser al-Habib.
Di kalangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Imam Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, Syeikhul Islam Ibnu taimiyah dan begitu ramai lagi dikalangan ulama salafi mereka mengkafirkan tokoh-tokoh Syiah yang berada di zaman mereka yang mana ia lebih dikenali sebagai Syiah Rafidhah. Seperti perkataan Imam Syafie, "Aku belum tahu ada yang melebihi Syiah Rafidhah dalam persaksian palsu". (mizanul I'tidal 2/27-28, Karya Imam az-Zahabi)
Mereka dikafirkan bukan kerana berbeza dengan Ahli Sunnah dalam hal fiqh(furu') tetapi mereka berbeza dengan kita dalam hal usul aqidah. Antara lain lain dakwaan mereka bahawa al-Quran yang ada di sisi kita (Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya palsu dan telah diselewengkan manakala al-Quran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai "mushaf Fatimah" di mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita. Perkara ini boleh dilihat di dalam kitab terkenal mereka iaitu Usul al-Kaafi yang ditulis oleh al-Kulaini.
Mereka mendustakan al-Quran yang ada di sisi kita kerana mereka beriman bahawa para periwayat-periwayat hadis di kalangan sahabat Nabi seperti Abu Hurairah dan Amru bin Ash sebagai pembohong dan pendusta lagi kafir, mereka hanya beriman dengan periwayat hadis di kalangan pengikut mereka sahaja dan Kitab Usul al-Kaafi ini adalah antara rujukan terbesar golongan Syiah dalam mengatakan bahawa yang benar wahyu Allah adalah apa yang terkandung dalam 'mushaf Fatimah'.
Di antara dua perkara yang menjadi kelaziman ulama Syiah dan penganutnya ialah Taqiyah (Hipokritikal) dan Mutah. Taqiyah bermaksud satu ucapan atau perbuatan yang anda lakukan tidak sesuai dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta untuk menjaga kehormatan anda.
Mesejnya apabila berhadapan dengan ahli Sunnah maka perlu berpura-pura seperti berakidah dengan ahli sunnah supaya dapat berbaik-baik dengan ahli sunnah dan apabila mempunyai peluang mereka akan menyebarkan ajaran syiah mereka ini.
Seperti kata al-Kulaini dalam kitabnya " Jagalah Agama Kalian(Syiah), tutupilah dengan Taqiyah, tidak dianggap beriman seseorang sebelum ia bertaqiyah". Hal ini menunjukkan bahawa Taqiyah atau sifat munafik ini adalah tanda-tanda orang yang beriman. Nauzubillah.
Sementara itu, Mut'ah pula adalah penzinaan yang diberikan nama nikah bagi mengaburi masyarakat awam yang jahil dalam hal ini. Mut'ah adalah pernikahan kontrak tertentu sama ada mengikut hari, bulan, tahun atau beberapa jam sahaja tanpa saksi, wali dan nafkah cuma beberapa bayaran.
Pernikahan ini di sisi Islam adalah haram dan berdosa besar manakala di sisi Syiah ia adalah pernikahan yang mulia dan anak yang lahir daripada mut'ah adalah anak yang paling mulia. Bahkan agama Syiah ini tidak membataskan berapa orang wanita atau lelaki yang nak di Mut'ah kan dihalalkan walaupun dengan 1,000 orang dan walaupun ia isteri seseorang. Penzinaan Mut'ah inilah yang menjadikan kenapa ramai yang terpengaruh dengan agama Syiah ini kerana dalam agama Syiah ini ada kelazatan zina yang telah di'agama'kan dengan diberikan nama nikah Mut'ah .
Syiah juga terkenal dengan amalan perayaan dan ritual mereka yang bid'ah lagi sesat seperti merayakan hari Asyura 10 Muharam dengan mengingati hari terbunuhnya Saidina Husin cucu Rasulullah SAW dengan mencederakan diri dengan menumbuk dada, menampar pipi dan memukul-mukul belakang badan sehingga berdarah sebagai lambang ketaatan mereka pada agama mereka.
Pada hari ini juga mereka memakai pakaian hitam dan berdemonstrasi di jalanan tanda berkabung dengan kesedihan atas terbunuhnya Saidina Husin dengan menyebut ya husin! Ya Husin!. Sedangkan kita mengetahui bahawa mencederakan diri dan meratap ini adalah amalan yang dilarang oleh Allah dan RasulNya.
Seperti kata Nabi SAW yang bermaksud; "Tidak termasuk golongan kami orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak pakaian dan berteriak seperti teriakan jahiliyah kerana meratapi". (hadis Riwayat al-Bukhari)
Mereka juga merayakan 9 Rabiul Awwal sebagai mengingati hari kematian saidina Umar RA. pada hari ini mereka bergembira dengan nyanyian dan tarian bagi mengingati hari terbunuhnya Saidina Umar yang ditikam oleh seorang Majusi yang bernama Abu Lu'luah. Ketika merayakan hari ini mereka menyebut laknat si Umar! Dan memuja si kafir Abu lu'luah yang menikam Umar R.A.
Untuk kita menangkis tohmahan dan ajaran Syiah ini daripada tersebar ada beberapa cara seperti bantah mereka dengan menegakkan hujah secara ilmiah dengan membongkar segala pembohongan dan kepalsuan yang ada pada kita-kitab rujukan Syiah disampingkan kita bentangkan pandangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah di kalangan Imam empat mazhab yang sepakat mengatakan syiah bukan dari Islam.
Dan tindakan yang kedua adalah menggunakan kuasa undang-undang bagi mengambil tindakan kepada sesiapa yang menyebarkan ajaran Syiah dalam negara ini.
Apa yang menggusarkan kita pada hari ini ialah Syiah kian menular dalam negara kita melalui gerakan parti politik yang berbunyi 'Islam' dan mereka selesa berada dalam parti ini kerana terdapat di kalangan pemimpin parti ini cenderung dan mengamalkan ajaran Syiah tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_06/Syiah-bukan-daripada-Islam#ixzz28kIumMb2
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment