Sunday, October 21, 2012

politik jahanamkan kuasa islam

ARKIB : 05/10/2012

Cubaan jahanamkan kuasa Islam

SEJAK pertambahan kerusi Pakatan Rakyat (PR) di peringkat Parlimen dan negeri, ada individu rakyat Malaysia semakin berani mendapatkan bantuan dana dari luar negara secara tidak jujur dan cuba mengkhianati negara sendiri.
Penyaluran dana dari luar itu boleh mengancam keselamatan negara, serta mengganggu keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Oleh itu, saya syorkan segala bentuk dana yang dialirkan kepada individu dan syarikat di Malaysia perlu disekat sementara mengetahui transaksi yang sah serta mengikut peraturan tempatan seperti Bank Negara Malaysia (BNM).
Sekatan sebegini bukan perkara asing di dunia ini kerana pihak negara besar dunia pernah menyekat aliran wang dari dunia Arab ke Malaysia kerana kononnya disyaki bantuan untuk pengganas.
Puak ini menggunakan bank yang dikuasai mereka mencari punca dari mana bayaran atau wang itu dimasukkan dan akan disekat sekiranya wang tersebut dari negara-negara di bawah sekatan kuasa besar tersebut.
Maka dengan itu, pihak pengeksport seperti Malaysia tidak dapat menerima bayaran tersebut.
Sekatan aliran wang ini bukan berbentuk dana seperti yang terjadi masa kini, tetapi adalah hasil bayaran produk yang sah yang kita eksport ke negara negara Arab.
Begitulah biadab kuasa-kuasa besar cuba menjahanamkan barisan perikatan negara Islam di seluruh dunia.
Dalam pemberian dana masa kini, kuasa besar inilah sendiri yang terang-terang menyalurkan dana yang bukan hasil perniagaan. Mereka diberi ruang yang begitu luas tanpa sekatan untuk tujuan yang meragukan yang boleh mengakibatkan kehancuran kerajaan serta kepimpinan negara kita secara tidak demokratik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121005/fo_01/Cubaan-jahanamkan-kuasa-Islam#ixzz29sjAJvLq
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment