ARKIB : 01/10/2012
Ramai pemerhati menganggap bahawa PRK pada kali ini ibarat pra-Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menjadi titik tolak kepada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) dalam mengungguli keputusan PRU-13 kelak.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 500,000 penuntut IPTA di seluruh negara dan kebanyakan daripada mereka merupakan pengundi berdaftar bagi PRU-13.
Jika angka ini diambil kira, sudah tentu mahasiswa mempunyai 'kuasa beli' yang besar dalam menentukan keputusan PRU-13.
Keputusan PRK menyaksikan kemenangan besar dilakar oleh Pro-Aspirasi (Pro-A). Ia sekali gus memberikan petanda yang jelas terhadap sokongan mahasiswa kepada kerajaan.
Kejayaan Pro-A yang menguasai 13 buah IPTA merupakan bukti bahawa kepimpinan BN masa kini masih lagi relevan dalam mendokong cita-cita dan harapan mahasiswa.
Keputusan PRK ini juga cukup untuk mewakili suara mahasiswa yang menolak politik jalanan dan provokasi yang ekstrem.
Meskipun sebelum ini masyarakat melabelkan mahasiswa sebagai golongan yang cenderung kepada pergerakan antikerajaan, tanggapan itu seolah-olah telah pun terhakis dengan kejayaan ini.
Ternyata segala bentuk penentangan yang diada-adakan sebelum ini hanyalah mewakili kelompok kecil mahasiswa yang didalangi oleh pihak pembangkang. Senario ini juga pastinya memberikan tamparan yang hebat kepada pihak pembangkang yang sebelum ini mendabik dada sebagai parti pilihan 'orang muda'.
Apa yang penting BN haruslah menjadikan kejayaan ini sebagai tonik untuk terus berusaha meningkatkan kepercayaan rakyat. Semoga momentum pada PRK kali ini dapat dikekalkan dan diterjemah di dalam PRU-13 yang akan datang.
AFTAL MARIZ MOHAMED
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121001/fo_01/Mahasiswa-sokong-kerajaan#ixzz28kKhEANc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mahasiswa sokong kerajaan
PILIHAN Raya Kampus (PRK) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berakhir 25 September lalu mungkin boleh disifatkan sebagai PRK yang paling mencuri tumpuan.Ramai pemerhati menganggap bahawa PRK pada kali ini ibarat pra-Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menjadi titik tolak kepada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) dalam mengungguli keputusan PRU-13 kelak.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 500,000 penuntut IPTA di seluruh negara dan kebanyakan daripada mereka merupakan pengundi berdaftar bagi PRU-13.
Jika angka ini diambil kira, sudah tentu mahasiswa mempunyai 'kuasa beli' yang besar dalam menentukan keputusan PRU-13.
Keputusan PRK menyaksikan kemenangan besar dilakar oleh Pro-Aspirasi (Pro-A). Ia sekali gus memberikan petanda yang jelas terhadap sokongan mahasiswa kepada kerajaan.
Kejayaan Pro-A yang menguasai 13 buah IPTA merupakan bukti bahawa kepimpinan BN masa kini masih lagi relevan dalam mendokong cita-cita dan harapan mahasiswa.
Keputusan PRK ini juga cukup untuk mewakili suara mahasiswa yang menolak politik jalanan dan provokasi yang ekstrem.
Meskipun sebelum ini masyarakat melabelkan mahasiswa sebagai golongan yang cenderung kepada pergerakan antikerajaan, tanggapan itu seolah-olah telah pun terhakis dengan kejayaan ini.
Ternyata segala bentuk penentangan yang diada-adakan sebelum ini hanyalah mewakili kelompok kecil mahasiswa yang didalangi oleh pihak pembangkang. Senario ini juga pastinya memberikan tamparan yang hebat kepada pihak pembangkang yang sebelum ini mendabik dada sebagai parti pilihan 'orang muda'.
Apa yang penting BN haruslah menjadikan kejayaan ini sebagai tonik untuk terus berusaha meningkatkan kepercayaan rakyat. Semoga momentum pada PRK kali ini dapat dikekalkan dan diterjemah di dalam PRU-13 yang akan datang.
AFTAL MARIZ MOHAMED
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121001/fo_01/Mahasiswa-sokong-kerajaan#ixzz28kKhEANc
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment