Sunday, October 21, 2012

politik penggerang

ARKIB : 12/10/2012

Projek Rapid Pengerang bermanfaat kepada negara, rakyat

Lakaran artis projek kawasan Terminal Laut Bebas, penyimpanan minyak dan gas di Pengerang, Johor.
BARU-BARU ini Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng memberitahu pemberita, pakatan pembangkang akan memansuhkan Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pegerang, Johor jika mereka dapat membentuk Kerajaan Pusat. Menurut mereka, projek itu tidak memanfaatkan ramai orang dan merosakkan alam sekitar.
Pada saya, kata-kata Chua Jui Meng adalah sesuatu yang tidak benar. Jika kilang Petrokimia merosakkan alam sekitar, kenapa Chua tidak membantah pendirian kilang petrokimia di Malaysia semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri?
Pada masa itu banyak kilang kimia didirikan di Seberang Perai, Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor. Adakah itu bermaksud cuma kilang-kilang yang didirikan di negeri yang diterajui pakatan pembangkang selamat dan tidak merosakkan alam sekitar?
Rapid adalah satu projek yang akan memainkan peranan penting untuk membawa transformasi positif kepada Malaysia. Kini Malaysia mengeksport kebanyakan minyak petroleum dan mengimport kebanyakan daripada petro premium yang diproses di luar negara.
Projek Rapid akan dapat menambah nilai kepada produk yang berasakan petroleum di Malaysia dan mengurangkan pergantungan Malaysia kepada kepada produk petroleum yang diimpot, misalnya petroleum premium. Dengan itu ia membantu Malaysia memperoleh lebihan dagangan yang lebih besar dan meningkatkan pendapatan.
Projek Rapid juga dapat menjana banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat tempatan. Melalui pindaan teknologi, pekerja tempatan juga mempelajari teknologi moden.
Selain itu projek Rapid juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri hiliran di kawasan yang berdekatan dengannya.
Pada saya pakatan pembangkang cuma membuat janji kosong untuk kepentingan mereka. Mereka tidak dapat memandang jauh dan tidak berupaya untuk membuat perancangan bagi membawa transformasi positif kepada Malaysia.
YAMAMOTO
Kuala Lumpur

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121012/fo_02/Projek-Rapid-Pengerang-bermanfaat-kepada-negara-rakyat#ixzz29sjzkJqu
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment