Friday, October 12, 2012

ngo ejen bohong

Berbohong Menggunakan NGO Kaedah Terbaru Pembangkang

KUALA LUMPUR 12 Okt – Pembangkang tidak perlu menggunakan atau berselindung di belakang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika sekadar hanya untuk memburuk-burukkan kerajaan dengan membuat spekulasi atau berita pembohongan mereka dengan niat untuk menipu rakyat.
Ketua Wanita UMNO Subang, Halimahton Saadiah Bohan berkata sesuatu laporan yang ingin disiarkan kepada umum terutama membabitkan hubungan dengan negara luar perlu mendapat penjelasan sebenar bukannya membuat sesuatu berita yang mengelirukan.
“Tidak perlu membuat pembohongan jika sekadar untuk mendapatkan sokongan, dalam suasana pilihan raya yang semakin hampir sudah pasti pembangkang akan cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan untuk mendapat sokongan pada pilihan raya nanti.
“Jangan kerana terlalu ghairah untuk dapatkan sokongan, hubungan kita dengan negara luar terjejas hanya disebabkan berita yang  tidak benar,  walaupun perkara itu disuarakan oleh NGO namun kita tahu siapa di belakang NGO berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata diminta mengulas berhubung  pembohongan laporan perbicaraan yang kononnya sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada 2002 .
Halimathon menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan pembangkang kini berada dalam keadaan berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup memanipulasikan apa sahaja berita yang difikirkan boleh membawa faedah kepada mereka tanpa memikirkan kesan sebaliknya.
“Mereka kini sudah terdesak, rakyat telah hilang kepercayaan kepada pembangkang, mereka tidak mampu membuat perubahan kepada rakyat seperti yang dijanjikan dahulu, dan kini mereka cuba memburuk-burukkan kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hanya untuk menimbulkan perasaan benci kepada UMNO dan Barisan Nasional,” katanya.
Menurutnya, bukan suatu yang mengejutkan jika selepas ini ada lagi cerita atau berita yang disebarkan oleh mereka untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional dan UMNO walaupun terpaksa berbohong. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment