ARKIB : 22/06/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 16
'Anwar kenal sangat wanita ini'
KUALA LUMPUR 21 Jun - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengemukakan lagi bukti baru kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan sekitar RM3 bilion.
Semasa disiasat selama kira-kira lima jam oleh SPRM di ibu kota hari ini, Ummi mendedahkan identiti seorang wanita misteri yang memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo, kebanyakannya di Pulau Pinang.
Katanya, SPRM teruja dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan itu kerana berlainan dengan bukti yang pernah dikemukakan oleh pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan bekas setiausaha sulit Anwar iaitu Anuar Shaari.
“Saya disoal siasat dari pukul 3 petang sehingga 8 malam tadi oleh tiga pegawai SPRM dan mereka mengesahkan tidak pernah mendapat bukti mengenai wanita itu atau 62 hartanah terlibat.
“Belum masanya untuk saya mendedahkan identiti wanita itu kepada media, biar SPRM selesaikan dahulu siasatan mereka tetapi yang pasti, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ummi Hafilda memberitahu, wanita berkenaan kini dipercayai berada di luar negara sejak pendedahan terbaru yang dibuatnya.
Bagaimanapun katanya, SPRM dipercayai akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa lain bagi menjejaki wanita tersebut.
“Wanita itu bukanlah seseorang yang istimewa, bukan ahli korporat dan hanya wanita biasa tetapi cukai pendapatannya mencecah RM50 juta, bayangkan pendapatannya," dakwa beliau.
No comments:
Post a Comment