Friday, June 29, 2012

kerajaan pr

ARKIB : 27/06/2012

Kerajaan Selangor rugikan rakyat

NOH OMAR
MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), rakyat kembali menilai kelebihan dan apa yang ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang. Berbanding Kelantan dan Kedah di bawah Pas mahupun Pulau Pinang di bawah DAP, Selangor yang terkenal sebagai negeri paling maju dilihat semakin suram selepas empat tahun di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selain penjualan banyak aset yang dikumpul di bawah BN sejak 51 tahun, wujud masalah air, lambakan rumah urut, judi dan hiburan, isu pengurusan pendidikan dan agama umat Islam serta ramai wakil rakyat dalam kerajaan negeri yang terlibat dengan bermacam skandal.
Yakin pengundi memerhati dan menilai setiap tingkah laku wakil rakyat dan pegawai-pegawai dalam kerajaan negeri Selangor sejak empat tahun lalu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, DATUK SERI NOH OMAR berharap ia cukup untuk membuka mata penduduk negeri tersebut dalam memilih kepemimpinan terbaik dalam PRU-13 kelak.
Dalam wawancara bersama wartawan NURUL ANUAR KARI dan jurugambar IRWAN MAJID, beliau berharap rakyat Selangor kini dapat membandingkan kesan pemerintahan di bawah pakatan pembangkang. Rakyat patut berani memberi peluang kedua kepada BN untuk mengembalikan negeri itu ke landasan menuju Wawasan 2020.
UTUSAN: Kepimpinan BN di Selangor dahulu sering didakwa bermasalah oleh pakatan pembangkang. Bagaimana pula situasinya selepas lebih empat tahun mereka memerintah?
NOH: Kerajaan sedia ada sepatutnya merancang dan menjamin masa depan negeri Selangor agar lebih baik. Ini khususnya membela nasib rakyatnya dalam aspek peluang pekerjaan, perumahan dan pendidikan. Malangnya, perancangan kerajaan negeri Selangor kini merugikan rakyat.
Jika mahu negeri maju, pertama sekali kena wujudkan peluang-peluang pekerjaan tapi kalau tengok program-program diadakan kerajaan negeri, tiada yang boleh beri jaminan mewujudkan peluang pekerjaan untuk generasi muda. Kalau tidak boleh wujudkan peluang kerja, akan timbul masalah pengangguran di kalangan rakyat Selangor di masa hadapan.
Kerajaan negeri Selangor bukan sahaja tiada rancangan malah menutup pula peluang-peluang anak muda mendapat pekerjaan kerana lebih banyak berpolitik daripada menjalankan tanggungjawab.
Disebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah air dengan segera, 129 kilang terpaksa menangguhkan operasi. Jika kilang-kilang ini sudah mula beroperasi, lebih 12,000 peluang kerja baru dapat disediakan menjelang 2014. Kerajaan negeri pula lebih banyak bercakap, berpolitik, berforum dan retorik, akhirnya peluang belia untuk mendapat kerja daripada kilang-kilang itu tertutup.
Kalau dibandingkan dengan Kerajaan Pusat BN, kita ada perancangan di bawah program transformasi yang dijangka menyediakan 3.3 juta peluang kerja menjelang 2020. Untuk mencapai sasaran 3.3 juta itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) diperkenal dan sedang dilaksanakan bermula dari sekarang.
Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani sendiri merancang mewujudkan lebih 700,000 peluang kerja baru dalam sektor pertanian dengan menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan selain kerjasama dengan pihak swasta. Ini contoh sebuah kerajaan yang baik merancang untuk masa depan rakyatnya. Kita wujudkan peluang kerja baru, dia tutup pula.
Bagaimana pula pencapaian mereka dalam aspek perumahan dan pendidikan untuk rakyat di Selangor?

No comments:

Post a Comment