Tuesday, June 19, 2012

mundur 40 tahun

ARKIB : 18/06/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 2
Kelantan mundur 40 tahun

KUALA LUMPUR 17 Jun - Pentadbiran Pas di Kelantan bukan sahaja menyebabkan rakyatnya rugi selama 20 tahun, malah turut menjadikan negeri itu mundur 40 tahun.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar) berkata, kemunduran itu terjadi kerana pentadbiran Pas lebih mendahulukan politik kepartian.

Menurutnya, akibat ‘keasyikan’ Pas berpolitik, banyak perkara asas kini telah menjadi masalah utama yang terpaksa dihadapi rakyat negeri itu.

“Jalan raya dan air adalah perkara asas di sesebuah negeri. Sehingga kini perkara itu masalah bagi rakyat.

“Pelabur luar juga takut untuk melabur di Kelantan kerana perkara asas masih menjadi masalah utama. Atas sebab itu ramai rakyat Kelantan mencari pekerjaan di luar negeri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan rakyat Kelantan mengalami kerugian selama 20 tahun kerana Pas yang membuat keputusan tanpa pertimbangan teliti.

Tambah Kamaruddin, Islam mengajar umatnya supaya bersatu dan dalam konteks di negara ini, Pas sepatutnya menyatukan masyarakat Melayu.

“Pas adalah sebuah parti yang berlandaskan kepada Islam, tetapi sering kali pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya memecah-belahkan kaum Melayu," jelasnya.

Hal sama turut disuarakan oleh Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli yang berpendapat, Pas sering mengubah pendirian mengikut kehendak politik.

No comments:

Post a Comment