Istilah 'haram jadah’, 5 peneroka Felda buat laporan polis
11 Jun 2012
Salah seorang peneroka terbabit, Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah itu terpaksa diambil berikutan peneroka berasa maruah mereka diaibkan secara terbuka seolah-olah mereka
Menurutnya, Najib mengeluarkan perkataan ‘haram jadah’ ketika mengisytiharkan durian runtuh di Felda Jengka 8, 8 Mei lalu, ditujukan kepada lapan peneroka memfailkan saman injunksi untuk menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF).
“Kenyataan Najib di hadapan seramai 40,000 warga Felda yang disiarkan secara langsung di televisyen itu mengakibatkan kami dipandang hina masyarakat.
“Akibat ucapan itu, media turut menjadikan kami sasaran cemuhan sepanjang agihan durian runtuh sehingga menyuburkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama warga Felda," katanya.
Abdul Rahim berkata, Utusan Malaysia pada 18 Mei lalu menyiarkan berita muka depan bertajuk ‘Peneroka Fail Injunksi Ambil Cek Durian Runtuh’ dengan memaparkan gambar dua peneroka sedang menerima cek.
Selain itu katanya, Harian Metro pula menyiarkan berita menggambarkan ‘peneroka lima sekawan’ itu tidak mempunyai prinsip dan hanya memetik kenyataan bohong serta fitnah daripada Pengerusi JKKR Jengka 15.
Sementara itu peguam, Harris Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dengan memfailkan saman terhadap empat pihak di atas kerana terdapat lokus standi.
No comments:
Post a Comment