Lepas Gaddafi siapa pula?
SESIAPA sahaja pemimpin dunia yang tidak sebulu dengan Barat atau pun cuba 'bermusuh' dengan Amerika termasuk zionis Yahudi maka negara itu bersama pemimpinnya akan 'dihuruharakan' oleh kuasa itu dan sekutunya kerana mereka mempunyai kepakaran untuk menghancurkan negara yang menentang mereka.Lihat sahaja apa terjadi kepada negara Islam yang tidak disenangi oleh Barat. Muammar Gaddafi adalah mangsa konspirasi terbaharu.
Ada yang berkata saat-saat Gaddafi dibunuh adalah kebetulan dengan krisis yang berlaku di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah yang lain ekoran tekanan rakyat terhadap ketidakadilan sistem kapitalisme mereka.
Kini pemimpin Syria dan beberapa lagi pemimpin di dunia Arab pula diambang kejatuhan yang akan menerima nasib sama dan menunggu detiknya sahaja, sama ada diusir atau ditangkap atau dibunuh dengan 'bantuan' kuasa luar.
Yang menjadi igauan kuasa itu sekarang ialah Republik Islam Iran yang kononnya memiliki senjata nuklear.
Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak bersatu dan bersikap nafsu nafsi masih ditakuk lama bermusuhan sesama sendiri hanya kerana taksub kepada pemimpin atau kaumnya sahaja ataupun berpuak-puak dalam dunia aliran mazhab masing-masing sehingga berbunuhan sesama Islam.
No comments:
Post a Comment