Friday, October 7, 2011

kampung medan kawasan panas

Kampung Medan perlu pemantauan setiap hari

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Hasil kajian Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) menunjukkan Kampung Medan, Petaling Jaya, antara kawasan ‘panas’ yang perlu dipantau setiap hari berikutan kekerapan berlakunya pergolakan antara kaum di kalangan penduduk terutama di kawasan Desa Mentari.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azman Amin Hassan, berkata Kampung Medan tersenarai sebagai kawasan paling popular yang memerlukan pemulihan segera dan ditanda sebagai kawasan ‘kuning’ iaitu kawasan yang memerlukan pengawasan atau berjaga-jaga pada tahun lalu, namun berjaya diubah JPNIN kepada kawasan bertanda ‘hijau’ atau aman.


“Majoriti penduduk di Kampung Medan kurang berpendidikan tinggi dan berpendapatan rendah serta mencatatkan gejala sosial yang agak tinggi sehingga menjadi punca perbalahan antara satu sama lain meskipun atas alasan remeh.

“Agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang diselaraskan jabatan menjalankan program mingguan bagi membantu masalah penduduk di sana antaranya Program Gerak Padu yang memperkenalkan Klinik Sosial 1Malaysia menjadi landasan kepada penduduk yang menghadapi masalah sosial,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Mesra 1Malaysia, di sini, semalam.


Karnival itu dianjurkan syarikat Dian Communication Sdn Bhd (Dian Com), Turut hadir Pengerusi Sentientwave, Tan Seri Datuk Seri Abdul Halil Mutalib (kanan), Pengerusi Dian Communication Sdn Bhd, Nordin Md. Nor (kiri), dan Ketua Pegawai Eksekutif Dian Communication Sdn Bhd, Mohammad Khalil Salam Karnival bergerak enam siri itu bermula 28 Oktober hingga 25 Disember depan merentasi enam negeri iaitu Terengganu, Johor, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka.

No comments:

Post a Comment