Sunday, July 8, 2012

tentera jangan diungkit

ARKIB : 06/07/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
Jangan ungkit pengorbanan bekas anggota tentera
Saudara pengarang,
LEFTENAN KOLONEL (B) ZULKIFFLY MOHD. TAHIR
Timbalan Ketua PBTM, Pekan

SAYA mewakili Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Pekan menyambut baik dan bersetuju dengan ingatan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan baru-baru yang meminta veteran ATM tidak mengungkit dan menjaja pengorbanan mereka bagi meraih bantuan dan imbuhan dari kerajaan.

Saya sependapat dengan beliau kerana dikhuatiri tindakan itu boleh memberi kesan dan imej yang buruk kepada bekas tentera sendiri yang selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat di negara ini.

Melalui pengamatan saya selama ini, kerajaan sentiasa membuka pintu untuk mendengar keluhan dan rintihan nasib bekas anggota tentera dan memberi pelbagai bantuan yang berterusan.

Sebenarnya bekas tentera tidak perlu mengungkit kerana kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan mereka yang tidak ternilai dengan wang ringgit.

Malah rakyat di negara ini amat menghargai dan menyanjung tinggi veteran ATM yang banyak berjasa dan berkorban demi maruah agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Sebagai rakyat negara ini, veteran ATM juga berhak untuk memohon bantuan daripada kerajaan, namun jika ingin memohon sesuatu bantuan perlulah mengikut saluran betul dan penuh tertib sebagaimana pernah diajarkan di dalam tentera.

Untuk mengatasi masalah ini, saya ingin menyarankan supaya lebih ramai lagi bekas tentera yang berkelayakan memainkan peranan lebih meluas dalam masyarakat dengan dilantik menjadi pemimpin.

Saya yakin dengan pengalaman luas sebagai bekas pegawai ini mereka mampu mengenal pasti apakah bantuan yang amat diperlukan oleh golongan ini kerana mereka lebih memahami masalah dan citarasa veteran ATM ini.

No comments:

Post a Comment