Friday, July 13, 2012

pkr lemah dlam pengurusan

ARKIB : 12/07/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
Bukti kelemahan pentadbiran PKR

KUALA LUMPUR 11 Julai - Pendedahan terbaru berhubung tindakan kerajaan negeri Selangor membeli bekas lombong daripada Talam Corporation Bhd. (Talam) membuktikan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang terus membazirkan wang rakyat.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pendedahan itu wajar demi membongkar ketidakupayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengurus tadbir negeri itu.

Menurutnya, Selangor merupakan negeri yang maju tetapi malangnya ia ditadbir pihak yang tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik.

"Pendedahan demi pendedahan membuktikan ada sesuatu yang tidak betul dengan cara mereka menguruskan negeri Selangor.

"Pada masa empat tahun memerintah, kerosakan yang mereka lakukan lebih teruk daripada yang terjadi sewaktu pemerintahan pihak terdahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong berhubung tindakan kerajaan negeri Selangor membeli empat plot tanah seluas 53.7 hektar di Danau Putra, Sepang, melibatkan transaksi berjumlah RM87.7 juta (RM15 sekaki).

Menurut Tee Yong, masalah dalam transaksi tersebut ialah sebahagian besar empat plot tanah yang dibeli adalah bekas lombong yang mana kira-kira 80 peratus daripadanya berada di bawah air.

Hamidzun berkata, penyelewengan dilakukan PKR tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana wang yang terlibat merupakan milik rakyat tetapi didagangkan tanpa meneliti keadaan dengan sebaiknya.

"Rakyat negeri ini perlu buka mata dan tidak mendiamkan diri apabila kekayaan negeri dibazirkan akibat kelemahan pentadbirnya," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, pendedahan itu sebagai bukti PKR hanya hebat berceramah tetapi apabila bekerja, mereka tidak mampu dan lemah.

"Jika selama ini, mereka sering memperkatakan kesalahan dan kelemahan pihak lain, tetapi apabila memegang kuasa, kelemahan jelas jauh lebih teruk.

"Sewaktu hebat mengkritik orang, mereka tidak sedar keburukan dan kelemahan sendiri," tambahnya.

No comments:

Post a Comment